webnovel

Apa? Saya Masalah Besar Kamu?

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Sehingga sekarang, Ketua Dewan Xing selalu sahaja memanggil orang itu sebagai masalah besarnya dan tidak pernah sekali pun dia mengatakan namanya.

Oleh itu, Zhang Xuan tidak tahu siapa sebenarnya orang tersebut. Dia hanya tahu yang orang itu teramat mahir dan mempunyai kekuatan tinju di kemuncak alam pertapaannya.

Sebagai seorang yang bertapa Seni Suci Jalan Syurga, dia yakin yang dia akan dapat mengalahkan sesiapa sahaja dalam alam pertapaan yang sama dengan senang, tetapi, dia tidak percaya dia benar-benar kebal. Lagipun, klonnya sentiasa akan menjadi peringatan untuknya tidak menjadi leka. Memandangkan klonnya mampu mendapatkan kekuatan jauh melebihinya, sudah pasti akan ada bakat hebat dalam dunia ini yang mampu melakukan perkara yang sama.

Oleh itu, dari mula hingga akhir, dia tidak berfikir yang masalah besar Ketua Dewan Xing itu mungkin merujuk kepadanya.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください