webnovel

Rasa Hampa, Keseorangan dan Sejuk pada Malam Sebelum Festival Musim Bunga

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

"Kamu rasa kamu boleh pujuk saya untuk ambil bahagian dengan memberikan ganjaran?" Bu Fang berdiri tegak apabila dia melihat Ouyang Zongheng dengan serius.

Ouyang Zongheng terkejut seketika. Dia berkata dalam hatinya, 'Seperti yang diharapkan daripada cef yang diakui oleh Maharaja, kekuatannya tak setanding dengan cef-cef biasa. Nampaknya susah juga untuk ajak Tauke Bu ke jamuan itu.'

"Tauke Bu, kamu betul-betul tak mahu mempertimbangkan semula keputusan kamu? Inilah peluang kamu untuk tunjukkan kemahiran masak-memasak kamu kepada semua orang!" Ouyang Zongheng bertanya dengan perasaan berat hati.

Bu Fang melihatnya dan matanya berkedip-kedip seketika. Dia menghembus nafas panjang dan kemudian bertanya, "Baiklah, apa ganjaran yang akan diberikan untuk tempat pertama?"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください