webnovel

Bau Sampah Buat Saya Loya

編集者: EndlessFantasy Translation

Ketika Feng Jing melihat riak Ibu Li, bibirnya terukir naik secara rahsia. Dia percaya tiada ibu bapa yang akan menolak anak mereka ke dalam lubang api jika mereka tahu.

Kini mereka tahu bagaimana Lin Qian sebenarnya, adakah mereka masih akan membenarkan anak mereka mengahwininya?

Ketika dia memandang riak terseksa Lin Qian, Feng Jing rasa berjaya. Dia mahu memberitahu gadis itu ini akibat tidak mendengar cakap ibunya, yang Lin Qian akan kehilangan semuanya.

Sementara itu, Keluarga Li memandang Feng Jing tanpa sepatah kata. Feng Jing hanya menyangkakan mereka sangat marah hingga terkedu.

Dan, dia betul. Mereka memang marah. Tetapi, sebab kenapa mereka marah sangat berbeza dengan apa yang disangkakan Feng Jing.

"Qian Qian, sekarang keadaan dah sampai ke tahap ini, Mak rasa kamu patut ikut Mak balik." Feng Jing berkata sambil berdiri. Namun, Ibu Li menekan peha Lin Qian, menyuruhnya kekal duduk dan mencerlung dingin pada Feng Jing.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください