webnovel

"Siapa itu?" Zhang Xuan tiba-tiba dapat merasakan bulu romanya meremang di seluruh badan.

Makhluk itu berjaya memasuki mindanya tanpa pengetahuan sesiapa… Siapakah dia?

Zhang Xuan segera menumpukan perhatiannya ke arah punca suara tersebut dan sebuah terowong dihurung kegelapan tiba-tiba terhasil di hadapannya. Terowong tersebut bagaikan berlanjutan buat jarak yang jauh, menghala ke sebuah jurang kesepian dan kekelaman.

Ilaian ngeri tersebut bergema lantang sekali lagi. "Marilah!"

Sejurus selepas itu, Zhang Xuan dapat merasakan sifat dirinya mula menjadi goyah dan apabila dia tersedar kembali, dia sudah berdiri betul-betul di hadapan terowong tersebut.

Zhang Xuan sesungguhnya tidak berdaya apabila berhadapan dengan sebuah kuasa yang sebegitu dahsyat!

"Siapa kamu?" Tanya Zhang Xuan dengan wajah ngeri sambil mengesan prsekitarannya. Tidak lama kemudian, dia tersedar kehadiran sebiji mata gergasi yang sedang merenungnya.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください