webnovel

BAB 2 : Oyen dan Pak-Teh

Di rumah , Oyen Masih lagi dalam ketakutan kerana tidak dapat terima kenyataan yang kawan karibnya sendiri akan menjualnya kepada kumpulan kongsi gelap .

"Nampak ni? "

Pak-Teh menunjukkan seguni beg penuh dengan serbuk putih

"ini..Mustahil!! Samsudin takkan hisap benda-benda macam ini.!"

Oyen menangis.

" Takdir ilahi memang kejam tapi ini adalah hakikat . Terima sahaja dengan hati yang terbuka dan jangan menafikannya . "

Pak-Teh memeluk Oyen yang katakutan dek sedih sambil mengusab kepalanya .

"Baiklah…"

Oyen mengangguk

"Jadi boleh Kakak terangkan kenapa Kakak pakai macam tu?"

Oyen Bertanya .

"Uhmmm…. Macam mana nak terangkan eh...Okey Oyen, ini adalah baju seragam geng Kakak, Geng Kuala Harimau . Bunyi hebat kan?."

Pak-teh berkata dengan senyuman di muka .

"Oh okay,.. Jadi mana yang lain? Takkan Kak-teh seorang sahaja dalam geng ni"

Oyen menambah.

"Hehe...Buat masa ni Akak seorang sahaja Ahli dan kapten Untuk Geng ni.."

Pak-teh mengeluh.

"Kak...Adakah Serbuk putih itu ...Ada lebih dari satu pengedar di Kuala Lumpur ?"

Oyen bertanya dengan penuh sirius

" Yep, Bukan tu je , Serbuk putih itu sudah tersebar luas di merata-rata Tanah Melayu dan akar utama mereka berada di Kuala Lumpur. Jadi dengan kata lain, Kalau kita rosakkan akar utama maka seluruh jenis operasi yang berkaitan dengan serbuk putih akan hancur berderai macam Domino."

Pak-teh menerangkan .

"Baiklah kak...Izinkan saya menjadi Naib ketua Kuala Harimau dan mari sama-sama kita cabut Akar utama serbuk putih tersebut."

Oyen berdiri tegak sambil berkata melaungkan hasratnya.

"Baiklah. Kalau itu yang kau mahu '

Pak-teh membalas.

"Eh boleh ke kak?" "

Oyen terkejut.

"Kalau kak kata tak Oyen tetap juga akan ikut Akak secara senyap, jadi lebih baik Akak kata ya. "

Pak-Teh berkata membalas.

"Baiklah Esok jom ikut akak kita belajar apa yang Oyen perlu tahu tentang dunia bawah tanah."

Tambah Pak-teh.

"Berita terkini lebih kurang 10 orang remaja telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan kini sedang menerima rawatan di pusat pemulihan pioneer. "

Pemberita berkata-kata di kaca TV.

"Kau dengar tu , Ampang kali? Macam mana kau urus pengedar kau ha???"

Hong-fet memarahi Ampang kali.

"Maafkan saya tuan. Saya janji saya akan- *BANG* "

Ampang kali ditembak mati.

"Dengar sini, buat apa jua sekali pun, jangan sesekali buat nama pelanggan masuk media ..Faham tak?!"

Hong-fet menengking atasan-atasan.

"Tapi tuan , remaja yang masuk media bukan pelanggan Ampang kali …*BANG*"

"JANGAN BUAT AKU NAMPAK BODOH BOLEH TAK?!"

Hong-Fet menengking atasan sambil mengisi peluru.

"Jadi Oyen kau dah faham tentang dunia sindiket?"

Pak-teh menyoal.Oyen.

"Faham-faham jadi senang cerita kita perlu bina geng kita supaya kita boleh dapat banyak lagi pengaruh betul tak?"

Oyen membalas.

"Betullah tu tapi ingat lepas Oyen ikut Akak..Hidup Oyen takkan sama lagi dah macam dulu. "

Pak-teh membalas.

"Saya..Saya tak nak tengok lagi gadis atau lelaki mengalami pengkhianatan yang sama macam saya. Saya tak mahu lagi tengok perasaan kecewa yang tak berpenghujung yang disebabkan oleh Serbuk Putih. "

Oyen berkata dengan bersemangat seakan-akan membakar.

"Baiklah Kakak faham perasaan kamu. Jadi ma-"

Belum sempat Pak-Teh menghabiskan kata-kata, kedengaran bunyi ketukan di pintu pejabat Pak-Teh.

"Umm Oyen cuba kamu pergi periksa siapa yang ketuk, mungkin Ahli baharu? Hehe"

Pak-Teh berkata dengan senyum sinis

Tanpa ragu-ragu Oyen membuka pintu dan dua Lelaki dewasa terpacak tinggi dihadapan Oyen.

"Ada apa-apa saya boleh bantu?"

Oyen Bertanya.

"Inspektor sulung , tak perlu bual panjang.Boleh tunjukkan saya , siapa tuan rumah ?"

Lelaki tersebut berkata sambil menunjukkan lencana pengenalan.

"Um...Umm Ada apa saya bo….Boleh bantu Encik?"

Pak-Teh menggigil bertanya sambil menghulurkan secawan kopi kepada Inspektor Sulung.

"Maafkan kami kerana meredah. Biar saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Kamarul Asmail pembantu dan penolong Inspektor Sulung Bakri Omar .Salam berkenalan"

Kamarul memperkenal diri sambil menerima secawan kopi dari Oyen.

"Awak kenal lelaki dalam gambar ni?"

Sulung menunjukkan sekeping gambar .

"Eh lelaki tak guna ni?!"

Pak-Teh terkejut.

"Samsudin …"

Sedih Oyen sambil melihat Gambar tersebut.

"Ya! Baru semalam dia telah ditangkap pihak berkuasa atas penyalahgunaan dadah dan kini berada di bawah jagaan pusat pemulihan. Tetapi...Semasa proses pemindahan kenderaan yang dinaiki telah diserang oleh Geng yang kami percaya adalah Geng ljubezen."

Sulung menerangkan situasi.

"Hmph Memang patut pun . dia kena culik."

Pak-Teh tertawa terbahak-bahak.

" Minta maaf tapi boleh kami tahu kenapa awak benci sangat dengan lelaki ini?"

Asmail bertanya kekeliruan.

" Apa pulak? Memang patut pun. Awak tahu tak? Yang dia ni hampir jual adik saya untuk sekilo serbuk putih. Memang lelaki tak guna ."

Pak-Teh melepaskan rasa geram sepuas-puasnya.

"Baiklah kalau macam itu, buang masa sahaja kita siasat kes ini."

Sulung mencatat dalam buku nota.

"Huh!? Macam tu je korang abaikan?! Mak babak dia tak risau ke?"

Panik Oyen melihat .

"Lupakan, kami ada ikan lebih besar untuk ditangkap.,. Dengar sini , selain dari bercakap tentang lelaki tak guna, kami juga datang kerana kami dengar Awak berdua sedang menyiasat tentang Serbuk putih."

Jelas Sulung .

"!"

Oyen dan Pak-Teh mendengar dengan serius

" Baiklah nampaknya saya dah berjaya tarik perhatian kamu."

Balas Sulung.

"Serbuk putih! Boleh bagi tau saya ..Siapa pengedar Serbuk Putih???"

Oyen bertanya dengan menhentak tangannya ke meja .

"Wah Bertenang-bertenang masalah sekarang ini adalah kami sendiri pun tak tahu siapa dalang dan dari mana Serbuk putih itu datang. "

Asmail cuba menenangkan Oyen yang tidak sabar.

"Dengar sini kami telah cuba sedaya upaya untuk mencari ketua sindiket disebalik Dadah bernama "Serbuk Putih " Yang telah tersebar meluas ke setiap penjuru Asia Tenggara. Malah apa lagi teruk adalah Serbuk putih telah berjaya menjatuhkan China dari sebuah negara berdaulat kepada negara tak stabil."

Sulung menerangkan dengan lebih terperinci.

" Jadi sejarah telah diulangi semula lah ya?"

Pak-teh mengeluh .

" Dasyatnya "

Oyen ketakutan.

" Jadi senang cerita , Kami nak bekerjasama dengan awak berdua."

Asmail menambah.

"Nak tolong macam mana ? "

Pak-Teh Menyoal.

" Hehehe jangan pandang rendah pada Encik Sulung Bakri Omer, Kerana dia adalah-"

Belum sempat Asmall menghabiskan kata-katanya dia telah ditumbuk oleh Sulung.

"Senang cerita aku akan tolong korang semua dari segi kewangan dan maklumat. Jadi binalah geng korang sebesar yang mungkin supaya-"

Sulung berhenti

"Kenapa nak tolong kami ? "

Pak-Teh bertanya .

" Sebenanya...Saya dah terdesak...Dulu kami hampir merungkai siapa dalang disebalik Serbuk putih tetapi Selepas kematian Ketua polis negara , kami diberhentikan serta-merta dan ditarik hak dalam menguruskan kes tersebut."

Sulung menerangkan .

" Jadi"

Pak-Teh berkata.

" YA, Dalang yang menyebarkan serbuk putih, juga telah berjaya mengawal seluruh polis diraja Malaysia. Dan separuh dari politik Malaysia.!!"

Sulung menerangkan.

"Jadi buatlah apa yang patut."dan selamatkanlah Tanah Melayu kita!."

Sulung berkata .

Hehe...Lari 2 KM dengan tangan memegang pemberat seberat 6 KG adalah idea yang bernas ~

Tahsin_Tarabascreators' thoughts