webnovel

Love Blue Flowers

kehidupan Naura Airina sentiasa penuh dengan buku-buku yang ditulis oleh Arif Iskandar. Bahkan dia telah menjadikan Arif Iskandar sebagai idolanya. Hinggalah dia bertemu dengan Nazrul Hadif, adik Arif Iskandar yang merupakan seorang pelajar yang bekerja di kedai buku Naura Airina. Tanpa Naura sedari, Nazrul menyimpan perasaan terhadapnya namun Nazrul tidak mampu ungkapkan kata cinta itu kerana hati Naura sudah mengukirkan nama abangnya, Arif Iskandar. Saat kali pertama, Nazrul membawa Naura ke rumahnya. Arif sudah mula mengimpikan untuk menjadikan Naura suri hatinya tetapi dia seorang lelaki yang tidak pandai meluahkan perasaan. Tanpa berfikir panjang dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampailah dia sedia untuk memberitahu perasaanya itu.

Irlylune · 若者
レビュー数が足りません
52 Chs

Love Blue Flowers

ZIXUAN menjeling ke arah Dania yang melayan Adif dengan penuh perhatian. Dari pintu pagar sampailah ke dalam rumah. Dania tidak henti berkepit bersama Adif bahkan ketika Adif mahu masuk ke tandas pun Dania menunggu di hadapan tandas.

"Both of you look cute when you're together." puji Encik Ng setelah melihat keakraban cucunya bersama Adif.

"Hehem." kuat juga bunyi berdehem dari Zixuan yang menahan cemburu. Anak mata Zixuan semakin tepat memandang wajah Dania yang masih memulaukan dia.

'Please- you're going to be my fiancé but why close to another man? ugh perempuan murah.'

HUJAN semakin lebat dan Arif masih setia duduk di tempat letak kenderaan di luar balai polis. Qayyum pula tidak henti menelefon pihak peguam untuk hadir pada harini.

"Lambat sangat lah. Sudahlah sejuk." rungut Arif. Qayyum melihat ke kiri dan ke kanan. Masih belum tiba kereta peguam yang mereka meminta untuk hadir pada harini.

"Sabar Tuan. Lagi 5 minit diaorang sampai lah kot. Janji pukul 3 petang dan sekarang baru dua setengah. Kita je datang awal." senyum.

"Hm. Qayyum." panggil Arif. Qayyum memandang wajah Arif yang nampak begitu tenang.

"Awak bekerja dengan Saya atas sebab apa?"

"Tuan pernah selamatkan Saya semasa kebakaran 4 tahun lepas jadi Saya bekerja dengan Tuan untuk balas jasa Tuan. Saya bekerja dengan Tuan dan Puan Naura. Puan Naura pun pernah bantu Saya semasa Saya hampir terlibat dalam kemalangan."

"Saya tak tahu pula isteri Saya pernah tolong awak." Qayyum mengangguk.

"Dia tolong Saya masa Saya dalam perjalanan ke syarikat Tuan. Kereta Saya habis minyak so Saya bercadang nak jalan kaki. Masa nak melintas jalan tu Saya tak tengok kiri kanan dan mujur Puan Naura tarik lengan baju Saya sebelum motor langgar Saya." Jadi inilah lelaki yang Naura maksudkan 2 bulan lalu? Semuanya sudah dirancang oleh Allah S.W.T

Kereta Honda Civic berwarna putih menarik perhatian Qayyum dan Arif. Qayyum mematikan enjin kereta lalu mengeluarkan payung dengan segera sebelum Arif bertindak sendirian.

"Maaf lambat." ucap peguam india berpakaian segak itu.

"Awak tak lambat. Saya saja datang awal." balas Arif.

"I'm Sunny. So can I see the police yang uruskan kes ni? Fail dan bukti Saya dah sediakan." Arif mengangguk perlahan. Lagi cepat lagi bagus.

Masuk sahaja ke dalam balai tersebut, keadaan mula huru hara. Beberapa pegawai polis berlari ke arah bertentangan. Ada juga yang sedang sibuk menelefon di ruang utama.

"What happened? Why is everyone running ke sana ke sini?" soal peguam Sunny sambil menutup payungnya.

"Encik Sunny, mari ikut Saya ke pejabat encik Fikri. We will meet orang yang uruskan kes ni." Peguam Sunny mengangguk sambil membuka langkah untuk menuju ke pejabat tersebut. Arif duduk di dalam kereta kerana dia tidak ingin mendedahkan identiti dia buat masa sekarang.

Fikri menjeling peguam yang sedang berbincang tentang kes itu bersama pegawai polis yang kendalikan kes itu. "Boleh pakai ke mamat tu? Aku tengok macam dah tua je dia tu." tanya Fikri kepada Qayyum yang masih setia berada di dalam pejabat tersebut.

"Peguam yang arwah Tuan Arif lantik semuanya bijak pandai. Encik Fikri cuba menindakkan kata-kata arwah ke?" Laju Fikri menggeleng. Dia cuma rasa tidak selesa dengan percakapan Qayyum. Dari wajah lelaki itu, Qayyum nampak lebih muda dari Arif dan Adif. Dan selama dia berkawan dengan Arif tak pernah pula lelaki itu menyebut nama Qayyum.

"Awak cuba hasut otak Saya ke? Saya tak percaya dengan bukti yang awak bawa ni. Entah-entah ini bukti palsu." jerit pegawai polis memakai teg nama Razman.

"My job as a lawyer is to uphold justice. Awak tu yang senang kena tipu. Kalau awak lihat dari bukti yang Puan Aina bagi, mereka telah mengedit video tersebut bahkan masa juga berubah." Peguam Sunny memeluk tubuhnya. Tak sangka pula dia akan berdebat bersama pegawai yang masih baru dan belum matang.

"Encik Fikri sila lihat bukti yang saya kemukakan ini. Semua bukti ini adalah bukti dimana Puan Naura tiada niat untuk membunuh arwah suaminya maafkan Saya. Maksud Saya suaminya. Encik Arif Iskandar belum meninggal kerana kurang beberapa minit sebelum kapal terbang berlepas, beliau telah meninggalkan kawasan tersebut. Dan kalau encik Fikri dan encik Razman lihat pada cctv lagi satu. Kita boleh lihat kapal terbang tersebut telah dirosakkan sehari sebelum kejadian."

"Tapi mana dia sekarang?" soal Fikri.

"Kami masih mencari Tuan Arif. Saya yakin dia masih berada di Malaysia lagi." balas Qayyum sambil menyusun semula bahan bukti yang dicampakkan oleh Razman sebentar tadi.

Razman mencampakkan semula semua buku kerja ke atas lantai. Dia tidak percaya semua itu. Fikri mengukirkan senyuman sinis. Buang masa sahaja mendengar cerita Razman semalam. Sudahlah Razman siap menyumpah Naura atas kes itu. Kini bukti sudah ada dan bukti juga menyatakan bahawa Naura bukan pembunuh.

"Do your work, encik Razman. Tangkap penjenayah sebenar dan jangan mudah terleka." Peguam Sunny mengemas barang-barangnya lalu bergerak ke arah pintu lokap Naura Airina.

Razman sentap. Dia dah salah anggap pada Naura. Sudahlah semalam dia telah memaki hamun gadis itu bahkan siap menyumpah bahawa Naura adalah pembunuh. Dia.. rasa berdosa. Sangat-sangat.

Qayyum mengejut Naura yang terlena di atas tilam nipis itu. Naura membuka kelopak matanya secara perlahan-lahan. Cepat-cepat dia mengundurkan diri kerana takut kalau-kalau lelaki itu akan mengapa-apakan dia.

"Puan Naura. Saya Qayyum. Pembantu peribadi encik Arif." Naura kerut dahi. Dia masih mamai.

"Puan dah dibebaskan. Saya akan hantar Puan Naura ke tempat yang selamat. Percayakan Saya sekali ni sahaja." Baru dia teringat Arif pernah beritahunya Qayyum iaitu pembantu peribadi suaminya akan menolong dia jikalau dalam kesusahan. Dia pernah dengar nama Qayyum yang keluar dari mulut Arif namun tak pernah pula dia bersemuka dengan lelaki itu.

"Ni siapa?" tanya Naura setelah melihat susuk tubuh lelaki india dihadapannya.

"Sunny. Peguam yang lepaskan Puan. Saya juga peguam yang dilantik oleh keluarga Puan." Naura mengangguk perlahan. Kepalanya pening dengan persekitaran yang bising itu. Bunyi pukulan dari dinding dan bunyi bayi menangis.

"Puan okay?" soal Qayyum dengan bimbang.

"Saya.. o..." Naura pengsan di atas lantai. Sunny membuka pintu itu dengan sebesarnya agar Qayyum boleh mengangkat tubuh itu untuk masuk ke dalam kereta.

"SAYA dah kata jangan skip makan tapi sayang degil. Skip jugak masa makan tu." bebel seorang lelaki yang sedang mengelap peluh di dahi Naura. Naura menahan perbuatan lelaki itu. Mulutnya mengukirkan senyuman manis buat lelaki berada disebelahnya.

"Good to see you sayang." satu kucupan singgah di dahi Naura. Naura menangis di atas katil itu. Arif mengelap air mata isterinya lalu dia memeluk tubuh itu buat seketika.

"Arif ada depan mata sayang. Kenapa nak nangis lagi?" soal Arif. Tangannya masih mendakap tubuh Naura yang masih lelah.

"Mana Arif pergi?" tanya Naura dalam dakapan itu. Air matanya masih mengalir. Rindu dan marahnya sudah hilang yang ada cuma cinta sahaja.

"Arif tak pergi mana-mana. Maafkan Arif ya sayang. Maafkan Arif." ucap Arif. Kini air matanya dia pula jatuh di pipi.

"Shh jangan nangis sayang." pujuk Arif kepada Naura yang masih menangis.

"Anak kita sihat tak sayang?" soal Arif sambil mengusap perut isterinya. Kali pertama dapat merasakan gerakan dari nyawa dalam perut itu. Dia teruja dan gembira.

"Macam mana.." Macam mana Arif boleh tahu yang Naura mengandung? how?!

"I'm doctor. Of course Arif tahu isteri Arif pregnant." Naura tersenyum. Benar dia merindui lelaki itu namun dia tertanya dimanakah suaminya berada selama ini? beberapa minggu dia menghilang.

Air mata Naura semakin lebat. Namun pada masa yang sama dia tetap tersenyum. Adakah menangis kerana gembira atau kerana kecewa? kecewa atas sebab Arif meninggalkan dia tanpa khabar berita.

Tuk!Tuk!Tuk!

"Puan, Tuan. Makanan dah siap." ujar makcik Wati kepada pasangan yang baru berjumpa itu. Arif mengangguk lalu dia mencapai jari jemari Naura Airina. Rambut yang dilepaskan kini diikat oleh Arif. Anak mata Arif bertemu seketika dengan anak mata Naura.

"Arif sayang Naura. Sampai bila-bila." ucap Arif di telinga isterinya.

"Naura sayang Arif. Sampai bila-bila." senyum. Makcik Wati yang berdiri dihadapan pintu turut tersenyum.

"Alahai comel pula korang ni. Teringat pula makcik dekat arwah suami makcik." Terus Naura menolak tubuh Arif dengan kuat sehingga suaminya terbaring di atas katil.

"Lah dah kenapa tolak suami tu Puan?" Naura terkejut. Dia ingatkan tiada sesiapa dihadapan pintu itu. Malu! Malu!

"Dia malu tu, makcik." usik Arif. Naura mencebik. Malu pula dengan tindakannya sebentar tadi. Itu nasib baik makcik Wati sahaja yang lihat kalau Maisara sekali? hm mahu dia kena bahan sampai tahun depan.

"Tuan kata Puan suka makan nasi ayam. Harini makcik masak makanan kegemaran Puan. Nasi ayam dengan jus tembikai. Hebat tak?" Naura mengangguk laju. Perutnya memang kebulur sebab asyik minum air kosong sahaja di lokapnya.

"Nah makan." Arif menyedokkan nasi dan kuah kedalam pinggan. Ayam dan sambal nasi ayam turut diletakkan di atas pinggan Naura.

"Bismillah jangan lupa." pesan makcik Wati kepada Naura yang baru sahaja ingin menyuap makanan. Naura tersengih.

Dengan lafaz bismillah, nasi ayam dimasak oleh makcik Wati selamat mendarat di dalam mulut Naura.

"Makcik makanlah sekali." pelawa Naura.

"Makcik puasa. Nanti malam kita makan sama-sama ya. Hah malam ni nak makan apa pula?" rambut Naura yang jatuh di dahi itu terus kebelakang semula apabila Arif membelakang kan rambut isterinya.

"Tak membazir ke? Banyak lagi nasi ni." Laju Arif dan makcik Wati menggeleng.

"Banyak apa kalau makcik masak 2 pot nasi untuk kita je. Hah malam ni nak makan apa? tukang masak dah ready nak masak tu." Naura gigit bibir. Banyak juga makanan yang dia nak merasa. Haduhai.

"Ketam masak lemak cili api dengan udang masak sambal." senyum. Arif kerut dahi. Banyak pula isterinya ingin makan.

"Uish nasib stok ketam ngan udang ada lagi. Hah jap agi makcik masak."

"Nanti Naura tolong." kata Naura dengan penuh ceria dan tenaga.

"Iyalah. Makcik solat dulu." Naura melambai makcik Wati yang ingin masuk ke bilik. Senyuman gadis itu semakin mekar kerana dapat melihat insan tercinta.

"Sayang." panggil Naura dengan lembut.

"Kenapa? pening?" Naura menggeleng.

"Nak ayam." sengih. Arif turut tersengih. Haih comel pula Naura semasa meminta ayam. Semestinya Arif cair.

"Promise jangan tinggalkan Naura. Naura tak kuat lagi." Arif mengangguk sambil mengusap lembut rambut isterinya.

"Arif tak akan tinggalkan bunga yang cantik dan mekar ni. Bunga Arif. Cinta hati Arif. Only for Arif Iskandar."