webnovel

Hubungi David

"Marina! Marina!" pintu bilik tempat Marina menginap diketuknya berkali-kali. Dia memanggil nama Marina berulang kali. Gina nampak begitu risau sekali.

Marina perlahan-lahan bangkit. Suara Gina sayup-sayup kedengaran. Matanya digosok-gosok.

"Marina! Marina!" Gina terus memanggil.

Tangannya meraba-raba meja di sebelah katil, mencari jam tangan. Setelah berjaya mencapainya, dia melihat jam tangan itu. Pukul 2.00 pagi. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Dia tertidur rupanya.

Marina perlahan-lahan mengangkat badannya dari katil dan melangkah ke arah pintu. Dia melihat melalui lubang hendap. Wajah Gina yang sedang dilanda kerisauan kelihatan.

"Marina!" Gina terus memeluk batang tubuh Marina sejurus sahaja dia melihat kelibat wanita itu.

"Apa dah jadi?" tanya Gina.

Marina mengeluh berat. "Aku diculik orang dan hampir-hampir aku mati ditinggalkan di kaki bukit" jawab Marina.

"Apa?" Gina benar-benar terkejut.

Marina menjemput Gina duduk. Kemudian Marina pun menceritakan segala-galanya yang telah terjadi ke atas dirinya.

"Kasihannya kau Marina!" ujar Gina setelah Marina habis bercerita. Dia berasa simpati.

"Syukur kepada Tuhan kerana tiada apa-apa yang berlaku. Aku hanya mendapat cedera ringan saja" Ujar Marina. "Nasib baik Mama Tika ada. Kalau tak…"

"Sudah Marina. Perkara dah lepas. Yang penting kau dah selamat."

"Betul tu Gina. Kau rasa apa yang perlu kita lakukan sekarang?"

"Kita perlu hubungi Inspektor David."