webnovel

Kejatuhan Bandar Mo Luo

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Satu sinaran cahaya.

Dua sinaran cahaya.

Kemudian, sinaran cahaya yang tidak terhitung banyaknya menyilaukan mata seseorang. Semua orang mengecilkan mata mereka semasa mereka melihat sinaran cahaya yang luar biasa itu.

Dari jauh, Wei Dafu naik peluh sejuk. Matanya terbeliak luas kerana dia masih bingung dengan apa yang sedang berlaku di hadapannya itu. Dia mengangkat jari-jemarinya dan mulutnya terngaga luas apabila dia menunjuk ke arah sajian yang memancarkan cahaya yang berkilauan itu.

"Sa... sajian yang memancarkan cahaya?"

Kekeliruan yang dialami oleh Wei Dafu pada ketika itu memang tidak dapat dijelaskan. Ini merupakan kali pertama dia melihat sajian yang memancarkan cahaya dan pencapaian ini membuka matanya dalam bidang masak-memasak. Kebanyakan orang tidak mampu mencapai eselon yang tinggi seperti ini walaupun mereka telah bekerja keras sepanjang hidup mereka dalam bidang masak-memasak.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください