webnovel

Di seberang sana, di atas sofa itu, Lu Xinyan terkesima apabila melihat Ning Xi dan Zhuang Keer berbual-bual dengan gembira. Jadi, dia bertanya kepada Lu Jingli yang berada di sebelahnya, "Bukan ke Zhuang Keer pernah keluar berjanji temu dengan Sepupu sebelum ni? Macam mana dia kenal Ning Xi? Mereka nampak rapat je."

Jiang Muye dan Lu Jingli berpandangan sesama mereka, tidak tahu daripada mana mereka hendak mulakan. 

"Roti Kukus, pergi ambilkan buah untuk saya!" jerit Ning Xi ke arah robot itu. 

"Tuan, saya Andrew, bukan Roti Kukus. Sila tunggu sebentar!"

Andrew tiba-tiba berhenti semasa sedang bergerak untuk mengambil buah-buahan itu.

Kemudian, mereka melihat Si Cilik mengambil sebuah kerusi dan meletakkannya di hadapan robot itu. Dia berdiri di atas kerusi dan membuka penutup yang berada di belakang robot itu. Dia sedang mengubah suai sesuatu pada litar yang kompleks dan skrin yang ada di dalamnya. 

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください