webnovel

Love Blue Flowers

kehidupan Naura Airina sentiasa penuh dengan buku-buku yang ditulis oleh Arif Iskandar. Bahkan dia telah menjadikan Arif Iskandar sebagai idolanya. Hinggalah dia bertemu dengan Nazrul Hadif, adik Arif Iskandar yang merupakan seorang pelajar yang bekerja di kedai buku Naura Airina. Tanpa Naura sedari, Nazrul menyimpan perasaan terhadapnya namun Nazrul tidak mampu ungkapkan kata cinta itu kerana hati Naura sudah mengukirkan nama abangnya, Arif Iskandar. Saat kali pertama, Nazrul membawa Naura ke rumahnya. Arif sudah mula mengimpikan untuk menjadikan Naura suri hatinya tetapi dia seorang lelaki yang tidak pandai meluahkan perasaan. Tanpa berfikir panjang dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampailah dia sedia untuk memberitahu perasaanya itu.

Irlylune · 若者
レビュー数が足りません
52 Chs

Love Blue Flowers

ADIF mengeluh setelah tiba di rumah. Perlahan-lahan dia mengambil bingkai gambar yang terdapat wajah seorang gadis yang mengayakan kebaya berwarna ungu dan bertudung putih. Senyuman gadis itu membuatka Adif merinduinya.

"No Adif! Move on! Dia dah jadi tunang orang. Berdosa kacau tunang orang." kata Adif pada dirinya sendiri sebelum meletakkan semula bingkai gambar itu.

"Memang hidup Aku cintakan orang yang salah ke? Ke Aku layak dipanggil penjaga jodoh? Semua yang Aku suka mesti jadi hak orang lain. Ya Allah." rungut Adif. Kalini dia menapak ke balkoni biliknya untuk menghirup udara segar.

"Daripada duk fikir soal jodoh lebih baik fikir akhirat." kata Taufiq yang berdiri di belakang Adif. Adif terkejut mendengar suara itu secara tiba-tiba.

"Daripada fikir pasal soal jodoh lebih baik tolong Aku kemas rumah." kalini Taufiq memberikan vakum kepada Adif sebelum kembali ke ruang tamu.

PINTU rumah yang dibuka luas dipandang kosong oleh Dania yang baru pulang dari kelas. Anak matanya sayu. Kepalanya berat memikirkan hal perkahwinan yang akan berlangsung 2 bulan lagi.

Dia tidak mampu melangkah ke rumah itu dengan wajah yang ceria. 2 minggu dia menjadi tunangan orang dan 2 minggu dia tidak memaparkan senyuman yang indah pada keluarganya.

Bukan dia tidak suka dengan pilihan keluarganya cuma dia tiada rasa cinta dan sayang pada Zixuan. Pendek kata dia tidak suka bertunang dengan lelaki yang masuk Islam atas kerana inginkan harta dan tubuhnya.

"Dania? Kenapa tak masuk ni?" soal pengawal yang menjaga rumah itu. Dania menatap wajah pakcik Ismail dengan pandangan kosong.

"Atuk ada kat rumah?" pakcik Ismail menggeleng.

"Semua orang dah keluar." balas pakcik Ismail seraya melihat semula keadaan di luar rumah itu. Dania mengangguk lalu melangkah untuk masuk ke dalam kereta.

"Cik Dania nak pergi mana?" Tanya pakcik Ismail dengan kuat kerana jarak mereka berdua agak jauh juga.

"Hilangkan stres! Lusa Saya balik. Bye!" Pakcik Ismail mengangguk tanda faham. Dah lama dia menjadi pengawal di rumah encik Ng dan sudah lama juga dia menjaga Dania yang hidup seperti tiada ibu bapa itu. Ada ibu bapa tapi sibuk dengan kerja. Bila Dania ada sibuk mulalah drama menjerit terpekik macam orang apa sebab Dania tak nak luangkan masa bersama mereka.

"Haih Dania. Pakcik mampu doakan yang terbaik je untuk kau ni. Dah besar tapi hidup pun diaturkan. Apo nak jadilah."

NASI LEMAK yang dibungkus oleh Maisara membuatkan Naura bertambah selera. Terkejut Maisara apabila Naura mengidam nak makan nasi lemak air tangan Noralia Maisara yang tak pernah masak nasi lemak ni. Nasib sekarang ni boleh google resepi kalau tidak termenung Maisara kerana tak tahu cara buat nasi lemak tu.

"Sedap ke?" Soal Arif kepada Naura. Naura mengangguk sambil menunjuk ibu jarinya.

"Girl- Don't puji me. Malu I." Arif tersengih. Dia membuka balutan daun pisang yang berisi nasi lemak itu. Kata Naura dia teringin nak makan nasi lemak yang dilipat dengan daun pisang. Dugaan orang mengandung ni pelik-pelik je.

"Awak, awak sayang Saya kan?" Soal Naura secara tiba-tiba.

"Sayanglah. Kenapa wahai adinda ku?" Mahu termuntah Maisara di meja makan itu. Qayyum dan makcik Wati di meja makan itu menahan ketawa kerana wajah meluat Maisara menarik perhatian mereka.

"Gi tukar baju. Harini pakai warna pink. Boring Saya tengok suami Saya pakai baju hitam je. Dah habis ke baju dalam almari tu?" Terus Maisara tergelak. Arif menjeling Maisara.

Tanpa melengahkan masa dia masuk ke bilik untuk memakai baju kemeja berwarna pink cair dan berseluar hitam. Dia mengemaskan lagi rambutnya dan dia menambah aksesori jam pada tangan kirinya. Tali leher berwana hitam menambahkan lagi penampilan lelaki itu.

"Assalamualaikum pakcik pink. Saya Maisara. Apa khabar pakcik pink?" makin galak Maisara dan Qayyum gelakkan Arif yang sudah tiba di meja makan.

"Eh Akulah ngan dia ni. Kau tunggu nanti dia mengidam nak kau pakai kain batik kat mall." Maisara rasa tercabar pula dengan lelaki ni.

"Ya eh? lepasni dia mengidam nak make-up kan kau baru tahu. Okey pakcik pink?" meriah rumah itu dengan suara Qayyum dan Maisara. Cukup mereka berdua sahaja suasana berubah serta merta. Pagi-pagi lagi bunyi suara Maisara lah yang akan bergema di ruang dapur kerana untuk bersarapan bersama Naura.

Kata Naura dia tidak mampu berjauhan dengan Maisara tetapi atas sebab Maisara masih mempunyai rumah dan pekerjaan jadi Arif mencadangkan Maisara datang makan malam dan bersarapan bersama mereka. Naura pun terima sahaja asalkan dia boleh bergurau senda bersama minah otak senget ni.

"Adif tak join sekali ke?" tanya makcik Wati bagi mematikan topik itu.

"Dia kata dah nak periksa itu dia jarang datang sini." balas Arif dengan lembut. Makcik Wati mengangguk faham. Padanlah dia sibuk benar dengan buku rupanya ada periksa.

"Bila dia habis periksa tu? Dia kata nak ajar makcik masak makanan orang putih." ternganga mulut Maisara dan Qayyum.

"You jaga your mum betul-betul. Nanti budak tu ajar benda bukan-bukan. Faham Qayyum?"

"Faham bos!" aik mana satu bos ni? Arif ke Maisara? Naura sekali kerut dahi apabila Qayyum memanggil Maisara dengan panggilan 'bos'.

"Dia habis bila tu Saya tak tahu. Yang Saya tahu habis exam kita bercuti. Gi dulu makcik." Arif menghabiskan air tehnya sebelum dia bersalaman dengan Naura.

"I love you, sayang." Bisik Arif sebelum dia memakai kasut kerjanya. Qayyum pula baru bersalaman dengan ibunya sebelum pergi ke kerja. Siap minta ampun bagai macam hari raya. Macam-macam ragam Qayyum yang menjadi bualan Maisara dan makcik Wati saat Qayyum bersikap matang.

"Eleh dapat i love you je terus senyum. Kau bangun pagi dengar bunyi i love you tu Aku bangun pagi je masha Allah dengar azan subuh."

"Kisah pulak Saya ni cik Maisara? Makcik tahu tak dia tolak cincin taufiq macam tu je. Sian Taufiq yang dah lama nak binikan perempuan otak senget ni." Usik Naura dengan tersengih.

"Yang ditolak tu dah kenapa? Kamu nak bujang sampai ke tua ke? Itulah anak muda sekarang bila tengok orang dah kahwin mula rasa nak kahwin tapi bila depan mata dah ada mula reject. Bukan sebab tak suka tapi sebab takut lelaki tu bukan yang terbaik." Bebel makcik Wati seraya membasuh pinggan dan cawan di atas meja. Maisara tadah telinganya untuk mendengar bebelan limited edition dari makcik Wati.

BATU ditangan di baling oleh Adif ke dalam tasik. Peperiksaan baru sahaja habis dan cuti sem pun akan bermula tidak lama lagi. Sepanjang cuti sem ni dia tidak tahu apa yang dia mahu lakukan tanpa seorang kawan yang sudah bergelar sebagai tunang orang. Mahu diajak keluar tapi takut dituduh jadi orang ketiga. Nasib~

"Yang diri tepi tu dah kenapa? Nak mati awal ke?" Tegur Adif kepada gadis yang diri ditepi tasik.

"Shut up lah!" Teriak gadis itu yang sudah menangis terlebih dahulu. Adif gelabah kerana dia berasa dialah punca gadis itu menangis. Soft benor perempuan yang dia jumpa kalini. Lain dari Dania.

"Hey what's wrong? Nak mati bukan kat sini tapi gi kat depan balai polis. Nanti diaorang ingat Aku yang tolak kau masuk dalam tu."

"Boleh tak diam je? Memang suka jadi penyibuk ke?" balas gadis itu dengan nada yang masih tersedu - sedu akibat menangis. Adif mengeluarkan kain bandana berwarna hitam biru itu lalu dia mengikat lengan kanan gadis itu yang berdarah.

"Jom."

"Tak nak! Buatnya kau nak jual Aku kat Siam macam mana? Dah lah ada parut." Adif menahan kesabaranya.

"Lengan kau berdarah. Muka kau pucat and lagi satu. Tak hingin Aku jual kau. If halal Aku buat but haram no no."

"Tak nak! Kau dengan parents Aku sama je!" Lah- tiba-tiba kena tuduh sama pula. Adif menghembus nafasnya dengan perlahan-lahan. Dia duduk semula dia bangku tempat asalnya tadi.

Telefonnya dikeluarkan lalu dia mendail nombor abangnya untuk datang ke Tasik Permata yang berdekatan dengan hospital tempat kerja abangnya.

"Apa kau nak?" Tanya Arif dengan nada biasa.

"Datang kat tasik selalu kita lepak malam-malam. Bawak sekali alat doktor tu yang rawat pesakit tu."

"Kau accident ke?" Teka Arif dengan keadaan risau.

"Ada perempuan ni degil tak nak Aku bawak dia gi hospital. So tolong adik kau ni ya. Jangan lambat nanti dia lari." panggilan dimatikan. Adif kembali menatap wajah gadis itu. Skirt paras bawah lutut dan berkemeja putih. Nampak seperti budak sekolah pun ada juga. Sekolah International pun ada juga.

"Maria. Kau?" gadis itu mula memperkenalkan dirinya secara rela. Kini dia mula duduk disebelah Adif.

"Adif." Maria mengangguk. Keadaan mula menjadi sunyi. Suasana di tasik itu sunyi kerana sudah masuk tengah hari pada waktu itu jadi cuaca semakin panas.

"Lari dari rumah?" Maira mengangguk.

"Umur kau berapa ni? Macam muda lagi je lari dari rumah."

"19..." Lah- budak lagi rupanya. Tapi muka macam matang pula. Adif mengangguk.

"Dah fikir masak-masak ke nak lari rumah ni? Dah fikir perasaan parents kau?" Maira mengangguk lagi.

"The decision you made is wrong, don't you know?"

"Fikiran kau cetek. Fikir lagi dan apa kau dapat semua ni. Jangan ingat kau seorang je ada masalah. Ada masa kita kena korbankan diri untuk family." ungkap Adif lagi. Maira gelak sinis.

"Korbankan diri untuk jadi pelacur? Nice idea Adif." senyum sinis.

"Kalau macam tu. Lari je lah tapi kalau dah penat. Datang dekat Aku. Mungkin Aku adalah garisan penamat. It's okay. Aku bukan manusia yang jahat." senyum. Maira terdiam saat melihat senyuman manis itu. Dia mula berdebar tanpa diduga. Perasaan apa ini?