"Apa?"

"Kamu ini siapa? Perantis pakar perubatan sahaja! Kami ini pakar perubatan rasmi tahu tak? Berani kamu mendakwa dapat menyatakan kesalahan dalam teknik kami?"

"Kamu ini berlagak sangat kenapa? Kami ini pakar perubatan rasmi mempunyai banyak kaedah di hujung jari kami. Tidak perlu cakap lagi sama ada kamu dapat memberitahu masalah kami, jika kamu mampu mengenali teknik penempaan kami pun sudah cukup untuk kami mengistiharkan kamu sebagai pemenang!"

Selepas mendengar perkataan Zhang Xuan, para tetamu sekali lagi meletup dengan kemarahan.

Seorang budak mentah berani mendakwa mempunyai kebolehan untuk mendapat tahu teknik penempaan mereka serta kelemahannya dengan hanya melihat mereka menempa pil?

"Adakah dia ini gila?"

Dari tepi, Ouyang Cheng dan Wen Xue berasa cemas.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

avataravatar
次の章へ