Semasa Raksasa Bermagik di gunung itu sedang mencari wanita misteri itu, Xiao Yan, yang masih berada dalam perlindungan Yao Lao, meluru balik ke tempat persembunyiannya tanpa menganggu Raksasa Bermagik.
"Ini sungguh seronok. Serangan terakhir perempuan itu amat kuat. Jika Raksasa Berkepak Ametis itu tidak mengelak, kepalanya sudah ditembusi…" Mengimbas kembali pertarungan cantik dan teruja di langit tadi, jantung Xiao Yan berdebar dengan cepat. Pemandangan pertarungan di antara yang terkuat sesuatu yang jarang dilihat.
Xiao Yan kembali ke kawasan air terjun dengan berwaspada dan menyimpan Periuk Ubat dan benda-benda lain yang bersepah. Dia ingin kembali ke guanya sebelum kakinya tiba-tiba terkaku.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください