webnovel

Atuk Marah Kamu?

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

[Tangning Tidak Boleh Beranak!]

Pihak media menyunting cerita itu dan menyebarkan ke semua tempat beserta kononnya 'laporan perubatan' itu.

Namun, selain daripada mereka yang mengejek Tangning, ramai juga yang melangkah untuk melindunginya. Selepas kejadian dengan Bai Qiusheng, dia meraih banyak kepercayaan.

"Saya kasihankan Tangning. Laporan perubatan satu perkara yang sangat peribadi, tapi ada orang bocorkan untuk cetuskan kekecohan. Mereka dah melampau."

"Saya marah sangat sampai rasa nak menangis! Apa salah Tangning sampai pihak media berpaut pada dia begini? Pihak media ini sekumpulan orang yang menjijikkan!"

"Saya percaya pada cinta antara Mo Ting dan Tangning. Tak kira macam mana pun tubuh dia, saya pasti Mo Ting akan jaga Tangning dengan baik. Anjing media tak bermoral boleh berambus!"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください