Selain itu, semua pemain yang menyertai pertarungan dengan bos sepatutnya telah mencapai tahap tertentu. Mereka sekurang-kurangnya mestilah mampu membunuh ilusi bos ini dalam masa 30 saat. Jika mereka gagal membunuh ilusi tersebut, mereka pula yang akhirnya akan membantu bos itu dengan memulihkannya sebanyak 1% berkali-kali jika mati seorang demi seorang. Jadi, jika 100 orang pemian telah dibunuh dengan <Kegelapan Membaham>, bos itu akan pulih sepenuhnya! Jika itulah keadaannya, lebih baik mereka menyerah kalah sahaja daripada menyeksa diri sendiri.
Tiga orang gadis itu nampaknya faham betapa merbahayanya Kemahiran itu. Mereka mengangguk menunjukkan mereka faham.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください