Fang Yu berasa sedikit tidak selesa. Dia perlu tahu hal sebenar. Jadi, dia membuat keputusan untuk menelefon Tangning, tetapi Tangning ada di Hai Rui. "Kalau kamu ada sebarang soalan, datang tanya saya di pejabat."
Fang Yu meletakkan telefon dan menuju ke pejabat CEO. Sebaik sahaja dia ternampak Tangning duduk di sofa dengan selamat dan anjing ganas itu tidak dapat dilihat di mana-mana, renungannya penuh kekeliruan.
"Anjing itu dah cederakan seseorang. Jadi, kami hantar dia balik." Tangning menjelaskan dengan bersahaja.
"Apa yang berlaku sebenarnya?" Fang Yu bertanya, tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis. "Sekurang-kurangnya, kamu patut beritahu saya apa yang sedang berlaku."
"Kamu tak rasa babak ini macam pernah berlaku?" Tangning memandang Fang Yu dengan serius.
Fang Yu merenung Tangning beberapa minit. Satu kemungkinan yang kelihatan mustahil tiba-tiba menerpa fikirannya. Jadi, dia bertanya, "Ini tak ada kaitan dengan Huo Jingjing, kan?"
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください