Linley diam-diam meninggalkan tempat itu lalu pulang ke manornya.
Dalam perjalanan pulang dari kediaman Clayde ke kediamannya, wajah Linley kelihatan tidak gembira. Berita yang baru diterimanya itu membuatkan Linley sedar keadaan sudah menjadi lebih sukar sekarang.
"Linley. Apakah keputusan kamu?" Doehring Cowart muncul dari dalam cincin Naga Pusar.
Masih terdapat jarak antara kediaman Linley dan manor Clayde. Doehring Cowart, penempur kemuncak tahap Dewa yang berusia lima ribu tahun tidak takut jika Tuan Daun Gugur melihatnya berada di sini.
"Saya?"
Linley mengepal penumbuknya. "Sabar. Saya hanya boleh menahan sabar dan menunggu."
Doehring Cowart mengangguk berpuas hati. Dia melihat setiap langkah perjalanan dan perkembangan Linley. Kasih dan sayang Doehring Cowart terhadap Linley seolah-olah Linley cucu kandungnya.
Dia tidak mahu Linley bertindak terburu-buru.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください