webnovel

Lagenda Zhang Xuan (1)

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

"Saya, Lu Xun, mempunyai status yang tinggi dan dikenali di Empayar Tianxuan ini. Paling kurang pun, saya yakin terhadap keupayaan saya. Sama ada Yang Shi menerima saya ataupun tiga juta ini akan dipulangkan ke tidak, ia tidak ada kaitan dengan kamu!"

Sebelum sempat Maharaja Shen Zhui dan tiga orang guru sarjana ini dapat bercakap, 'orang kaya' itu telah mencabar perkataannya. Lu Xun tidak dapat menahan dirinya daripada berasa tercabar.

Melihat bagaimana orang ini dapat duduk bersama maharaja dengan tiga orang guru sarjana di situ, ini bermaksud dia mempunyai status yang agak tinggi. Walaupun begitu, dia, Lu Xun, yakin statusnya tidak akan lebih rendah daripada lelaki ini. Tanpa mengambil kira lagi ayahnya itu cikgu maharaja, cuma dengan pencapaiannya sahaja untuk menjadi guru paling berpotensi dalam Empayar Tianxuan pada usia begitu muda, dia sudah lebih daripada layak untuk duduk bersama ketua suku hebat.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください