webnovel

Epsidoe 113 : Perjalanan Jauh.

Untuk pertama kali selepas tiga tahun berpindah ke Marlowe, sekali lagi Darra keluar merantau ke luar negeri.

Coravia.

Menurut sejarah yang dibaca dalam buku dan skrol ancient, Coravia merupakan sebuah negeri yang dibina atas sebuah pulau. Istananya berada betul-betul di tengah laut. Sekelilingnya adalah penempatan para penduduk dan rakyatnya. Sumber kewangan mereka adalah berasaskan pelayaran, perlabuhan dan perikanan. Kebanyakan urus niaga berasaskan laut. Jadi mereka semua sangat pakar dalam peperangan di atas air dan di dalam air. Para tenteranya juga sangat hebat dalam renang. Tidak lepas juga yang para penduduknya kebanyakan mereka menyara hidup dengan memukar ikat, memikat udang dan sotong serta membiak kupang dan pelbagai jenis hidupkan bercengkerang. Setelah itu semua hasil laut tersebut akan ditukar beli dengan kawasan kampung yang jauh dari kawasan laut.

Pemerintahan diketuai seorang raja muda bernama Kayan Andrewan. Dibantu seorang grand duke yang terkemuka iaitu Omar Guzman Andrewan. Yang mana merupakan calon kedua yang sepatutnya menjadi raja jika bukan Raja Kayan. Disebabkan penyerahan kuasa raja diturunkan ikut keturunan kelahiran pertama.

Negeri Coravia sebuah negeri yang terkenal dengan sikap introvert mereka. Jarang berhubung diplomat dengan negeri luar ataupun mempunyai musuh kerana Coravia terkenal dengan sikap bersendirian. Namun semua itu berubah selepas Alfareeze ambil alih sistem ketenteraan Kerajaan Coravia. Kini semua orang luar pula yang terpaksa mendiamkan diri dan bersembunyi untuk elak menjadi sasaran jajahan Alfareeze nanti.

Buku berkulit tebal warna hijau lumut bergarisan emas atas riba di tutup Darra sebaik dia merasakan pedate yang dinaiki berhenti dari bergerak. Sesaat selepas dia mengangkat kepala, pintu pedati pula terbuka. Anthony berdiri di situ menyambut mereka.

"Duke Elijah...cik muda...kita telah tiba di perkarangan Istana Coravia.."maklumnya.

Duke Elijah yang duduk di samping Darra terus tunduk keluar dari pedati. Sementara Darra ikut dari belakang. Muncul saja dia di depan pintu, Duke Elijah bantu Darra turun dari situ sebelum mereka berdua berdiri menghadap laluan masuk Utama istana.

Berbaris sekumpulan kesatria dengan tombak di kanan kiri laluan tersebut.

"Sebegini mewah sambut Alfareeze akan kehadiran kita ke sini.."beritahu Duke Elijah memandang sekitar kawasan istana megah di depannya.

Darra tersenyum nipis. Siapa sangka sebulan berlalu begitu saja dalam sekelip mata. Dan majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan tiga hari dari sekarang di Coravia. Menurut Alfareeze, lelaki itu akan pulang esok dari lawatan di kem tenteraan negeri jajahan lain. Jadi untuk memudahkan urusan semua orang akan dijemput untuk hadir terus ke perkahwinan di Istana Coravia.

"Selamat datang Duke Elijah.."seorang lelaki berambut nipis muka bulat dan bertubuh gempal dari depan laluan masuk di situ. Dia menghulur tangan ke depan untuk berjabat.

Bersama senyuman mesra di bibir Duke Elijah menyambut tangan lelaki tersebut. "Terima kasih Grand Duke Omar. Apa khabar?"balasnya berjabat tangan dengan lelaki itu.

Kening Darra terangkat tinggi selepas dengar nama itu. Dia terus tenung wajah serius dan tenang Grand Duke Omar sebelum terlentok kepala kerana kagum. Wahh...Nampak la jugak iras muka Alfareeze di wajah itu.

"Khabar baik Duke Elijah. Akhirnya saya dapat juga bertemu dengan tuan. Alfareeze banyak bercerita mengenai tuan kepada saya. Terima kasih kerana sudi menjadi guru dan mentor kepada cucu saya sehingga Alfareeze menjadi seperti dia sekarang.."beritahu Grand Duke Omar sebelum mengerling ke gadis berwajah manis dan cantik disamping Duke Elijah. "Pasti kamu adalah Darra Emerson."

Dengan tertib, Darra memberi tundukkan courtesy pada Grand Duke Omar.

"Selamat siang tuan.."ucapnya.

Grand Duke Omar yang berpuas hati terus mengaju tangan ke arah dalam istana. "Ayuh kita ke dalam. Raja Kayan sedang menunggu kita. Dari malam tadi baginda tidak sabar hinggakan dia orang pertama yang bersiap selepas berita tuan tiba di sempadan Coravia dimaklumkan."

Duke Elijah ketawa kecil. Dia pegang belakang badan Darra saat bergerak ke depan dengan Grand Duke Omar. "Saya harap kehadiran saya ke sini tidak membebankan mana-mana pihak.."

"Apa yang nak dibebankan...kita nak jadi keluarga pun. Kalau saya tidak sambut tuan, ,pasti Alfareeze akan mengungkit tentang hal ini sehingga ke sudah. Jadi sebaiknya nanti Alfareeze tiba ,tuan boleh berkata manis untuk pihak saya dan Raja Kayan"seloroh Grand Duke Omar berbaur guraunya.

Darra yang tidak tahu hendak katakan apa hanya diam memasang telinga akan perbualan dua orang tersebut. Sepanjang perjalanan itu Darra perasan kawasan istana itu sangat penuh dengan tumbuh-tumbuhan.

Dari tepi tingkap, kawasan berlaman, koridor, ruang tamu, di tepi tangga mahupun atas siling dan dinding. Bukan setakat bunga sahaja, pokok buah-buahan pun ada. Merah biru, kuning hijau, oren dan semua warna ada menghiasi istana tersebut.

"Dulu sewaktu permaisuri Thania masih ada, baginda rajin menanam dan berkebun. Jadi apa yang kita lihat dalam istana ini adalah peninggalan baginda. Raja Kayan, iaitu anakandanya yang memastikan semua ini terjaga rapi...pasti pelik kan kawasan istana ini seperti kebun..."seloroh Grand Duke Omar saat memperagakan sekitarnya dimana tumbuhan renek dan pokok rendang buah oren berada.

Duke Elijah dan Darra memasing ternganga kerana berasa kagum dengan keunikkan tempat tersebut.

"Cantik..."gumam Darra melihat beberapa orang dayang sedang mengutip buah limau kulit hijau di pokok yang terletak di kawasan lapang tengah ruangan istana.

"Biasanya kalau ada lebihan kami akan berikan kepada dayang dan pekerja istana untuk dibawa pulang. Jadi setiap musim buah bermula, pasti seluruh orang istana akan sibuk. Kalau tidak pun kami akan bawa anak-anak masuk ke istana untuk ikut sama memetik buah-buahan di sini"Grand Duke Omar beritahu ketika membawa Duke Elijah dan Darra mendaki tangga besar berpusar di selekoh koridor.

"Pasti meriah selalu Istana Coravia ini kan?"tanya Duke Elijah.

"Hahaha...kalau ada Alfareeze lagi meriah. Budak bertuah tu selalu ajak anak-anak kecil untuk bermain bola di padang istana kalau ada masa lapang. Siap ada perlawanan juga jika pengawal istana dan pegawai istana yang lain hendak sertai permainannya itu."beritahu Grand Duke Omar mengerling ke Darra dengan senyuman senang.

Terangkat kening Darra sesaat selepas mereka saling bertentang mata.

"Apapun sebabnya, saya tahu Alfareeze berubah jadi lebih baik selepas menemui kamu Darra...terima kasih juga kerana sudi menerima cucu sulung saya yang satu ini."beritahu Grand Duke Omar saat pandang ke depan semula dan mula mendaki tangga.

Duke Elijah pandang ke Grand Duke Omar sebelum ke Darra di sisinya waktu itu.

"Lelaki seperti Alfareeze itu bukan mudah untuk diuruskan. Sedangkan saya datuknya dan Raja Kayan tidak berani hendak buatkan Alfareeze marah. Ajaibnya, setiap kali nama kamu dituturkan serta merta riak serius dan dingin Alfareeze akan berubah..."Grand Duke Omar berkata lagi sambil pandang ke depan.

Duke Elijah mengetap bibir sebaik mendengarnya. Dia berasa serba salah pula.

"Maaf jika kerana saya, Alfareeze telah menyusahkan orang lain..."ucap Darra dengan perlahan.

"Hahaha...tiada yang kamu perlu minta maaf. Jangan risau mengenainya. Kalau bukan kerana kamu, mungkin Alfareeze tidak akan kembali ke sini. Sepatutnya kami yang berterima kasih kepada kalian berdua...kerana itu, Raja Kayan telah mengatur semua persiapan perkahwinan kamu berdua dengan gilang gemilang sebagai penghormatan."barulah Grand Duke Omar berpaling. Lelaki itu pandang dua beranak yang ada di dua tangga dibawahnya bersama senyuman lebar di bibir.

Duke Elijah terus beri tunduk kecil sebagai tanda berterima kasih.

Sementara Darra di situ begitu serba tidak kena. Entah apa aje la yang Alfareeze dah cakap pada grand duke dan raja sampaikan mereka diberi layanan sebegini. Membuatkan dia berasa segan dan membebankan pun ada.

Raja Kayan kemudiannya menyambut Darra dan Duke Elijah dengan gembiranya. Lelaki itu dengan tidak sabarnya menyuruh dayang melakukan itu dan ini. Menghidangkan itu dan ini teruja dengan kehadiran mereka berdua di situ. Sampaikan Duke Elijah dan Darra putus asa hendak menegah lelaki tersebut dari berhenti melakukan apa-apa.

Tidak padan dengan title yang dimiliki, Raja Kayan menyambut dua orang itu dengan mesra tapi memikirkan pangkat mahupun latar belakang.

"Keluarga Alfareeze adalah keluarga saya juga. Jadi tuan jangan la rasa segan silu jika memerlukan bantuan.."beritahu Raja Kayan meletakkan sepinggan snek pelbagai kepada Duke Elijah.

"Terima kasih tuanku..."ucap Duke Elijah.

"Saya dengar tuanku adalah sepupu Alfareeze?"tanya Darra.

"Ya...Grand Duke Omar adalah pakcik saya...adik kepada mendiang ayahanda saya. Nak dikatakan kenapa saya muda adalah kerana ayahanda dan bonda saya lewat dikurniakan anak. Jadi sewaktu ayahanda dan bonda saya telah menua saya baru nak pandai berjalan.."ceritanya. "Hairan bukan...dunia ini penuh dengan misteri..kita tak boleh nak agak apa yang akan berlaku kemudiannya."senyum Raja Kayan kepada Darra.

Duke Elijah mencapai cangkir berisi teh bunga hangat itu lalu di sisip perlahan.

Sementara Darra terus berbual dengan Raja Kayan bertanya itu dan ini mengenai Alfareeze sejak tiga tahun yang lalu lelaki tersebut datang ke Coravia. Ada sekejap-sekejap tu Duke Elijah menyampuk.

Maka tiga orang itu duduk menghabiskan masa bersama untuk berbual tentang pelbagai perkara sebelum Grand Duke Omar menyertai mereka seusai lelaki tersebut menyelesaikan kerjanya.