webnovel

Bab 1

Sebulan yang lepas ....

"Apa semua ni Along??? Apa motif Along buat semua ni ,ha? " sambil menangis ,Si adik bertanyakan tentang motif sebenar abang sulungnya membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan kekasihnya secara tiba-tiba

Tidak sampai sebulan Hanim tinggal serumah dengan ahli keluarga kekasihnya atas alasan abangnya minta untuk keluarga mereka menjaga Hanim sementara kerana ingin menyelesaikan masalahnya dengan isteri .

"Korang bukan mahram ,faham tak? Adik sengaja naik malukan Along ke depan keluarga dan saudara mara kita ?? " marah Si abang dengan bengisnya

Hanim tersentak dengan kenyataan yang didengarinye saat itu .Dia seakan tidak percaya yang abangnya sanggup perlakukannya sebegini rupa .

Kedengaran Danial ,kekasih Hanim ,merayu melutut dihadapan Along supaya batalkan niatnya yang kononnya nak memisahkan mereka berdua .Ahli keluarga Danial dan Hanim kelihatan sayu apabila melihat apa yang sudah berlaku masa itu .Mereka sendiri tak mampu nak melakukan apa-apa jikalau itu keputusan datangnya dari abang kandung Hanim sendiri .

Mereka tahu betapa sayangnya Danial terhadap Hanim .Mereka berdua terlalu bahagia jika bersama tapi apakan daya kalau abang Hanim ingin memutuskan hubungan mereka yang sekian lama sudah terjalin sejak zaman persekolahan lagi .

"Baiklah ,kalau itu yang kau cakapkan .Tak apa .Aku akan batalkan niat aku untuk pisahkan kurang tapi ada syaratnya ." Ucap Along setelah beberapa minit berfikir .

Apabila Hanim dengar kata-kata abangnya itu ,dia berasa hairan dan mula tertanya-tanya tentang apa syarat abangnya yang akan diperkatakan.

"Aku cabar kau untuk adakan duit sebanyak rm20K kalau betul kau sayang sangat dengan adik aku ni .Aku tak nak korang ada hubungan tak sah yang macam sekarang ni .Buat malu aku je depan orang-orang kampung nanti .Kalau kau nak dia ,ambil dia sebagai isteri yang sah disisi agama dan juga di mata tuhan ."syarat Along dengan tegasnya tanpa pedulikan riak wajah Danial yang kelihatan sangat terkejut dengan apa diperkatakan oleh abang sulung Hanim .