webnovel

Maisarah

Maisarah nama diberikan. Nama yang cantik begitu juga dengan maksudnya iaitu seseorang yang mempunyai ketenangan jiwa yang teguh. Namun berlainan pula dengan Maisarah yang ini, namanya langsung tidak mencerminkan gerangannya. Dia sangat lantang bersuara tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia juga sangat bebas dalam pergaulan tanpa dapat membezakan mana yang halal mahupun haram. Ramai yang aneh Maisarah mempunyai susuk tubuh yang tinggi lampai, alis mata yang terletak cantik, rambutnya juga ikal manakala bibirnya munggil. Melihatkan luaran Maisarah ramai yang tidak menyangka akan perangainya. Mungkinkan ia kerana kurangkan didikan agama daripada ibubapa? Atau ia pilihannya sendiri? "Sara kau tak takut dosa ke buat perkara macam ni? Ini dah di luar batasan ni Sara"- kata Aimy. "Biar la aku nak buat apa apa pun bukan dosa kau pun kalau tak ada apa apa lagi baik kau blah la Aimy. Acah acah baik pulak depan aku. Kubur lain-lainkan buat apa kau nak kecoh sangat" - jawab Maisarah meluat. Dan seperti yang dijangkakan Maisarah tidak suka dengannya. Dia bukan apa walaupun diri tidak bertudung seperti Maisarah tidak pernah sekali pun dia meneguk air yang haram itu kerana dia tahu dosanya amatlah besar dan kesannya juga besar apabila dia tidak dapat mengawal diri lagi apabila sudah mabuk. Aimy mengingatkan Maisarah kerana dia tidak mahu kawannya menjatuhkan maruah diri sendiri. Aimy tahu akan tragedi buruk menimpa Maisarah dan menyebabkan dia berubah secara mendadak. Bagaimana kesudahan kehidupan Maisarah? Adakah Maisarah akan hidup dalam keadaan yang diselubungi oleh dosa sehingga akhir hayatnya? Apakah tragedi buruk yang menimpa Maisarah segala berubah 360 darjah lakunya? Apakah yang menggerakkan hati Maisarah untuk berubah?

cikmairah · 歴史
レビュー数が足りません
5 Chs

BAB 2

"Papa!" jeritku sambil mengejar papa.

Terlihat papa berpaling dan tersenyum dan berkata "Sara jadi anak yang baik ya? jaga mama elok elok tau. Papa amanahkan awak untuk jaga mama ya sayang? Jaga diri baik baik. Papa kena pergi dah ni" lalu papa pun hilang dari pandangan.

Terlihat ada beberapa makhluk yang dia tidak dapat menggambarkan rupa makhluk tersebut dan sepertinya makhluk itu tidak pernah terlihat di dunia memimpin tangan papanya pergi ke sebuah taman yang sangat indah.

Aku tersedar dari tidur lalu menangis teresak esak mengingatkan tentang apa yang papa mengamanahkan dirinya sebentar tadi.

"Weh Sara kau kenapa menangis malam malam buta ni?"tanya Aimy risau lalu meluru ke arahnya dan terus memegang tangan Sara.

"A....aku mimpi papa aku Aimy."jawabku terketar ketar.

"Dah diam Sara akukan ada kau tidur ya? dah lewat dah ni." kata Aimy sambil menggosok belakangku perlahan.

Esok Paginya,

"Morning Sara. Macam mana mimpi lagi tak papa kau tu?" tanya Aimy.

Aku tidak menjawab dan hanya menggelenkan kepala sahaja.

"Hmm baguslah kalau macam tu. Ok lah dah lewat ni jom gi kelas." ajak Aimy. Aku hanya mengikut sahaja tiada moodlah katakan maklumlah mimpi semalam masih terngiang ngiang di fikiran.

Sampai dikelas tiba tiba ada seseorang menarik tangan ku. Gerangan itu ialah Dani.

"You ni dah kenapa?! Main tarik tarik je tangan orang. Tak ada kerja ke?" soal ku dengan perasaan bercampur baur marah, geram, benci semua ada sekarang.

"Saya risaukan awak. Awak pergi mana semalam kenapa tak datang kelas? Awak ada masalah ke? Siapa yang cari pasal dengan awak?" tanya Dani bertubi tubi.

"Tak ada apa apa lah. Yang you nak sibuk tu buat apa ini masalah keluarga I so jangan masuk campur none of your business!"jawabku meluat dengan perangai Dani ni lalu ingin berlalu pergi.

Secara drastik Dani merentap tangan ku dengan kuat. Badanku terhempas kuat di atas lantai metaku terpejam kerana menahan sakit.

"Kau nikan memang nak kena. Kau tak tau bertapa risaunya aku dekat kau tapi kau boleh buat bodoh je? Mungkin dulu boleh tapi tak sekarang sayang." katanya kuat sambil ketawa lagaknya seperti orang gila. Dia mengelus rambutku yang terjuntai di dahi aku segera menepis tangan besarnya tapi apakah daya kekuatannya lagi kuat berbanding diriku. Aku hanya mampu mengesot ke belakang "Tolong! sesiapa tolong!" pekik ku kuat.

Dia hanya tersenyum jahat semakin lama dirinya semakin dekat dengan ku.

"Kau takkan dapat lari kemana mana sayang... tak akan ada orang dengar kau menjerit tu." katanya sinis.

Dia mengunci badanku menggunakan dua tangan sasanya. Deruan nafasnya kedengaran ditelingaku.

"Kau takkan dapat lari. Kau hanya milik aku dan selamanya akan jadi milik aku. HAAHAHA." kata Dani.

Bibirnya semakin mendekat ke bibirku dan bila bila masa sahaja bibirnya akan mendarat ke bibirku aku tak mampu berbuat apa apa aku cuma berharap ada seseorang yang akan datang menyelamatkan ku.

Pap! terlihat Dani tersungkur ke lantai hidungnya berdarah bibirnya pula kelihatan pecah akibat terkena penumbuk dari seorang lelaki yang tidak ku kenali siapa.

Dia terus menarik tangan ku untuk beredar dari tempat itu.

"Kau ok tak ni?" tanya lelaki misteri itu. Wajahnya juga tidak kelihatan kerana dia memakai pelitup muka dan hoddie.

"Errr... sa...saya okay je. Terima kasih" dia hanya menganguk kecil.

" Lain kali baju tu biar tertutup sikit ke kau tak ada duit nak beli baju yang cukup kain?" perlinya sinis. Belum sempat aku hendak menjawab dia terus berlalu pergi.

Aku tidak mengendahkan perlian nya itu" Nama awak siapa?" jerit ku.

"Kau tak perlu tahu nama aku cukup panggil aku Haz. Dah la aku chau dulu" katanya dingin.

"Beb kau pergi mana sampai siku lebam lebam macam ni? Bagitahu aku sapa yang buat kau macam ni?" soal Aimy risau.

Aku hanya tersenyum. Hambar. "Tak ada apa apa lah sikit je nie aku jatuh tadi" tipu ku. Buat masa ini aku tidak ingin memberitahu sesiapa tentang hal tadi.

"Kau jangan nak tipu aku Maisarah Asyifah. Aku tahu kau menipu. Bagilah tahu aku Sara aku bukan kenal kau sehari dua beb. Cuba bagitahu siapa yang buat kau macam ni?" kata Aimy lagi.

Air mataku deras keluar membasahi pipi aku meluru ke arah Aimy dan memeluknya.

Aku pun menceritakan tentang apa yang terjadi sebentar tadi dari A sampai Z.

"Ish mamat tak guna! Tak ada otak ke nak rogol anak dara orang. Terencat ke apa? Hish geram aku. Pastu beb kau tak nak buat report polis ke? Bahaya lah beb kalau dia pergi buat benda tu lagi dekat kau macam mana. Aku bukan ada 24 jam dengan kau."

Aku hanya menggelengkan kepala.

"Aku takut kalau aku buat report dia semakin bertindak agresif dekat aku. Biarlah dulu kalau dia buat benda tu untuk kali ke dua baru aku buat report. Kau tak marahkan Aimy?"

Aimy hanya mengeluh lemah.

"Aimy jom kita pergi rumah mama aku."Ajak ku

"Boleh je tapi asal tiba tiba je mama kau ajak kita makan"

"Ntah la, dia tak bagi tahu aku kenapa dia cuma ajak makan jerr"

"Eh Sara, takkan kau nak pergi dengan siku lebam lebam ni. Kalau mama kau tanya nanti kau nak jawab apa?"

"Ya jugak aku nak tutup pakai apa erk? Emm ntahlah Aimy.. kau ada cadangan tak nak pakai baju apa?"

"Hmm.. Kau pakai hoddie lah beb aku pakai sekali dengan kau. Boleh?" tanya Aimy. Aku hanya anggukkan sahaja.

"Dah jom Aimy kita gerak dah lewat dah ni" ajak ku. terlihat Aimy mengenakan hoddie merah gelap dengan seluar legging berwarna hitam, rambutnya pula di ikat kuda berbeza denganku yang memakai hoddie berwarna putih, seluar legging berwarna hitam, spek bulat dan rambutku pula di tocang satu.

"Ha ok ok. Jom"

Kereta Mini Cooperku berhenti di rumah mewah yang tersergam indah.

"Assalamualaikum mama" laungku.

"Eh waalaikummussalam eh dah sampai masuk lah" -mama

Aku dan Aimy mengangguk dan masuk ke dalam rumah. Terasa suram rumah agam ini tanpa papa sudah tiada gelak ketawa papa, mama juga sudah tidak seperti dahulu lagi, wajahnya kelihatan tiada seri.

"Kenapa mama tiba tiba aje ajak kitaorang datang sini?" tanya ku pelik.

"Oh ada kawan mama nak datang kejap lagi takkan la mama nak makan berdua aje dengan dia jadi mama ajak kamu berdua sekali baru rasa meriah sikit."

"Oooo" kata aku dan Aimy serentak.

"Aunty ada apa apa yang Aimy boleh tolong?"

"Ha ni Aimy tolong aunty angkat pinggan ni letak dekat meja ya? lepastu panggil Sara suruh buatkan air"

"okay aunty"

Aimy pun mengangkat pinggan untuk dibawa ke atas meja.

"Weh Sara mama kau suruh pergi buat air tetamu dah nak sampai ni"

"Ha ok ok"

Belum sempat hendak melangkah ke dapur terdengar seseorang memberi salam.

"Aimy kau pergi buka pintu tu kejap aku nak pergi buat air ni"

"Ala kau lah pergi buka biar aku yang buat air. Lagipun ni kan rumah kau ye idok?" Aimy tersengih seperti kerang busuk lalu menuju ke dapur. Haih sabar jela dengan minah senget ni.

"Waalaikummussalam, kejap ye"

Aku segera membuka pintu.

"Aunty ni kawan mama kan? masuklah mama dari tadi lagi tunggu" kataku sambil tersenyum manis.

"Kamu ni anak Mariah ye?" tanya kawan mama yang tidak ku kenali siapa namanya. Aku hanya mengangguk.

"Cantik, serupa dengan mama kamu. Nama aunty Hafizah, panggil je cik ijah. Ni puak anak aunty Amirul Haziq kamu panggil dia Haz je. Nama kamu pula siapa?"

"Err, nama saya Maisarah. Cik ijah panggil je Sara" jawabku gagap kerana tidak selesa dengan pandangan lelaki di belakang cik ijah. Tapi tak pula aku melihat wajah lelaki itu kerana dia memakai pelitup muka hanya matanya yan berwarna hazel sahaja yang kelihatan

Belum sempat cik ijah hendak menjawab mama sudah memanggil kami.

"Eh Sara kenapa tak panggil kawan mama masuk hadui. Ijah, Haz masuklah."

"Haz? macam pernah dengar nama tu. Tapi kat mana ya?" bisik hatiku.

Zap. Aku teringat lelaki yang menolongku pagi tadi.

"Sara oii apa yang kamu menungkan tu. Cepat masuk" tegur mama. Aku tersentak dan tersengih sambil menggosok tengkuk. Malu oiii mama dah la tegur depan habis semua mata tertumpu kepada ku Aimy terlihat sedang menahan ketawanya. Siap kau Aimy balik rumah aku tumbuk tumbuk kau.

Aku duduk di sebelah Aimy.

"Jaga kau Aimy, balik rumah aku tahulah nak buat apa kat kau" bisik ku kepada Aimy

"Uii takutnya, agak agak kau nak buat apa ye dekat aku. Hmm" bisik Aimy pula

Aku menyiku lengan Aimy.

"Hish kau berdua ni depan orang pun nak berbisik bisik." tegur mama

"Ha kamu pulak ni Haz nak makan pun pakai mask ke?" tanya mama. Aku dengan Aimy tengah tahan ketawa bila mama tanya dia macam tu.

"Err.. sorry aunty tak perasan" malu lah tu sampai gosok gosok tengkuk bagai. Dia segera membuka pelitup muka yang dipakainya tadi. Fuyo hensem matanya yang berwarna hazel, kulit pulak putih dengan hidungnya mancung teruks kau sekali pandang macam oppa korea. Gatalnya mata kau ni Sara oii.

"Weh Sara dah dah latu kau tenung dia. Aku tengok macam dah nak terkeluar biji mata kau tu." bisik Aimy. Aku tersentak dan menjeling tajam kepada Aimy.

Setelah selesai makan aku dan Aimy pun lepak dekat kolam ikan. Tenang betul dekat sini.

"Aimy kau ingat tak aku ada cerita pasal mamat yang selamatkan aku tu?"

"Ha ingat. Asal?"

"Aku rasa en mamat yang selamtkan aku tu anak cik Ijah ler. Aku rasa la tak tahu betul ke tak."

"Asal kau rasa dia?"

"Aku rasa dia sebab nama dia Haz lepastu dia pakai mask."

"Kau ni macam macam la semua orang kau rasa mamat tu, tadi pun masa naik kereta nampak orang pakai mask kau rasa mamat tu jugak. Hadeh tak paham betul la aku dengan kau ni."

"Hmm yelah cik Aimy Izara semua kau nak bebel macam mak cik dah lagaknya"

"Beb aku gi tandas jap erk. Tiba tiba pulak mai sakit perut ni. Sat na aku pi tandas sat."

"Hayelah. Tapi kau tahu tak tandas kat mana?" soalku. Aimy hanya mengangguk.

tak sampai beberapa minit aku terdengar ada orang berdehem. Aik Aimy ke? cepat betul dia gi tandas. Terkejut aku ingatkan Aimy rupanya encik misteri ni yang berdehem.

"Tak payah le tenung aku macam tu aku tahu lah aku ni hensem" perlinya.

"Heh, perasan. Kucing aku kat rumah lagi hensem" bisik diriku perlahan.

"Aku dengar lah apa yang kau cakap"

Alamak dia dengar ke? haduh habislah aku. Dah lah mulut laki ni tajam semacam.

Note

Oleh yang demikian, berdasarkan nas dan pendapat ulama dapat difahami bahawa berpakaian yang menutup aurat itu hendaklah tebal yang tidak menampakkan warna kulit sesorang dan juga pakaian tersebut bersifat longgar yang tidak menonjolkan bentuk badan si pemakai. Rasulullah SAW juga ada menerangkan mengenai golongan yang berpakaian namun dikira sebagai bertelanjang:

ونِساءٌ كاسِياتٌ عارياتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ

Bermaksud: Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain cenderung kepada kemaksiatan.

(Hadis Riwayat Muslim 2128)