webnovel

SEMPURNAKAH AKU UNTUKMU?

Tengku Zara Arianaa/Zara pernah digelar sebagai "Wanita pujaan hati" kerana paras rupanya, adabnya terhadap orang lebih tua dan juga mudah menarik perhatian ramai lelaki walaupun Zara masih 13 tahun. Murid contoh di sekolah. (13 tahun) Tuan Amirul Mikael/Amirul pula digelar sebagai "Lelaki Idaman" kerana paras rupanya juga.. Tidak kira dimana dia berada, perempuan mesti tertarik akan penampilannya. Adabnya pun OK. Agak mengejutkan juga sebab dia ni jenis yang tak suka bercinta waktu sekolah.. Amat tegas orangnya, tetapi manja dan penyayang (pencinta kucing) and tak pernah fall in love pada seseorang pun kerana kejadian yang pernah berlaku. (14 tahun) --------------------------------- Zara terfikir jika dia telah 'ter'jatuh hati pada Amirul.. tapi dia hanya mendiamkan diri sehingga dia bersuara. Amirul sejak sekian lama memendamkan perasaan terhadap Zara, dia terpaksa meluahkan segalanya.. segala isi hatinya kepada Zara. --------------------------------- Semestinya, mereka berdua meluahkan perasaan yang sama pada akhirnya. Adakah Si Heroin betul-betul meluahkan perasaan yang sama? ataupun perasaan yang menyakitkan hati Si Hero? *Selamat membaca!*❤

qissjwoo · 若者
レビュー数が足りません
45 Chs

Bab 31: First Date.

"Zara, semua baju dah kemas?". Tanya Untie Iman.

"Dah... Semua complete". Zara menunjuk thumbs up.

"Okay.. Goodgirl". Kata Uncle Ilham.

"Dah.. Awak.. Nanti tolong bawa barang masuk kereta eh? Hehehe". Kata Untie Iman.

"Hai Untie.. bila sampai Kuala Lumpur, boleh tak saya dengan Zara pergi....".Amirul tiba-tiba muncul disebelah Untie Iman.

"Oh.. I think you boleh pergi KLCC".Cadang Untie Iman.

"Jaga Zara elok-elok". Uncle Ilham menepuk bahu Amirul.

"Thank you, tapi Aa, Yana, Akim dengan Hafiz ikut sekalilah". Kata Amirul.

"Oh.. Ingatkan dating berdua je". Kata Uncle Ilham.

"Hah? Kenapa ni?". Zara tidak faham apa yang berlaku, sebab tadi dia angkat barang, itu yang tak dengar apa diorang bualkan.

"Tak ada apa-apa.. Sampai KL nanti tahulah tu". Kata Untie Iman.

____________

"Mama, kenapa kita berhenti dekat KLCC?". Uncle Ilham menghentikan kereta dihadapan KLCC.

"Tu.. Amirul minta izin". Untie Iman menunding jari kearah Amirul yang baru keluar daripada kereta.

"Hadoi". Zara menepuk dahinya.

"Nanti bila balik your husband yang hantar". Perli Uncle Ilham.

"Ish! Dah lah tu.. Papa ni kan!". Zara menepuk bahu ayahnya itu.

Zara mengambil beg tangannya lalu membuka pintu kereta.

"Ha jom.. Nanti malam tak sempat tengok". Kata Amirul.

Zara menutup pintu kereta.

"Apa tujuan kita kat sini? Lainlah kalau kau belanja aku makanan kat sini...". Zara buat muka kesian.

"Jangan sampai aku cubit pipi kau kang, lambatnya diorang ni.. Berjanggut aku". Kata Amirul.

"Haah.. Kita pergi jalan-jalan dulu lah". Cadang Zara.

"Ish.. Dah setengah jam kita tunggu diorang.. Apa nii!". Amirul menggaru kepala.

"Mirul.. Aku nak pergi tandas kejap.. Tak tahan lah".

"Ok.. Take your time". Amirul mengangguk.

*20 minit kemudian*

"Aih.. Mana si kenit sorang ni..". Kata Amirul.

Kring! Kring!

"Helo? Zara? Asal kau lama sangat,hah?!". Tegas Amirul.

"Wu.. Orang ni suruh kau jumpa dia dekat sini!". Kata Zara.

"Hah? Siapa 'orang' tu? Jumpa dekat mana? Kat KLCC ke apa?". Cemas Amirul.. Bila cemas memang banyak soalan yang keluar.

"Dekat San Francisco Coffee". Kata Zara.

"Hmm.. yela-yela!". Amirul memutuskan panggilan.

Tiba di San Francisco Coffee.

"Happy Birthday!!". Ucap Zara, Kak Aa, Kak Yana, Akim dan Hafiz. Wow! Depan-depan terus nampak belon semua bagai... Terharunya..

"Jap.. Macam mana korang tahu birthday aku?". Tanya Amirul.

"Hehehe.. Aku". Zara mengangkat tangannya.

"What? Serious ahh". Amboi Mirul.. Lagi terharu bila Zara yang tahu.

"Amboi kau.. Zara cakap je lebih teruja bagai.. Ni mesti ada apa-apa". Kak Aa mengangkat keningnya.

"Mana boleh bagitau.. Rahsia". Kata Zara dan Amirul secara serentak.

"Ni semua korang plan lah ni? Siapa punya idea sebenarnya?".Tanya Amirul.

Semua hanya tersenyum.