Kata-kata Cook membuatkan suasana menjadi agak kekok. Para wartawan sudah berpeluh kerana berasa gelisah. Orang asing ini terlalu berterus-terang.
Walaupun dia ikhlas berkata-kata, ia kedengaran agak tidak sopan tambahan pula apabila diutarakan di hadapan Su Yimo.
Su Yimo tersenyum kepadanya. "Artis ni mesti sangat hebat sebab dapat menambat hati Pengarah Cook."
Pengarah Cook mengangguk dengan yakin. "Tepat sekali."
Budi bahasa yang ditunjukkan Su Yimo meredakan sedikit kejanggalan. Orang ramai menjadi lebih berminat untuk mengetahui siapakah gerangan duta baru yang bakal diumumkan.
Adakah Cook sengaja membesar-besarkan cerita demi jenamanya atau duta baru itu memang seorang yang hebat? Kemungkinan kedua tadi mungkin benar kerana Noble ialah jenama kelas atasan. Duta mereka juga mestilah seseorang yang luar biasa seperti yang didakwa oleh Cook.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください