#bukan cerita melayu
#penulis baru
#tak der kaitan antara hidup, dan yang mati.
#ones Shot Story
Diatas satu bangunan sekolah di jepun. Seorang pelajar sedang baring mengahadap langit yang biru, buku lukisan terselak terbuka ditiup angin dengan laju.
"Cantik, lukisan yang kau lukis" satu suara berkata. Dengan terkejut, budak lelaki tu bangun terus duduk, 'dari mana dia datang, aku tak perasan pun' budak lelaki itu berbisik didalam hati.
"Ish! Tak payah tengok lukisan orang laa" budak lelaki itu merampas buku yang ada di tangan budak perempuan yang tiba-tiba datang tadi.
"Itu, mesti gambar budak perempuan yang kau suke kan?" Budak perempuan itu meneka.
"Kau tak payah sebok laa.." budak lelaki itu mule merasa tak selesa dengan topik yang dibualkan. Dia pon terus mengambil buku lukisannya, dan pergi dari situ.
"Nanti, jumpe lagi!" perempuan itu sempat bercakap kepada budak lelaki itu.
Keesokan harinya, ditempat yang sama.
"Hye, kite berjumpa lagi" budak perempuan itu berkata kepada budak lelaki itu. Budak lelaki tersebut buat tak endah dengan kehadiran budak perempuan tersebut.
"Nama aku, Himawari, pelajar tahun 2, kau pula" budak perempuan itu memperkenalkan diri kepada budak lelaki tersebut.
'Oo.. Dia kire senior aku laa' budak lelaki itu berbisik pada diri.
"Aku HIDEYUKI"
"Tak nak nama keluarga" budak lelaki itu pula mempekenalkan diri dan dipotong oleh Himawari.
"Okok... nama aku, Tsukishima"
Dan bermula hari itu, mereka mula meluang kan masa bersama, ditempat yang sama. Bermacam cerita yang dibualkan, dan pendapat Tsukishima, senyuman Himawari, yang paling menawan yang dapat dia nyatakan. Dan pada suatu hari,
"Apa jadi dekat budak perempuan yang kau selalu lukis tu?" Himawari bertanya kepada Tsukishima.
"Haha~" tawa kecil keluar dari mulut Tsukishima. "Tak jadi ape pon..." kata-katanya terhenti seketika. "Dia dah tolak pon luahan perasaan aku. Walau pon aku tahu dia cume anggap aku sebagai kawan dia sahaja" Sukar bagi Tsukishima menceritakan kisah perasaan nya.
"Aku rasa,aku sangat kagum pada kau, sebab kau berani untuk meluahkan perasaan kau pada dia walaupun kau tahu, kau akan ditolak. rugi bagi diri dia sebab tak terima kau. Kau boleh melukis dia didalam buku lukisan kau, dan Aku juga rasa iri hati dengan budak perempuan yang kau suke" beritahu Himawari pendapatnya terhadap apa yang telah terjadi pada Tsukishima.
"Tak der siapa yang pernah lukis gambar kau ker" tanya Tsukishima kepada Himawari.
"Hahaha... Dulu pernah kawan baik aku janji nak lukis gambar aku, tapi aku rasa semuanya dah terlambat. Dia ada budak perempuan yang dia suke, dan dia seperti kau, dia selalu lukis gambar budak itu didalam bukunya.. Haha" Himawari mencerita kan kisahnya dengan senyuman. 'Aku tahu pasti berat bagi dirinya untuk menceritakan ceritanya pada aku' Tsukishima berbisik sendiri.
"Kalau kau setuju, nak tak, aku lukiskan gambar kau?" Aku memberi cadangan. Dan semestinya Himawari bersetuju dengan cadangan itu. Tsukishima menyuruh Himawari untuk menunggunya di tempat yang sama.
Keesokan harinya, Tsukishima pergi ke kelas lukisan untuk mengambil papan lukisan kosong dan cat minyak.
"Cikgu, boleh saya ambil papan lukisan kosong?" Tanya Tsukishima meminta kebenaran kepada cikgunya.
"Ambil lah, yang kat sebelah sana, sebab yang sana dah tak pakai" Cikgu Nishida, memberi kebenaran.
Semasa leka Tsukishima mencari papan lukisan yang kosong tiba-tiba, dia telah menjumpai satu lukisan lama, dan diatasnya adalah lukisan Himawari.
Tiba-tiba,
"Eh, kamu jumpe lukisan ni? Lama saya tak tengok lukisan ni" Cikgu Nishida berkata.
"Cikgu tahu dia siapa?" Tsukishima bertanya dengan penuh minat.
"Ya, dia salah sorang dari pelajar saya, tapi malangnya, dia telah mati sebab terjun dari bangunan sekolah, sudah lapan tahun semuanya terjadi" sesuatu cerita yang sangat mengejutkan bagi Tsukishima.
Tsukishima membalikkan lukisan tersebut dan ada nama di belakangnya. 'KUROSEI Takumi...'
"Dia adalah kawan baik kepada Himawari. Sehari selepas pemergian Himawari, Kurosei telah melakarkan lukisan Himawari, katanya senyumannya takkan pernah padam dalam ingatan nya" beritahu Cikgu Nishida pada Tsukishima.
Petang itu di atas bumbung sekolah.
"Jadi... Kau bunuh diri atau kau jatuh?" Soal Tsukishima pada Himawari. Himawari hanya tersenyum melihat Tsukishima.
"Hahaha... Nampaknya rahsia dah terbongkar" tawa Himawari... "Niat aku, memang ingin membunuh diri, tapi sebenarnye aku takut pada ketinggian..." kemudia tawa Himawari meletus lagi. "Sebenarnya aku tergelincir mase hendak, membatalkan niat bunuh diri.. Jadi memang malang bagi aku, aku mati tanpa sempat mencuba luahkan perasaan pada orang yang aku suka. Mungkin sebab itu aku masih disini.. Menunggu sesuatu yang, takkan aku dapat jawapannya" beritahu Himawari pada Tsukishima.
"Aku rasa penantian kau akan berakhir disini." Tsukishima memberi lukisan yang telah dilakar oleh Kurosei kepada Himawari. Himawari menatap lukisan itu, lalu butir jernih air mata keluat dari mata Himawari, di menterbalik kan lukisan tersebut dah ada satu catatan yang dia tulis oleh Kurosei.
'Walaupon awak telah pergi, senyuman awak masih dihati saya.'
Lalu Himawari manangis semahu-mahunya pada petang itu. Dan buat pertama kali nya pada hari itu, ucapan nanti kita jumpa lagi, bertukar kepada ucapan selamat tinggal.
Keseokan harinya, Tsukishima masih pergi ke bumbung sekolah, dan dia ternampak di satu sudut tertulis, 'Kenangan bersama Tsukishima adalah yang paling berharga -Himawari-'
'Arrgghh... Buat kali kedua aku kecewa dengan cinta' bisik hati Tsukishima.
Dan Tsukishima menangis sambil tersenyum, teringat kan senyuman Himawari yang paling menawan.
-Tamat-