webnovel

Bab 266

編集者: EndlessFantasy Translation

Ketika bau bunga mawar tersebar ke ruang udara, Chu Qiao yang sedang berdiri di atas tembok memandang ke arah barisan perisai di bawah. Teriakan para pahlawan yang melolong seperti puting beliung melewati langit dan melepasi telinganya.

Bendera pertempuran yang berwarna hitam berkibaran di atas kepala Yan Xun. Malam yang gelap tidak berbintang dan berkabus menyelubungi seluruh kawasan kecuali wajah para askar yang diterangi dengan puluhan ribu obor yang menyala. Yan Xun yang berpakaian jubah hitam berdiri di atas pedatinya yang berwarna keemasan sambil memegang busur emasnya. Dengan perlahan dia mengangkat wajahnya lalu memerhati dalam senyap ke arah bayang-bayang yang dikenalinya.

Kesunyian menyelubungi medan perang apabila semua orang menahan nafas mereka. Bunyi deram-derum hasil daripada gendang perang seolah-olah bumi sedang bergegar lantas menaikkan semangat juang para tentera. Buat seketika, waktu seolah-olah terhenti ketika kedua-dua belah pihak saling bertatapan antara satu sama lain. Tidak lama kemudian, mereka memulakan pertempuran antara satu sama lain untuk menyelamatkan diri masing-masing. Dalam sekelip mata, anak panah dilepaskan oleh tentera berkuda ke arah para askar di mana mereka sedang bergegas berlari ke arah medan perang. Raksasa perang mula melepaskan keganasannya yang sangat kejam.

Awan yang menutupi bulan menunjukkan seolah-olah syurga tidak mahu melihat darah yang berlumuran hasil daripada peperangan yang tercetus. Peperangan yang menyebabkan kekacauan itu diiringi dengan jeritan orang yang menjerit dan mengerang serta kuda-kuda yang meluru ke arah medan perang.

Selepas bertempur hampir sehari suntuk, Pasukan Tentera Xiuli menggunakan masa rehat Pasukan Tentera Yan Bei yang sedang membetulkan formasi mereka dengan membuka pintu gerbang bandar arah timur secara tiba-tiba sebelum bergegas menaiki kuda dan menunggang ke arah laluan sempit yang membawa ke tebing Sungai Tiexian. Tentera Yan Bei mengejar mereka dengan menunggang kuda kerana ia amat mustahil sekiranya mereka mahu mengejar dalam kumpulan yang ramai. Namun setibanya mereka di tebing sungai, mereka dapat melihat kelibat Pasukan Tentera Xiuli yang sedang berakit menggunakan kulit kambing biri-biri dan bergerak menuju ke hilir sungai yang mempunyai arus deras.

"Hati-hati Tuan!"

"Hati-hati Tuanku!"

Chu Qiao dan Yan Xun mengambil dan melepaskan anak panah mereka hampir secara serentak. Anak panah mereka bertembung di udara dengan bunyi dentingan lantas membuatkan para askar di sekeliling mereka bersorak. Chu Qiao yang sedang berdiri di atas botnya di atas terusan memerhati Yan Xun dari jauh. Dia sangat sedar pertempuran ini untuk tujuan teater kerana tidak mungkin Yan Xun berpeluang untuk menghentikannya.

Bersekutu dengan Cik Puan Jingan bermaksud Yan Xun terpaksa mempertahankan Hanshui untuk wanita itu. Namun, pada saat dia menakluki Tang Jing, dia akan memimpin pengganti Raja Jing An naik ke atas takhta. Kemudian, nasib Yan Bei akan terletak di tangan orang lain. Oleh itu, dia sepatutnya memenangi pertempuran ini namun ia juga sesuatu yang dia tidak boleh menyerah dengan mudah. Dia masih memerlukan pertolongan Chu Qiao untuk menyeret konflik sivil dalaman Tang supaya dia dapat melalui Sempadan Tanghu.

Ketika deretan obor yang menyala menerangi sungai, kegelapan sebelum waktu subuh bersembunyi di atas sungai bersama angin lalu menyerlahkan lagi cahaya merah api yang dipantulkan ke atas permukaan air.

Yan Xun terus menunggang kudanya sementara ia menghentakkan kakinya berulang-ulang kali ke atas tanah dengan kukunya tanpa rasa selesa. Ketika dia menunggang kudanya, dia memerhatikan tubuh badan yang semakin menghilang dengan cepat jauh ke dalam sungai yang terdampar luas sambil angin yang bertiup menerbangkan rambut kuda itu.

Pada masa itu, satu jurang glasier terbuka di dalam kenangan berais Yan Xun, membawanya ke suatu masa yang hampir tidak dapat diingatinya namun cukup untuk menampakkan pemandangan yang samar-samar mula muncul di dalam fikirannya. Namun, dia tidak dapat ingat bilakah kenangan itu bermula. Kemudian, dalam diam dia menatap ke dalam sungai yang luas itu selepas pertempuran yang berlaku pada malam itu. Ketika api membakar Bandar Zhen Huang dan bunyi pembunuhan yang berterusan merentasi dataran, diri mereka yang masih muda memutuskan untuk membawa haluan masing-masing dan melakukan apa yang mereka rasakan betul.

Mungkin nasib mereka telah dicatatkan pada batu bersurat suatu ketika dahulu. Seperti tahi bintang yang bercanggah di arah yang bertentangan, pertemuan singkat mereka selalunya akan berakhir apabila kedua-dua pihak menentukan haluan masing-masing dan menjauhi antara satu sama lain.

Chu Qiao yang sedang berdiri di atas tebing sungai sambil memegang pedangnya itu memerhatikan pasukan akhirnya yang sedang menyeberangi Hanshui. Sungai luas itu memisahkan timur dan barat serta kelihatan seolah-olah membawa berjuta nyawa dan jiwa. Dia memandang ke arah kejauhan di sebalik debu dan merentasi padang ke arah Yan Xun di mana 100,000 orang pasukan perisai di sekelilingnya sepatutnya hilang. Apa yang tinggal dengan bangganya hanyalah seorang lelaki yang berpakaian jubah gelap di mana matanya kelihatan seperti dia baru sahaja keluar dari neraka dan mampu memusnahkan segala yang menghalang jalannya.

"Cik Puan!" Pingan mengejarnya. Dengan matanya yang kelihatan merah, dia mengangkat kepalanya lalu berkata, "Kita kehilangan lebih 6000 orang tentera dalam pertempuran ini."

Chu Qiao memandang ke bawah dan melihat kesan darah pada wajah anak muda itu yang masih belum kering. Pertumpahan darah yang baru sahaja disaksikan olehnya telah memusnahkan kesucian hatinya ketika dia membesar dengan aman pada zamannya.

"Pingan, semua yang datang ada harganya," Jeneral Pasukan Tentera Xiuli yang terduduk di atas kuda menjawab. Dia melihat ke arah deretan obor yang menyala seperti bertahun lamanya sebelum meneruskan percakapan dengan perlahan, "Kedamaian yang sejati selalu diperolehi melalui peperangan."

Pingan memandang dengan hairan lalu dia menggumam, "Kedamaian sejati?"

"Ya. Saya tak akan hidup untuk melihatnya dan kamu mungkin juga begitu. Tetapi suatu hari nanti, akan ada seseorang yang mampu melihatnya." Chu Qiao memandang ke arah tebing sungai yang berdekatan dengan Hanshui di mana api yang marak itu telah terpadam dan asap yang berkepul-kepul itu seolah-olah mengandungi serpihan berwarna emas. Seorang lelaki yang berpakaian perisai hitam dakwat kelihatan sedang berkeliaran di tengah angin malam. Walaupun penampilannya nampak kabur, Chu Qiao dapat melihat ekspresi wajah dan bayangannya. Sama seperti apa yang pernah dia lakukan pada tahun-tahun yang lalu, dia melepaskan anak panah ketika dia sedang menunggang kudanya lantas menyelamatkan nyawa Chu Qiao. Kemudian, dia telah menemani lelaki itu selama satu dekad.

Dia memegang bahu kanannya di mana baju perisai besi hitam yang dipakainya itu sangat mustahil untuk ditembusi oleh anak panah walaupun kuat dan laju. Ia hadiah pemberian Zhao Song yang diberikan kepada dirinya dan juga Yan Xun. Dia berpaling ke arah tenteranya sambil mencambuk kudanya lantas berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.

Di suatu tempat di sebelah barat Hanshui, Yan Xun dan kudanya berpaling ketika jeneralnya mendekatinya. "Tuanku, kita sedang mengejar mereka ke?"

Tanpa berkata-kata, Yan Xun berjalan melepasinya sebelum berkata lembut, "Berundur." Semua tenteranya berundur seperti air pasang surut di laut. Ketika masuk waktu subuh dan cahaya matahari menyinari seluruh daratan, kedua-dua pihak semakin berjauhan di antara satu sama lain.

Di dalam khemah yang luas itu, seorang jeneral yang berpakaian baju perisai sedang melutut dan kelihatan seperti sudah lama berkeadaan sebegitu. Ketika matahari terbenam dan malam menjelma, khemah itu diselubungi kegelapan dan kelihatan cahaya samar yang terhasil daripada rantai leher mutiara yang berwarna keemasan lalu membentuk bayang jeneral seperti sebuah gunung yang berada di dalam khemah.

Semenjak dia pulang dari Sungai Tiexian, dia hanya telah ssduduk senyap di dalam khemah dan seolah-olah dia tidak mempedulikan sekelilingnya. Angin yang bertiup di luar khemah menyentuh lembut rumput-rumput lantas menyebarkan aromanya merentasi landskap malam. Bulan Mei di Tang bermaksud sudah tiba musim panas. Bunyi kicauan burung kedengaran merentasi kegelapan. Kunang-kunang yang hinggap di atas rumput di atas dataran menerangi persekitaran seperti bintang-bintang yang menghiasi langit malam.

Suasana sunyi sepi menyelubungi khemah itu apabila jeneral yang lengkap berpakaian baju perisai sedang berdiri tegak, tidak berani untuk menyalakan lilin ataupun menarik nafas dalam. Dia bukanlah salah seorang daripada beberapa jeneral dari Tentera Yan Bei, mungkin dia daripada pengawal lama diraja Yan. Malah, sejak kebangkitan keluarga diraja, hanya beberapa orang pengawal lama sahaja yang kekal kerana selebihnya yang berada di dalam tentera yang telah naik ke puncak dengan bergaduh antara satu sama lain. Walaupun tidak dapat diramalkan, Tuanku telah menitahkan dengan sangat jelas mengenai ganjaran dan hukuman dalam melayani baginda. Fokus utama kehebatan ketenteraan bermaksud selagi seseorang itu sanggup berperang, dia akan mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehannya.

Nenek moyang jeneral tersebut yang membawa gelaran Mu ialah cendekiawan yang terkenal di kawasan itu. Walaupun generasi beliau tidaklah setaraf dengan generasi yang terdahulu, mereka masih mengetahui dan mempelajari kesusasteraan serta taktik ketenteraan. Pengetahuan dan wawasan ini membolehkannya untuk menaiki pangkat dan menjadi ketua jeneral Yan Bei dalam masa beberapa tahun sahaja.

Jeneral Mu bukanlah seperti jeneral lain yang tidak mempercayai Yan Xun sekejam seperti yang dikhabarkan. Jadi bagaimanalah jika dia telah membunuh gurunya sendiri, adik kandungnya dan masih ramai lagi yang berdiri dengannya sepanjang tahun? Orang biasa memandangnya seperti seorang yang sombong dan tidak bersyukur namun mereka tidak memahami politik dalaman dan perjuangan kuasa di dalam kerajaan. Malah, mereka tidak dapat memahami urusan ketenteraan yang sudah dia hadapi. Walaupun dia telah menawan Yan Bei selama bertahun-tahun, mereka tidak mempunyai apa-apa untuk ditunjukkan tetapi mereka berusaha untuk menentukan politik wilayah walaupun diserang oleh penyokong utara dan timur yang diperintah oleh Xia yang menyebabkan penduduk Yan Bei mudah diserang dan terjejas. Seorang lagi pemerintah dan rejim yang huru-hara akan bangkit sekiranya Yan Xun tidak segera melakukan tindakan keras. Beberapa nyawa langsung tidak membawa apa-apa makna jika dibandingkan dengan usahanya untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Dalam sesebuah perebutan kuasa, sudah tentu akan terjadinya pertumpahan darah. Perbezaan antara pemerintah yang berjaya dan orang biasa adalah perspektif berbeza yang telah mereka adaptasikan untuk menyelesaikan masalah yang sama. Adakah seseorang akan melihat dan memikirkan mengenai gambaran besar atau adakah dia akan meletakkan kepentingan peribadinya terlebih dahulu? Oleh itu, Jeneral Mu tidak mempunyai tanggapan yang baik terhadap jeneral Xiuli kerana dia merasakan wanita ini tidak ditakdirkan untuk mencapai kejayaan yang hebat.

"Mu Lang," Satu suara yang rendah tiba-tiba bergeresek lalu bergema sedikit di dalam khemah yang besar itu. Mu Tang yang mendengarnya lantas berdiri manakala orang tadi meneruskan percakapannya, "Sampaikan pesanan ini kepada Cheng Yuan. Maklumkan kepadanya supaya menugaskan ahli pasukannya di sepanjang dataran Song dan mengawal kawasan itu. Oleh kerana Pasukan Tentera Xiuli mahu masuk ke dalam, biarkan mereka masuk. Angkatan tentera Permaisuri Jingan masih menunggu mereka di dalam."

"Baiklah, Tuanku."

"Beritahu dia juga supaya tidak menyerang tentera Zhao Yang. Sebaliknya, lancarkan serangan penuh terhadap Zhao Che dan lakukan apa sahaja untuk memusnahkan bekalan makanan Zhao Che."

"Baiklah," Mu Lang bergegas menjawab. Saya akan menghantar seseorang ke Sempadan Baizhi untuk menyampaikan pesanan itu."

Yan Xun menggelengkan kepalanya namun ekspresi wajahnya tidak kelihatan dalam kekelaman. "Tak perlu tergesa-gesa, hantar sahaja lelaki tersebut esok pagi."

Mu Lang terkejut ketika mendengarnya. Bagaimana mungkin satu perintah ketenteraan boleh menjadi suatu hal yang tidak penting? Namun dia tidak berani untuk membangkang Yan Xun dan terus berlutut dengan senyap.

"Mari minum dengan saya." Yan Xun membongkok ke hadapan sedikit lalu menuangkan wain ke dalam gelas, memantulkan cahaya samar daripada kilauan Mutiara. Mu Lang yang terperanjat dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Yan Xun tergesa-gesa melangkah ke hadapan dan mengambil segelas wain tersebut sambil terus berlutut.

Yan Xun dengan santainya menunjuk ke arah kerusi yang berhampiran lalu berkata, "Jangan duduk di bawah, duduk di atas kerusi itu."

Mu Lang bangun dan duduk dengan berhati-hati sebelum mengajukan minum ucap selamat, "Terima kasih Tuanku untuk wain ini."

Yan Xun juga turut mengajukan minum ucap selamat sebagai balasan. Ketika Mu Lang menuangkan wain ke dalam gelasnya, dia diberitahu dengan lembut, "Sudah sekian lama seseorang menemani saya minum. Pada mulanya keadaan memaksa kerana tidak mempunyai masa untuk ini, tetapi kini apabila mereka sudah ada masa, orang-orang yang biasa menemani saya sudah pergi."

Mu Tang menggerak-gerakkan pergelangan tangannya. Naluri dan ilmu pengetahuannya yang mendalam memberitahu kepadanya ada sesuatu yang tidak kena sejak Yan Xun memberikan arahan untuk berhenti mengejar Pasukan Tentera Xiuli. Lebih banyak dia fikir, semakin dia merasakan apa yang didengarinya sepatutnya tidak diberitahu dari awal lagi.

"Ayuh." Yan Xun berkata dengan santai sebelum mengajukan minum ucap selamat dengan lembut ke gelas wain Mu Tang dan tidak peduli mengenai wain merah yang menitis di tangannya. Walaupun satu tong wain telah dihidangkan, dia tetap minum segelas demi segelas. Sekejap sahaja isi tong itu hampir kosong.