webnovel

Chapter 8

'Kak Hana !' Panggil Syaf.

Hana berpaling kearah suara itu. "Jap, macam pernah tengok muka budak ni". Dia cuba memproses kembali ingatannya. Matanya buntang, oh budak dalam Facebook. Nak apa entah. Hana senyum kelat. Sebolehnya dia cuba untuk bertenang.

' Ha, siapa kamu ni? panggil akak kenapa? soal Hana kasar.

'Em, Saya Syaf and untuk pengetahuan akak, Saya gf abang Ayiiz.' Syaf mula memprovokasi Hana. Terlihat senyum yang puas terukir dibibir Syaf.

'Ohh, kamu ke gf ex akak tu? sorry la tak perasan pulak. Nak apa ea panggil ni?' Tanya Hana bengang.

'Nope, nothing. Sekadar nak bersembang je. Yelah kan, akak kan ex Ayiiz. Saya nak tahu perangai Ayiiz, apa yang dia suka, hobi dia. Semua la saya nak tahu.' perkataan 'ex' sengaja dikuatkan. Hana semakin tidak tahan sabar.

"Fuhhh, sabar Hana sabar. Dengan budak je punn." Hana tenangkan dirinya.

'Oh, Ayiiz ni.....

Belum sempat Hana nak memulakan ayat, Syaf memotong Hana.

' Sorry menyelit. Panas la kat sini. Saya straight to the point jela ea. Sebenarnya Ayiiz tu tak pernah sayangkan akak pun. Dia yang bagitahu saya. Selama ni dia baik dengan akak pun sebab ibu dia baik dengan akak. Tapi lama kelamaan dia rasa tak adil untuk dia. Takkan lah sebab ibu dia sayangkan akak, dia pun perlu sayangkan akak kan? so dia nak cari bahagia dia, dan bahagia dia bukan dengan akak. Okey, tu je. Hope akak sabar okey. Belum sempat Hana bersuara, Syaf menapak dari situ. Betapa kecewanya dia dengan apa yang baru dia dengar itu tadi.

Hana melangkah lesu. Hampir separuh kelas menegur kelainan dirinya. Hana yang mereka kenal ceria orangnya. Sebolehnya dia tutup segala apa yang dia rasa. Tetapi tidak untuk kali ini. Dia hanya menggeleng sebagai membalas soalan² rakan²nya. Ayiiz sedari tadi perasan perubahan Hana. Tapi langsung tidak diendah. Rakan² kelasnya sebenarnya tahu mengenai hubungan mereka yang semakin renggang. Tapi tidak seorang pun mahu mengambil peduli. Bukan mereka tidak ambil peduli. Tapi mereka tak tahu apa yang harus mereka buat. Amir dan Aina juga tidak tahu apa yang boleh mereka bantu. Mereka juga buntu melihat perubahan Ayiiz. Ada yang simpati dengan keadaan Hana, namun ada juga yang seronok melihat Hana diperlakukan sebegitu.

'Assalamualaikum Ayiiz, firstly Hana nak minta maaf pada Ayiiz kalau Hana ada buat Ayiiz terasa hati. Hana tak sure apa yang jadi sebenarnya diantara kita dua. Cuma jelas kat mata Hana yang Ayiiz dah ada yang lain walaupun antara kita langsung tak pernah ada kata putus. Jujur, Hana sedar diri. Dari awal lagi Hana patut sedar diri. Hana memang tak sepadan dengan Ayiiz. Ayiiz ada rupa, ada semua. Selayaknya Ayiiz dengan Syaf. Hana tahu. Lastly, sorry kalau Ayiiz terpaksa sayangkan Hana sebab Ibu sayang Hana. No need to. Hana doakan Ayiiz bahagia. Don't worry. Hana tak terasa hati. Sepatutnya dari awal Hana boleh agak benda macam ni akan jadi. Hana doakan Ayiiz happy. 。◕‿◕。'

Surat yang baru Ayiiz terima tadi meruntun hatinya. Dia tahu apa yang dia buat itu salah. Dia banyak termakan dengan kata² luar. Hana tidak pernah kecewakan dia, sehinggalah sekarang. Sepatutnya dia yang patut meminta maaf, tapi tidak. Tetap sahaja Hana yang meminta maaf. Dia sebak. Serba salah yang teramat sangat. Dia kejutan budaya. Manakan tidak, semasa di sekolah agama. Pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah dilarang sama sekali. Tetapi apabila dia pindah di sekolah harian, budaya yang bercampur gaul betul² buat dia leka. Tak pernah ada perempuan yang pernah 'confess' perasaan. Tetapi di sekolah baru ini, perkara itu dilihat biasa. Tetapi ada satu perkara yang tidak senang dia memikirkannya. "Sorry kalau Ayiiz terpaksa sayangkan Hana sebab Ibu sayang Hana?" Dia pelik. Tidak pernah dia berasa 'terpaksa' untuk sayangkan wanita itu. Kenapa Hana cakap macam tu ea? Dia menyoal dirinya, pelik !.

Hana semakin pulih semangat. Dia cuba kembali positif. Dia jadi dirinya yang dulu. Rakan²nya seronok melihat perubahan positif Hana.

Semakin lama Ayiiz bersama dengan Syaf. Dia semakin sesak. Syaf buatkan dia berasa terkongkong. Buat itu tak boleh, ini tak boleh. Langsung tak supportive. Berbeza dirasakan Hana dengan Syaf. Sifat manjanya semakin melampau dirasanya. Dia rimas. "Gedik betul la perempuan ni. Macam mana la aku boleh terjebak dengan dia ni". Ayiiz geleng kepala. Sudah tidak sanggup dia rasa. 'Hana..' Seraya dengan itu, nama Hana meniti di bibirnya. Dia rindukan wanita itu.

'Syaf, awak ada jumpa Hana ke? Ayiiz berbasa basi.

Syaf terperanjat. Dia nampak gugup. Soalan Ayiiz tidak dibalas.

'Kau buat² tak dengar ke kau taknak jawab aku ni Syaf?' kasar Ayiiz menyoal Syaf.

Sekali lagi Syaf terdiam, juga tersentak. " Aku kau? Whatt??" Namun soalan itu tidak disuarakan. Dia cuak.

'Macam ni la Syaf. Aku tak suka orang cakap benda yang tak betul. Sekalipun kau dengan aku, tak bermaksud kau boleh s buat cerita tau.' Ayiiz mula tinggikan suara.

'Abg Ayiiz, Syaf, ada orang nak jumpa dekat tepi dewan.' Panggilan itu mematikan suasana dingin antara Syaf dengan Ayiiz. Syaf lega. Tidak sanggup rasanya dia diajukan dengan soalan² itu. Dia risau pada akhirnya dia 'kantoi' buat cerita.

Ayiiz menapak laju meninggalkan Syaf dibelakang. Mereka menuju ke tepi dewan. Alangkah terkejutnya mereka, orang yang mahu berjumpa mereka itu adalah Hana. Syaf sudah tidak senang duduk. "Apa pulak lepas ni. Aduhh".

Hana mengukir senyuman apabila melihat Ayiiz dan Syaf menghampiri dia. Hana menarik nafas panjang. Cuba bersikap rasional. Sudah lama Ayiiz dan Hana tidak bertentang mata. Selama ini dia hanya mengelak. Tapi kali ini dia sebolehnya mahu tatap sahaja Hana. Rindu !

'Ye Hana, awak nak jumpa saya ke?'

'Haah, saya nak jumpa awak dengan Syaf. Before korang salah faham, saya sebenarnya nak jumpa ni sebab nak clearkan apa yang dah jadi antara kita ni. Saya faham kenapa awak tinggalkan saya and pilih Syaf. Don't you worry Yiiz, saya happy sangat tengok kawan² saya happy. Lagipun kita muda lagi, belum tentu jodoh awak dengan dia kan nanti'. Sempat lagi dia tembak Syaf. "Haritu hari kau, harini hari aku hah".

Berubah riak muka Syaf. Kali ini dia terkena.

'Hana, saya minta maaf naa. Saya tak patut buat awak macam ni.' Ikhlas Ayiiz meminta maaf.

'Eh, awak tak salah pun. Saya positif je, maybe sebab ada kurang kat saya yang buat awak cari orang lain. Saya taknak jumpa lama². Saya ada soalan sebenarnya untuk awak Ayiiz' Hana meneruskan perbualan.

Syaf rasa tak sedap hati. Selagi belum keluar soalan yang mahu ditanya Hana, hatinya berdegup laju.

'Tanya je apa yang awak nak tanya naa' Lembut Ayiiz memberi izin. Syaf menjeling. "Dengan aku bukan main kasar!"

'Ayiiz, haritu Syaf ada jumpa saya. Dia kata awak sayang saya sebab ibu sayang saya. So maksudnya awak terpaksa sayangkan saya. Kenapa awak buat macam tu?' Hana tanya mahu tahu.

'What? bila masa pulak saya sayang awak sebab terpaksa? Nope, jujur. Saya sayang awak ikhlas. Bukan sebab ibu. Siapa yang buat cerita bodoh ni?' Ayiiz soal kembali.

Syaf berasa tertekan. Dia tahu dia yang buat cerita. Semuanya hanyalah untuk merenggangkan lagi hubungan antara Ayiiz dan Hana. Tapi dia tidak sangka macam ni pula yang jadi. Syaf cepat² beredar. Dia lari selaju yang mampu. Hana dan Ayiiz terdiam. Pelik melihat kelakuan Syaf.

Belum sempat Hana mahu meneruskan perbualan, Hanis rakan kepada Syaf berlari ke arah Ayiiz. ' Abang Ayiiz ! Syaf,..Syaf pengsan !'

"Like seriously? Kau buat drama swasta Syaf?" Hana terkejut. Sampai tahap ni kau berlakon? Dasar budak².

Riak muka Ayiiz berubah. Hana dapat lihat yang Ayiiz risaukan teman wanitanya itu.

'Kalau awak nak pergi, awak pergilah dekat Syaf tu. Awak...' Belum sempat Hana habis cakap, Ayiiz laju tinggalkan Hana sendirian.

Hana terdiam. " Allah, kuatkan aku".