"Hahahhahahhaha.... jum kita lari" kedengaran gelak tawa seorang budak lelaki yang memegang tangan budak perempuan sambil berlari di taman permainan.
....hah....hah....hah...Dia merasakan terdapat sesuatu perkara yang pelik berlaku pada dirinya. Dia tercungap-cungap berlari sambil melihat budak lelaki tersebut meninggalkannya. "Hahhhh....hahh.... tunggu....." Yang pasti, muka budak lelaki itu tidak kelihatan dan semakin pudar. ....tung....tungg...gg.....gu.... "Dum....." budak perempuan itu pun jatuh.
Tiba-tiba....
Anis terbangun dari tidurnya.
"Huh....huh...huh...., mimpi apa tu?" Anis kelihatan kebingungan sambil mengelap peluh di pipinya.Dia melihat jam dinding yang berada di atas katil. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 5:30 petang."Takpelah, nanti-nanti jelah aku pikir.Eh, apasal aku tidur kat sini pulak ni". Anis berasa hairan apabila dia tersedar dirinya tertidur didalam bilik yang mempunyai penghuninya. Dia tertidur di dalam bilik Lisa dan dia dapati Lisa masih lagi tidur dalam keadaan yang nyenyak. Nampaknya mereka berdua tertidur selepas penat berbual dan bernyanyi bersama.
"Hurpmhh, baik aku keluar sebelum Lisa bangun. Aku pun kena lah tolong dia masak ke, apa ke. Dah lah duduk rumah dia kan. Takkanlah nak duduk lenggang kangkung je" Anis bermonolog sendirian.
Anis pun keluar daripada bilik itu dan menuju ke biliknya. Dia mengemas baju-baju dan barang-barang miliknya. Kemudian, dia mengambil masa untuk mandi.
Sesudah mandi, dia pergi ke dapur untuk memasak makan malam. Apabila sudah beberapa minit dia memasak. Tiba-tiba....
"Uiiii, watpe tu.... Anis pun menoleh kebelakang dan ternampak Lisa yang masih kelihatan mamai kesan daripada tidur. "Ouh, kau rupanya. Aku tengah masak ni, nape?" Anis menjawab acuh tak acuh sambil menggaul sayur di kuali.
"Kau masak apa? Sedap uiii bau!" Lisa memuji masakan Anis sambil berjalan menuju ke dapur. Jarak bilik daripada dapur tidaklah jauh hanya terdapat tangga yang memisahkannya. Rumah Lisa merupakan rumah dua tingkat. Di tingkat atas terdapat bilik dan setiap bilik terdapat bilik mandi. Manakala, di tingkat bawah pula terdapat dapur, bilik tetamu, ruang tamu dan tandas.
"Ni ha, aku masak sayur campur ngan ayam goreng. Okay tak? Sorry lah aku masak je tak tanye kau. Tadi kau tengah tidur, tak sampai hati aku nak kejut kau" Anis tetap menjawab persoalan Lisa walaupun dia sibuk menggoreng sayur.
"Ouh, okay jee. Takpelah, lagipun aku memang nak suruh kau masak pun aku malaslah. Hehehe....." Lisa tersengih.
"Dahlah tu, pegi mandi sana. Bau ah" Anis menutup hidungnya sambil mencebik.
"Banyaklah kau punya busuk. Aku ni an walaupun dah seminggu tak mandi, tetap wangi tau" Lisa memuji dirinya.
"Mmmmm, yelah. Dah pergi mandi!" Anis tetap menyuruh Lisa mandi kerana jam telah menunjukkan pukul 6:30 petang. "Dah nak malam ni. Kalau kau tak mandi, nanti aku abiskan ayam goreng ni tau. Mmmm....sedapnye" Anis mengugut Lisa dengan memegang paha ayam goreng tersebut.
"Okay....okay.... Aku pergi mandi. Jangan habiskan tau ayam tu!" sempat lagi Lisa memberi peringatan kepada Anis sambil dia berlari menaiki tangga untuk mandi di biliknya.
————————————————————————
"Dum.....dum.....dum..." kedengaran bunyi seseorang berlari menuruni tangga.
"Anis..... Jum makan, aku dah lapar lah" ujar Lisa sambil memerhatikan sosok tubuh Anis yang sedang duduk di sofa. "Anis..... Uiiiiiii.... Kau dengar tak apa aku cakap ni..... "Krikk....krikkkkk" melihat Anis yang tidak menyahut panggilannya, Lisa pun berjalan menuju ke sofa untuk memanggil Anis.
"Uiiii, kau wat pe tu! Lisa menjerit sambil menepuk bahu Anis.
Anis menoleh kebelakang apabila dia merasakan bahunya sedang ditepuk. Melihat Lisa yang berada di belakangnya dia pun menanggalkan sebelah earphonesnya dan membalas "Ye, nak apa?"
Lisa memandang Anis dengan riak wajah yang kebingungan. 'Rupa-rupanya dia tengah pakai earphones. Patutlah tak dengar apa aku cakap' bisik hatinya. Dia menatap telefon pintar Anis dan terpapar aplikasi muzik. Disitu terpampang perkataan 'BTS'. "Oooooh.... Patutlah tak dengar aku panggil. Rupa-rupanya, kau senyap-senyap kat sini dengar lagu BTS eh. Dah lah pakai earphone. Eeeee... Kau ni!" Lisa menegur Anis.
"Hehe, sorry. Aku bosanlah tunggu kau mandi tak siap-siap. Aku sebenarnya nak ajak kau makan tadi. Hehehehehh" Anis tersengih.
"Banyaklah kau punya alasan eh. Kau dengar lagu BTS yang mana. Bak sini henfon kau, aku nak tengok" Lisa mencebik sambil tangannya mencapai telefon pintar Anis.
"Ehhhh, jap...jappp! Anis membuat tanda stop dengan tangannya sambil dengan cepat menanggalkan earphones ditelinga.
"Amboi.... bukan main banyak lagi lagu BTS kau" kata Lisa sambil meng— 'scroll' telefon Anis.
Melihat Lisa yang bermain-main dengan telefonnya, Anis pun merampas semula telefon tersebut sambil menbalas "Dah....dah, tak payah sibuk nak buat main fon aku ni. Jum makan. Tadi kata lapar sangat....." ujar Anis sambil menjelingkan matanya.
"Yelah" jawab Lisa acuh tak acuh.
Anis dan Lisa berjalan bersama-sama menuju ke meja makan untuk makan malam berdua.