Api hijau jed membakar ganas. Suhu tinggi tersebar daripadanya lalu menyebabkan angin ganas di sekeliling menjadi lebih berbahang. Bagaimanapun, tiada orang kisah tentang ini. Mata Dou Zun Feng dan yang lain hanya merenung tajam pada bahagian dalaman api tersebut. Terdapat tiga titisan darah merah hijau sedang berputar di dalamnya.
"Memang Inti Pati Darah Phoenix Kuno. Tambahan pula, warnanya amat padat. Kemungkinan besar ini hanya boleh ditapis daripada darah Phoenix Iblis Kayangan yang telah mencapai tahap Dou Zun…" Muka cantik Mu Qing Luan berubah apabila dia ternampak tiga titisan darah merah hijau itu. Pada masa yang sama, dia berteriak. Dia seorang ahli Puak Burung Mistik. Walaupun puaknya tidak boleh diperbandingkan dengan Puak Phoenix Iblis Kayangan, dia mempunyai pemahaman tinggi terhadap puak itu. Justeru, dia boleh lihat betapa berharganya tiga titisan darah merah hijau ini pada pandangan sepintas lalu.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください