webnovel

Langkah Pertamaku

Aku mengeluh lega saat kaki ku menginjak ke bumi JDT atau Johor Bahru ini. Dengan langkah ini, aku berharap aku mampu mengubah hidupku dan melupakan semua yang telah berlaku. Aku mengheret bagasiku perlahan sambilku menarik kaca mata hitamku ke atas kepala. Kemudian, telefonku berdering. "Ya, saya baru je sampai, uncle." Rupanya panggilan dari rakan ayahku, Uncle Kent. "Sure, saya akan terus melapor esok." jawabku. " Takpelah, uncle. Saya dah berehat banyak dah." aku menolak cadangan Uncle Kent yang menyuruhku berehat terlebih dahulu. "Ok,uncle. See you tommorrow."

Ayah dan Uncle Kent merupakan sahabat bisnes sejak dari syarikat mereka ditubuhkan lagi. Kerjasama mereka tidak dapat dinafikan lagi apabila kedua dua syarikat berkembang maju. Tidak lama kemudian, telefon ku berdering sekali lagi.

"Ya, saya." jawabku. Kali ini pula, panggilan dari pemandu yang diupah ayah untukku disini. "Saya baru je sampai."

Tidak lama kemudian, Bezza berwarna silver yang disediakan ayahku meluncur laju menuju ke Bandar Seri Alam. Aku bukannya tidak tahu memandu. Tetapi, kerisauan ayah terhadap traumaku yang mencantas kemampuanku itu. Permintaan ini ku terima jika dibandingkan ayah ingin mengupah seorang pengawal peribadi untukku disini. Awal lagi aku sudah menolak. Malahan, aku seorang yang mementingkan privasi. Setelah tiba di Octville Condominium, aku terus berehat dan mengemas sedikit barang. Meskipun, perjalanan tidak terlalu panjang, namun penat tetap terasa. Kondominium ini pula, sememangnya lama sudah ayah hadiahkan untukku. Semasa aku masih di universiti lagi. Tapi, masa di universiti aku lebih suka duduk di hostel. Kondo ini hanya ku diami sekejap sahaja. Di hostel lebih senang untukku berhubung dengan rakanku. Tambahan pula, universitiku itu dulu agak jauh dari kondo ini. Nampaknya selepas ini, aku akan bersarang di kondo ini lebih lama demi azam baruku.