webnovel

2.5

Suhana dan Haziq sudah menanti dengan wajah girang. Aunty nya itu malah sempat memperkenalkan Alwiz pada seluruh isi rumah itu, yang sengaja dipanggil untuk diperkenalkan kepada lelaki itu.

Sewaktu lelaki itu bercakap-cakap dengan Hadi dan Ardan, Litany diam-diam merenung ke arah Alwiz. Melihat lelaki itu berbual sopan dengan kedua-dua lelaki itu, Litany terasa dangkal.

Mata dilarikan ke arah lain. Dia benar-benar tidak tahan melihat Alwiz berpura-pura baik di hadapan semua orang. Tidakkah mereka semua tahu, lelaki itu orang yang paling hipokrit di antara mereka. Sikap manipulasi Alwiz adalah kepakarannya.

Lelaki itu jahat! Lelaki yang telah menculik Al dan mengugutnya pula. Dia benar-benar membenci Alwiz.

HATE HIM!!!

"Tany, kenapa diam saja ni?" tanya Hana seraya memeluk bahu anak gadis itu. Litany tergamam. Dia menoleh ke arah Suhana dengan wajah bingung.

"Tany bimbang dekat Al, anty," bisiknya cukup perlahan namun masih bisa didengar oleh Hana.

Mata Litany sedikit berkaca. Hatinya ketika ini benar-benar bimbang. Dia takut akan terjadi sesuatu dengan Al.

"It's okay, hmm. Anty yakin pihak konsul kat sana akan bantu ayah kamu cari Al sampai jumpa." pujuk Hana.

Litany cuba menahan tangisnya. Jari-jemari diggemgam erat. Kelopak mata dipejam rapat. Hatinya benar-benar gelisah dan sedih. Belum cukup satu dia menghadapi masalah, timbul pula masalah lain.

Uhh...what should I do...

"Sekarang Anty pening lah fikir pasal Alwiz tu," bisik Hana ke telinga Litany.

Mata Litany terbuka luas mendengar kata-kata Hana itu. Dia menoleh ke arah Hana dengan wajah bingung.

"Apa maksud anty tu?"

"Yelah, kita semua tengah runsing fikir pasal masalah Al tambah pula Alwiz tu yang datang tak pernah pun bagi khabar apa-apa dah tetiba pula pulang mengaku tunang kamu. Apa pula nanti yang kita nak kena jawab dekat papa kamu"

"Nak beritahu yang kamu berdua dah bertunang macam tu. Hana tak ingin papa kamu marah"

"Dah terbayang-bayang anty macamana papa kamu tu bila marah. Tak boleh bawa bincang. Semua nak dia aje yang menang" keluh Hana, masih dengan nada berbisik.

Hana tidak mahu kata-kata nya singah di telinga Alwiz yang masih ralit berbual-bual dengan kaum lelaki di rumah itu. Ardan anak lelaki sulungnya dan Hadi pekebun di rumah itu.

Litany tidak menjawab. Malas dia nak fikirkan semua itu. Apa reaksi daddy nya nanti pun dia malas mahu mengambil tahu. Biarlah lelaki itu naik angin atau marah sekalipun dia tidak peduli. Fikirannya ketika ini dibebani dengan masalah mengenai Al, sekaligus merangkumi masalah lelaki misterius itu di rumahnya.

"Tapi anty suka dekat dia. Pandai Tany pilih. Dia dan Tany secocok macam pinang dibelah dua" sambung Hana lagi. Wanita itu tersenyum lembut.

Litany terpempan. Kata-kata yang baru meluncur keluar dari bibir Hana itu membuatkannya hampir tersedak. Cepat-cepat dia meletakkan gelas berisi jus yang dipegangnya ke atas meja.

Dari sisi mana anty nya melihat mereka sepadan. Ooh jauh sekali. Mereka seperti bumi dan langit. Lelaki itu juga bagai duri dalam daging baginya. Terus-menerus menipu keluarganya dengan kesopanan nya. Sedangkan tiada siapa tahu kecuali dia betapa kejam apa yang dilakukan oleh lelaki itu.

Alwiz yang masih ralit berbual-bual dengan Ardan melirik sekilas ke arah gadis cantik yang duduk tidak jauh darinya. Wajah yang terlihat muram itu ditenung agak lama.

'comel' bisik hatinya.

Litany yang perasan dirinya ditatap oleh sepasang mata tajam itu mengangkat muka. Membalas tatapan itu dengan tatapan nya yang juga tidak kalah tajam. Namun tatapan nya secepat kilat berubah gusar saat menangkap senyuman di sudut bibir Alwiz yang hampir tidak terlihat. Senyuman itu lebih kepada senyuman kemenangan.

Alwiz menggeleng kecil melihat wajah gelisah gadis itu.

'Sekali kau sudah masuk dalam circle aku tak akan pernah ada chance untuk kau melarikan diri lagi dari aku' Alwiz mengalihkan pandangannya. Kembali menyambung perbualannya dengan Ardan yang sempat terputus.

....

....

...

Litany menggumam resah. Serba tidak kena dibuatnya walhal dia sendirian di dalam kamar. Ruang luas di kamarnya itu diggunakan untuk mundar-mandir. Penat berjalan ulang-alik begitu, dia menghempaskan tubuh kecilnya ke atas katil.

Matanya terperosok pada bingkai gambar yang menunjukkan dirinya dan Al yang menjulang piala. Al menang dalam perlawanan catur dan mendapat tempat pertama di kampus.

Al memang juara bermain catur. Sama macam Daddy nya. Daddy nya juga cukup handal dalam bermain catur. Dia jadi teringat akan kata-kata yang pernah diucapkan oleh daddynya suatu ketika dulu, catur ini umpama perjalanan dalam sesebuah kehidupan, penuh dengan teka-teki, helah dan juga permainan. Hanya yang bijak yang mampu mengatasi dan menggerakkan bidak catur itu ke arah jalan menuju kemenangan.

Keadaan sekarang ini kelihatan sama dengan permainan catur itu. Bezanya dia adalah buah catur yang digerakkan oleh lelaki bernama Alwiz itu. Al pula adalah king yang harus dilindungi. Sikap langkah saja king akan menjadi mangsa dan dia pula akan gugur sebelum sempat menyelamatkan king nya.

Alwiz Zarex. Entah apa yang diinginkan oleh lelaki itu sebenarnya. Sudah jenuh mulutnya bertanya berkali-kali, tetapi lelaki itu seakan tidak sudi memberitahunya apa-apa. Lagi-lagi yang keluar dari mulut lelaki itu ialah dia tidak perlu tahu apa-apa. Hanya cukup sekadar melakukan apa yang lelaki itu arahkan.

Sudah dua hari lelaki itu berada di rumahnya. Dalam tempoh ini, dia sebenarnya teramat bimbang. Takut lelaki itu mencederakan anty dan orang-orang yang ada dalam rumah ini.

Tapi dalam tempoh itu juga kebimbangannya seolah-olah tidak berasas sama sekali.

Pagi tadi dia terserempak dengan Haziq dan Alwiz keluar joging bersama-sama. Sebelah tengah harinya pula, dia tergamam melihat Alwiz berbual sambil tertawa di dapur melayan kerenah bibik Sarah yang sibuk memasak.

Petang tadi pula lelaki itu turut sama berkebun bersama Hadi di laman rumah. Dan baru sekejap tadi, dia melihat kelibat lelaki itu berbual-bual dengan anty nya di anjung beranda.

Litany membirai kelopak mata. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi dalam masa yang sama, dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala mengundang getar halus di dadanya. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah itu yang membuatkannya seperti tenggelam dalam dunia lain.

Bodoh!!

Dia membuka matanya. Nafas dilontar kasar. Orang jahat macam tu yang kau nak kenang kenangkan kenapa? Dah gila? Gumam Litany seraya menggeleng-geleng.

Dia bingkas bangun. Dia melihat ke arah pintu. Entah kenapa dia merasa seperti melihat kelibat Alwiz di situ sebentar tadi. Keningnya berkerut. Tak mungkinlah!

"Issh Tany kau ni dah kenapa hah. Dah gila ke apa. Tadi dikenang kenang. Sekarang nak angau pula! Sedar diri lah Litany ooi!"

Dia menggeleng-geleng laju. Kepala diketuk kecil. Tapi melihatkan bayang-bayang yang berdiri di ambang pintu itu membuatkan nya kaku. Mana mungkin matanya menipu dirinya pula.

Dia meneguk ludah perlahan-lahan mengangkat wajah nya. Hampir ingin keluar jantung nya tatkala anak matanya bersitatap dengan panahan tatapan tajam itu.

Tidak sempat dia menjerit bila jemari besar lelaki itu menekup kuat mulut nya. Jadinya jeritannya tersekat di kerongkongnya saja. Jantung nya kian laju memacu menyedari kedudukan Alwiz yang begitu dekat dengan dirinya.

Dirinya tiba-tiba diserang rasa takut. Dia meronta kuat ingin lepas dari lelaki itu namun kian kuat rontaannya kian kuat pula pelukan lelaki itu. Tenaganya melemah bila tubuhnya ditekan di atas katil.

Tak sedar air matanya sudah mengalir jatuh membasahi pipinya. Tangisnya pecah kala itu juga. Dia takut dengan lelaki itu saat ini. Sangat takut. Apa yang lelaki itu fikirkan!

Alwiz tidak berganjak. Dengan lembut pula mengucup kelopak mata yang basah dengan manik jernih itu.

"Shht, jangan takut hmm. I just want a little hug from you"

Suara itu pilu terdengar di telinga oleh Litany. Perlahan-lahan Litany akur. Dia diam namun tangis nya masih saja belum berhenti hanya rontaannya saja yang terhenti.

"Maaf buat kau ketakutan. Bukan maksud aku macam tu" helaian rambut Litany yang jatuh hampir menutupi wajah cantik itu diselitkan di telinga.

"I'm tired. Tidur ya" Alwiz menyembunyikan wajahnya di antara cerukan leher jenjang gadis itu. Posisinya kini berbaring di sebelah gadis itu. Pelukannya tidak lepas sama sekali.

Entah kenapa Litany ikut terasa mengantuk saat sentuhan hangat lelaki itu menyentuh kulitnya. Seperti ada sihir yang menyihir dirinya agar tetap diam di situ. Kelopak matanya memberat dan tak lama dia benar-benar sudah tertidur. Hanya saja kali ini dia tidur dalam pelukan lelaki itu.

Ada rasa selesa dan selamat saat berada dalam pelukan hangat lelaki itu. Alwiz kembali membuka matanya menatap tak jenuh wajah yang sudah lelap itu. Kuncupan lama singgah di dahi gadis itu. Terasa rindu yang menggunung sedikit terobati.

"Aku sungguh merindukan mu. Aku sangat berharap kau kembali di waktu itu di mana kau menerima ku tanpa ada rasa takut dan benci seperti saat ini"

"Maaf sudah membuat mu seperti ini. Maaf juga kerana tidak mampu menyelamatkan mu waktu itu. Jika masa boleh diulang aku ingin memulainya dari awal sekali lagi"

Pipi mulus itu dielus lembut. Dia tersenyum. Sudah lama dia tidak merasakan tenang seperti saat ini. Dia meletakkan kepalanya kembali di ceruk leher Litany. Dia juga ikut tidur di sebelah gadis itu.