webnovel

Chapter 5

Bunyi dering lagu Aizat Hamdan, berkumandang di awal subuh, menandakan waktu subuh sudah menjengah waktu. Yusof yang memberi salam akhir pada solat malam, tersungging dengan akal yang jelas.

Nada suara Aizat, lebih tenang di halwa telinganya, bahkan bahasanya indah penuh dengan bahasa yang difahami.

Bukan dia nak membandingkan lagu Aizat dengan lagu muda di zaman ini. Terlalu banyak kata-kata rambang dan bergenre yang tidak sesuai dengan padanan jiwanya.

Termenung Yusof di atas tikar sejadah. Otaknya terasa kosong. Tarikh pernikahannya hanya tinggal dua bulan sahaja lagi, hitungnya secara rambang. Ada senyuman manis dalam wajahnya. Ada berdebar di dadanya. Tak lama lagi, dia akan sah menjadi seorang suami. Tanggungjawabnya juga akan bertambah berat.

Yusof bangun semula, dengan mengelengkan kepalanya. Dibuang rasa angau yang menganggu tiba-tiba. Waktu pertiga malam, untuk beribadah. Bukannya, melalaikan diri dengan khayalan yang mungkin membatalkan wuduknya. Dia bangkit dari duduk tahiyat akhir, lalu menunaikan waktu subuh.

"Angah!! dah subuh?!" suara Farahin, sudah berdendang di awal subuh. Mengejutkan anaknya, bangun menunaikan fardu ain.

"Angah!!" panggilnya lagi. Yusof yang sedang mengangkat takbir, menguatkan suaranya. Agar ibunya mendengar.

Farahin yang masih melaung nama anak lelakinya, kedengaran merusuh di luar bilik. Namun, suara Farahin tidak lagi kedengaran apabila ada sampukkan dari suara Bunyamin.

Anggap sahaja, abangnya itu memberitahu ibunya bahawa dia sedang melakukan solat subuh.

Dia yang usai, menunaikan solat subuh, bangkit dari duduknya. Sejadah yang terbentang, dilipat dua dan di biarkan di atas lantai. Ketayap putih, disangkut pada batang penyidai.

"Angah??!" suara along menyapa. Bunyain menjengah dirinya di muka pintu. "Dah subuh?" aju alongnya yang berdiri di muka pintu.

Yusof mengangguk. Telefon yang berada di atas katil, diambil. "Dah." jawabnya pendek.

"Angah.."

Yusop memandang abangnya. Apa lagi?

Bunyamin mengalih matanya ke arah lain. Ada sesuatu yang ingin di suarakan Bunyamin pada adiknya itu. "Ika dah ada orang ke?"

Yusof, diam. Soalan yang diajukan, membuatkan fikirannya kosong.

Melihat reaksi Yusof yang mungkin terkejut dengan soalannya, dia menyoal semula.

Yusof, yang tersedar kebisuannya yang mungkin mendatangkan makna yang lain. Lekas sahaja menaikkan bahunya, tanda dia tidak tahu. Sebenarnya, jika soalan yang sama ditanya oleh rakannya. Laju sahaja dia menjawab Zulaikha masih bersendiri. Tetapi, berbeza pula situasinya apabila dia disoal oleh abangnya. Seolah-olah dia sukar menjawab persoalan yang boleh dianggap mudah.

Zulaikha memang tidak memiliki sesiapa dan tidak dimiliki sesiapa setahunya. Sebab, dia dan Zulaikha memang tidak berahsia antara satu sama lain. " Entah. Tanyalah dia." suaranya mendatar.

Bunyamin hanya mengangguk. " Along ingat, angah tahu. Segan nak tanya." Ujar Bunyamin dengan keluhan.

"Angah boleh tanyakan." jawab Yusof pendek.

Tersenyum meleret Bunyamin, tatkala Yusof ingin membantunya. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Tak diminta, sudah diberi. "Ha..tolong tanyakan. Manalah tahu, naik pelamin sekali." utara Bunyamin, tersengih.

Yusof mengangguk, dengan riak bersahaja. Sedangkan dia, agak tersentak dengan gurauan abangnya.

"Nanti, along ada masa. Along bawa PS4 untuk angah." ujarnya, sebelum tersenyum dan beredar. Yusof senyum dengan wajah selamba. Terasa dengan ujaran along. Bukan tentang belanja atau habuan yang abangnya sebutkan. Tetapi, tentang naik pelamin sama yang disebut secara tidak sengaja oleh along, membuatkan hati kecilnya terasa. Mengapa??

....

ZULAIKHA membuka matanya separuh. Dia yang sedang terbaring di katil, mengiring ke kanan mencapai telefon yang berada di hujung kepala. Sebaik tangannya memengang telefon, dibawanya menghadap muka. Dia terjaga secara paksa oleh deringan panggilan yang menganggunya.

"Hello.." suaranya serak memecah corong panggilan.

Yusof senyum. "Kau tidur lagi ke?!" ajunya, walhal mendengar suara Zulaikha yang serak di awal pagi, dia sudah maklum, bahawa sahabatnya itu masih tidur.

"Awal pagi derw!!" rungut Zulaikha. Rungutan yang jelas itu, membaurkan tawa Yusof.

"Sorry..dah lama tak contact kau." ujar Yusof, masih dalam tawa.

Zulaikha mamai. "Nak apa?" tanya Zulaika dalam mata yang ditutup kedua-duanya. Seperti orang megigau lagaknya.

"Kau sembang dengan abang aku ke semalam?" tanya Yusof pula.

"Erm??" Zulaika yang hampir tertidur, mengumam di panggilan.

"Hoi, tak subuh ke?" Soalan yang diajukan awal tadi, dibiarkan. Disebabkan Zulaikha mula tidak memberi perhatian, dia cuba mengejutkan sahabatnya itu.

"Dahlah!!" Zulaikha marah. Jeritan Yusof, membangunkannya semula. "Kau nak apa.." Dahinya berkerut, walau matanya terpejam elok.

Yusof senggih. 'Along suka kau..' suara hati Yusof.

"Kau nak apa???" Zulaikha yang berada di panggilan, merungut dalam marah apabila Yusof hanya senyap tidak bersuara.

"Aku nak ajak kau, teman aku dengan tunang aku beli barang kawin. Boleh tak?" soal Yusof.

Terbuka mata Zulaikha. "Kau tanya apa?"

"Teman kita orang beli barang kawin. Kau sahabat akukan...bolehlah." pujuk Yusof. Ajakkan kalini bukan Zulaikha sahaja. Dia akan membawa Along sekali menemaninya nanti.

Zulaikha bangun dari tidurnya. Walau tadi, dia terasa mengantuk. Tetapi, ajakkan Yusof membangunkannya.

"Boleh tak??" aju Yusof.

Zulaikha meraup rambutnya yang kusut. "Ibu mana?" tanyanya pula.

Yusof mengeleng. "Kalau ajak ibu, kau jngat diberinya aku berdating dengan tunang aku." guraunya di dalam talian. Zulaikha mengangguk perlahan.

"Temanlah...." pujuk Yusof.

"Okay, aku teman kau. Bila??"

"Harini. Kau cutikan.." sengih Yusof melebar di hujung bibir.

Membulat mata Zulaikha. "Lahanat kau!!! asal tak beritahu tahun depan!"

"Memang nak bagi tahu tahun depan, sebab kau asyik nak sambung tidur je." mengekek Yusof, dalam tawa yang besar.

Ada rungutan di corong Zulaikha. "Okay, aku bersiap sekarang. Nak jumpa di mana?" tanya Zulaikha.

"Tak payah. Aku datang ambil kau. Okay, pagi pukul sembilan setengah pagi, aku datang." balas Yusof sebelum talian panggilan dimatikan.

Along yang secara tak sengaja lalu di depan bilik Yusof, masuk semula dengan keningnya menyoal. "Dah tanya?"

"Dah..tak ada siapa. Pagi ini, along ikut angah nak beli barang kawin dengan Ra'il." tuturnya dengan oktaf suara yang tegas. Entah mengapa, dia menjadi keras apabila berbicara dengan abangnya terutama berkaitan dengan Zulaikha. Mungkin...mungkin dia tak gemar abangnya rapat dengan Zulaikha sama seperti dia rapat dengan Zulaikha.

"Okay!" senyum Bunyamin lebar seperti anak kecil yang mendapat mainan. Abangnya berlalu keluar tanpa diminta.

Yusof mengeluh perlahan..

Bersambung...