webnovel

Episode 78 : Kita Putus

Jendela di tolak keluar oleh Darra.

membiarkan angin malam bertiup masuk ke ruangannya.

Bersama senyuman di bibir, Darra pejam mata lalu mendepakan tangan depan jendela untuk menikmati malam terakhirnya di Akademi Latihan Muda Diraja ini.

Tadi selesai kemas beg terakhir dan sisa barang yang ada dalam bilik di asrama ini, Darra mandi kemudian tukar pakaian tidur. Sudah siap hendak tidur sebenarnya. Dia tidak berharap dapat bertemu dengan Alfareeze malam ini. Kerana dia sedia maklum yang Alfareeze sekarang sedang sibuk dengan majlis pertunangan lelaki itu.

Walaupun dia teringin sekali melihat Alfareeze buat kali terakhir sebelum berangkat nanti.

Hela nafas lepas dari Darra semasa dia berpaling ke dalam. Dan pada masa dia pandang ke arah pintu, dengan serentak pintu biliknya terbuka ke dalam. Kejung sekejap dibuatnya.

Klik!

         "Lah..ingatkan dah terlelap tadi?"Alfareeze berjalan masuk sambil menanggalkan mantel labuh dari badan. "Tunggu aku ke?"

Tersenyum kerana dapat mendengar suara itu, Darra terus berjalan ke arah Alfareeze. Dia tidak menunggu lelaki itu meletakkan barang ke apa, dia terus lompat ke Alfareeze dan memeluk sekeliling bahu itu.

          "Woah!Hati-hati!"kelam kabut Alfareeze sambut badan Darra dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi memegang balang gula-gula. hampir saja terlepas.

          Suara ketawa kecil kedengaran dari Darra saat dia berjengket kaki di situ memandang Alfareeze. "Aku ingatkan kau tak datang malam ni?"

           Pandang Alfareeze dengan kening kanan terangkat sebelah. "Memangnya aku tak pernah datang ke? Rasanya aku dah duduk dalam bilik kau ni lebih kerap dibandingkan aku duduk dalam bilik aku sendiri.."bisiknya di depan muka Darra.

           Sekali lagi Darra memeluk Alfareeze. "Aku rindukan kau Alfa."ucapnya semasa mengucup leher hangat berbau harum Alfareeze. Dia eratkan pelukannya pada sekeliling bahu itu enggan melepaskannya.

           "Tahu...aku pun sama. Tapi bagi la aku turunkan barang ni dulu. Jatuh nanti sia-sia aku bawak.."beritahu Alfareeze memandang tiga balang gula-gula yang dibawa dalam beg kertas di tangannya ketika itu.

           Masih memeluk sekeliling bahu Alfareeze, dia tunduk memandang ke tepi. "Apa yang kau bawak kali ni?"hari tu Alfareeze bawakan dia bunga, kemudian makanan...tak lepas juga sepasang kasut dan cincin.

           "Kegemaran kau...apa lagi.."senyum Alfareeze.

           "Banyaknya.."dengan sebelah tangan masih memeluk bahu Alfareeze, sebelah tangan lagi membelek beg kertas itu. "Kau nak buat gigi aku rongak ke apa ni?"selorohnya. Alfareeze ni kan suka sungguh berikan dia manisan sampaikan menjadi kebiasaan dia sehingga sekarang.

          Alfareeze ketawa riang dengan perlahan. Bukan itu niat dia. Bau gula-gula ini melekat pada Darra sebenarnya. Sebab itu dia beli. Bau manis-manis harum ni yang buatkan dia terngiang-ngiang memikirkan Darra. "Jangan la di makan sekali semua..."

Darra dengar tidak dengar apa yang diberitahu. Dia terlalu fokus menatap wajah kacak Alfareeze ketika lelaki itu tersenyum.

Agaknya marah ke Alfareeze jika lelaki ini tahu esok dia sudah tiada lagi di sini?

Tidak terbayang dia rupa Alfareeze jika lelaki ini tahu dia pergi tidak beritahu!

Sudahlah baran lelaki ini tidak terduga!

           "Kenapa kau pandang aku macam tu?"sengih Alfareeze dengan meleret semasa matanya turun ke bibir Darra.

           Cepat-cepat Darra menggeleng kepala. "Saja...nak lepaskan rindu."bawah dagu Alfareeze di usap manja sebelum dia benamkan kepala ke ceruk leher Alfareeze.

Masih berdiri di situ, Alfareeze tidak mengatakan apa-apa, dia biarkan saja Darra memeluk badannya. Dan dia juga membalas pelukan itu dengan kedua belah tangan.

            "Lain betul angin kau malam ni?Kenapa ni?Semuanya okay dekat akademi kan?"

Semuanya okay aje. Sebab semua perancangan dah berjalan dengan lancar. Cuma tinggal seorang ni sajalah!

           "Kau tahu...aku dah fikir panjang sepanjang minggu ni.."dongak Darra ke atas. Bertemu mata dengan lelaki itu sesaat kemudian.

           "Tentang apa?"mata Alfareeze berkedip sekali.

           "Kita putus jom.."tutur Darra dengan   perlahan saat menurunkan tangannya dari bahu Alfareeze untuk memeluk sekeliling pinggang lelaki itu pula. "Majlis pertunangan kau semakin hampir...kita tak boleh jadi kekasih lagi...seperti yang kita janjikan beberapa bulan yang lalu. Mm?"

Diam.

Alfareeze tidak mengatakan apa-apa untuk seketika.

Lelaki itu hanya diam tunduk merenung mata Darra.

           "Kita putus ya?"kerut Darra bertanya sekali lagi apabila Alfareeze diam seribu bahasa. Buatkan dia berasa tidak tenang. Jangan naik angin sudah!

Tidak semena Alfareeze tolak Darra darinya. Butang kemejanya di longgarkan sebelum dia ambil tempat di atas katil. Dengan nafas berat dia diam di situ merehatkan kedua belah lengan atas lutut.

Sementara Darra kekal berdiri di tempat yang sama. Dia tidak menyangka itu reaksi Alfareeze. Marah ke lelaki itu?Dia pandang akan Alfareeze di atas katilnya saat itu. Pergi dekat ke tidak?Ke jangan?

           "Alfa?"panggilnya perlahan. "Kau tak lupa kan dengan perjanjian kita?"keningnya berkerut risau. Lupa ke?

           "Aku dengar...jadi diam sekejap."balas Alfareeze.

Darra terus mengetap bibirnya lepas dengar betapa seriusnya nada suara tu.

Dan Alfareeze tunduk menggaru keningnya saat melepaskan hela panjang. Masa itulah lelaki tersebut mengeluh. Hujung kakinya menghentak-hentak lantai kerana sedang berfikir.

Sementara Darra yang dibiarkan tergantung tiada jawapan diam berdiri di situ memerhati tingkah resah gelisah Alfareeze.

          "Taknak."beritahu lelaki tersebut selepas diam buat seketika.

Apa?Darra pandang ke Alfareeze dengan nafas tertahan.

          "Kenapa aku kena lakukan hal tu?"lelaki itu palingkan kepala ke Darra bersama sengih meleret dibibir. "Kau adalah kepunyaan aku. Kata siapa aku kena putuskan hubungan dengan kau hanya kerana aku akan bertunang dengan seseorang?"ujarnya dengan bersahaja.

Meremang terus bulu roma Darra. Takkan la-

          "Alfa kau-"

          "Darra...sampai bila-bila aku takkan lepaskan kau. Kau aje yang terlalu percayakan dekat aku sampai kau fikir aku akan lepaskan kau hanya kerana kau mahu aku lakukan hal tu...tidak!Kita takkan putus.."

 

           "Tapi kita dah-"

           "Kau yang buat perjanjian tu. Aku tak pernah  kata aku akan putuskan hubungan dengan kau. Aku cuma setuju untuk bersama dengan kau..."nafi Alfareeze sebelum duduk tegak semula dan menopang tangan ke tepi.

Gulp!Darra menelan air liur dengan susah payah. Macam mana cerita boleh jadi begini?Dia fikirkan semuanya akan berakhir dengan baik dan aman. Tapi kenapa Alfareeze berpaling tadah dari dia!?

            Lantas Alfareeze diam di situ. Memandang Darra dengan senyuman jahatnya. "Kau terkejut?"soalnya. "Jangan terkejut sayang...kau lupa ke kau berurusan dengan siapa?"

Nafas Darra tertahan-tahan melihat tatapan gelap dari Alfareeze. Secara tiba-tiba rasa seram sejuk menjalar di belakang tengkuknya. Bahaya kalau Alfareeze tahu dia akan pergi!Kalau Alfareeze tahu rasanya habis satu negeri ini akan diperanginya.

            "Apa maksud semua ni Alfa?"

Apa maksudnya?Serius la tak tahu?Renungannya terarah sinis ke Darra.

            "Tsk!Tsk!Tsk!"Alfareeze mengetik lidah sambil menggeleng kepala tidak percaya. "Darra...Darra...kau silap dengan memandang ringan terhadap layanan mesra aku pada kau selama ni kan?Sebab itu kau fikir aku akan bersetuju dan lepaskan kau begitu saja?Bertunang?Apa susah...aku akan batalkannya...kena marah?Cuba siapa yang berani menentang aku..."

             "Kau jangan macam-macam Alfa..."tegas Darra.

             "Kau tu jangan macam-macam dengan aku Darra!Cukup sekali kau suruh aku lupakan kau. Menjauh dari kau. Bukan kali kedua."sengih Alfareeze dengan meleret.

             Cepat-cepat Darra berjalan ke Alfa. Dia begitu marah bila dengar. "Aku ingat kita dah bincang tentang hal ni!Kenapa tiba-tiba kau ubah fikiran?"soalnya. "Kau tak boleh buat macam ni pada aku!Kita tak boleh bersama...kau tahu tu!?"

            "Kata siapa?Ayah kau?Dia orang tua...benci dia takkan bertahan lama. Nanti dah sampai masa, dia mati. Kau dengan aku...masih boleh bersama selepas tu. Ayah aku?Bukan masalah besar untuk aku uruskan dia..apa masalahnya dekat sini?"Alfareeze menopang kedua belah tangan ke belakang saat memandang Darra di depannya.

Berdenyut-denyut jantung dia rasakan. Perutnya memulas aneh apabila mendengar ucapan dingin Alfareeze. Kening Darra mencerlung tidak suka.

Bukan ini yang dia sangka kan!