webnovel

Cik Puan Keluarga Ning

編集者: EndlessFantasy Translation

Semua orang terpinga-pinga selepas mendengar nada suara Ning Qiutong. Mereka tidak dapat meneka apa yang wanita itu ingin lakukan. 

Orang ramai saling bertukar pandangan dan berbisik sesama sendiri. Selepas itu, mereka mendengar Ning Qiutong berkata, "Saya dah dapat tahu tentang hal ni tadi. Saya akan siasat secara menyeluruh tentang tindakan dan gangguan yang Qian Caijun dah buat pada anak saudara saya. Apa yang pasti adalah tindakan yang akan dikenakan kepada dia tak akan terhad pada tindakan undang-undang saja."

Kata-kata Ning Qiutong itu jelas bermaksud yang dia memang akan buat lelaki itu terseksa nanti. 

Perlukah Ning Qiutong bertindak sejauh ini semata-mata untuk seorang anak perempuan angkat dari kampung?

Malah, Ning Yaohua dan Zhuang Lingyu sendiri pun hanya mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa. 

Orang ramai yang ada di situ betul-betul bingung ketika itu. 

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください