webnovel

Berani Dia Khianati Saya Begini!

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

"Jangan kasar sangat dengan kata-kata kamu." Xiao Yuhe mengingatkannya dengan lemah.

"Ini hari pertama ke kamu jumpa saya? Bukannya kamu tak pernah tahu saya macam ni." Song Xin membalas selamba.

Dia betul, Xiao Yuhe mengiakan di dalam hati. Dia tahu Song Xin begini dari awal, tetapi dia tidak dapat mengelak daripada melayan gadis itu tanpa sesalan.

...

Sebenarnya, salah satu sebab kenapa Song Xin tidak mendesak Duan Jinghong menemaninya ialah kerana sudah lama Duan Jinghong tidak meluangkan masa bersama ibu bapanya. Tetapi, sebab lain ialah setiap kali dia teringatkan imej baru Duan Jinghong yang mengagumkan selepas kembali ke tanah air, dia berasa sangat tidak selesa.

Dia tidak boleh menerima kenyataan yang 'pengikutnya' tiba-tiba menjadi lebih menawan dan menarik perhatian berbanding dia.

Jadi, walaupun hubungan mereka kelihatan normal dari luaran, dua orang wanita ini tahu dalam hati mereka sama ada perkara sudah berubah atau tidak.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください