webnovel

Ketua Persatuan

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

"Kamu juga tidak tahu? Apakah maksudnya?"

"Saya pun tidak tahu!"

"Orang kata yang jawapan-jawapan bagi soalan di Tembok Dilema itu diperiksa oleh sarjana-sarjana berbintang 4… Kalau 'kami juga tidak tahu' muncul pada dinding itu, adakah ia bermakna yang... para doktor berbintang 4 juga tidak pasti jika jawapan yang telah diberikan Liu laoshi itu benar?"

"Itu… tak boleh terjadi, bukan? Kalau benar, bukankah ia bermakna yang bakat dalam jurusan perubatan Guru Liu itu lebih hebat jika dibandingkan dengan doktor berbintang 4?"

"Ini…"

Semua orang merenung ke arah dinding di hadapan mereka itu dengan wajah tercengang.

Empat perkataan yang tertera iaitu 'Kami juga tidak tahu' telah membuatkan semua orang berasa pening-pening lalat.

Doktor-doktor yang berada di seberang Tembok Dilema tersebut semuanya berbintang 4. Malah, mereka juga tidak boleh memastikan jika jawapan yang telah diberikan itu salah atau benar…

Wah.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください