Flashbacks
"Saya malas nak latihan memanah hari ni."sungut Putera Eilian di sebelah saat menggeliat.
Alfareeze pandang budak berusia 12 tahun di sebelahnya dengan muka tidak berminat. Itu saja yang dia dengar kalau Putera Eillian buat perangai pemalas.
"Raja Salas minta tuan putera latihan juga...sekiranya tuanku enggan, Raja Salas akan menarik semula permintaan tuanku yang menginginkan sebuah replica kapal layar yang tuanku inginkan tu.."beritahu Alfareeze yang waktu itu berusia 14 tahun. Budak bertuah ni fikir dia mahu ke luangkan masa di tengah panas begini semata untuk berlatih memanah. Dia lagi sanggup baring dan bermalasan.
"Ayahanda berkata begitu?"Putera Eillian berasa begitu dikhianati. "Kenapa tuan tidak mengatakannya secara berlapik kepada ayahanda saya?Berdalih saja la pada baginda. Bukannya ada sesiapa yang tahu pun kecuali saya dan tuan."
Alfareeze menggeleng kepala. Senang aje cakap. Kalau nak kepala dia ni tertanggal dari badan, boleh je dia lakukannya. "Jangan mengajar saya supaya menipu boleh tak...."beritahunya apabila mereka tiba di laman istana. Dua busur dan anak panah di letakkan Alfareeze ke atas rumput sebelah kaki sewaktu kelibat seseorang sedang duduk bersila bersama seorang penjaga memayungi dari atas.
Kebetulan pada masa yang Putera Eillian turut ternampak perkara yang sama. Serta merta dia membuat muka.
"Kenapa budak tu ada dekat sini?"getusnya bersama muka tidak suka.
Alfareeze kehairanan. "Tuanku kenal ke?"
"Siapa aje tak kenal anak lelaki Duke Elijah...sejak budak tu pulang dari luar daerah, semakin kerap budak ni menyemak dalam istana...menyampah pula menengoknya."Putera Eillian bersungut sambil mengutip busur yang diletakkan oleh Alfareeze.
"Anak lelaki Duke Elijah?"?tanya Alfareeze lagi masih memerhati kelibat berambut pendek yang begitu tekun melukis sesuatu atas kertas.
"Ya...tuan tak perlu susahkan diri untuk mendekati dia...budak itu berlagak. Diam pula tu. Kalau bercakap dengan dia macam cakap dengan dinding. Baik lagi bercakap dengan Eilliana walaupun dia tu menjengkelkan."
"Siapa nama dia?"
"Darrius Emmerson. Dia seumur beza setahun dengan saya."
Tak tahu pula yang Duke Elijah ada anak?Masternya itu jarang bercerita mengenai anak apalagi kehidupan keluarga beliau. Jadi untuk pertama kalinya Alfareeze baru tahu yang Duke Elijah iaitu masternya itu mempunyai anak.
"Nak latihan tak ni?"Putera Eillian bertanya sambil menguap.
Cepat-cepat Alfareeze mengalihkan perhatiannya.
Beberapa bulan selepas pertemuan pertama, Alfareeze mengadakan ulang tahun kelahirannya. Ramai tetamu telah dipelawa untuk ke kediaman Keluarga Marcel bagi meraikan majlis tersebut. Namun antara ramai-ramai para tetamu yang hadir, hanya seorang sahaja yang tidak kelihatan di mana-mana. Tidak kira la Alfareeze periksa Namun tidak kelihatan.
"Apa maksud ayah tidak dijemput?"soal Alfareeze kepada Duke Marcel tidak faham. Dia salah dengar ke?
"Ya..ayah tidak menjemput mana-mana ahli keluarga Duke Elijah ke majlis ulang tahun kelahiran kamu.."]
"Kenapa tidak dijemput?"
"Kalau ayah jemput pun bukannya mereka akan terima..."
Berkerut kening Alfareeze lepas dengar. Entah kenapa dia rasa jengkel. "Kan Duke Elijah guru saya..kenapa pulak Duke Elijah tidak akan hadir..:"
"Kamu fikir Duke Elijah tu nak sangat ke kamu menjadi anak murid dia?Kalau bukan keran Raja Salas yang beri titah kepada beliau untuk mengajar kamu, kamu tidak akan menjadi anak muridnya. Lagipun lelaki berlagak seperti Duke Elijah itu mana mahu datang ke majlis kecil seperti hari lahir kamu ni"tambah Duke Marcel lagi.
Sejak detik Inilah Alfareeze mula berputik rasa tidak Sukanya pada Duke Elijah. Entah kenapa kata-kata ayahnya itu seakan memberitahu kepadanya dia ini hanya satu beban buat lelaki itu.
"Ayah tahu mengenai anak lelakinya?"
"Huh?Anak lelaki?Dah balik ke sini semula ke budak tu?Ayah ingatkan dia masih di luar daerah.."bingung-bingung Duke Marcel bertanya.
Alfareeze dengan muka comel remajanya itu mengangguk. "Ya.."
"Mungkin tidak hadir la kalau Duke Elijah tidak hadirkan diri...yang kamu sibuk bertanya pasal anak Duke Elijah tu dah kenapa?"
Dia cuma nak tahu aje sebab dia sendiri masih terkejut yang Duke Elijah masih tidak dedahkan kepada umum anak beliau sampai ke hari ini. "Sebab saya cuma hairan..kenapa sampai sekarang Duke Elijah tidak dedahkan identiti anak lelaki dia kepada umum..."
"Adalah tu sebabnya...dengar kisahnya anak Duke Elijah tu anak lahir luar nikah..sebab itu sampai sekarang tak ada siapa tahu emak budak tu dan budak tu dihantar keluar daerah untuk dibesarkan di sana."tambah Duke Marcel begitu saja.
Terkedip mata Alfareeze lepas dengar.
"Ni....kamu ayah pesan dengar. Jangan kamu nak berkawan dengan anak Duke Elijah tu. Jauhkan diri kalau boleh jangan berkenalan langsung!"
Disebabkan usianya yang masih muda, Alfareeze terus bersetuju untuk patuh dengan arahan ayahnya itu.
Sejak detik itu lah Alfareeze pasang niatnya untuk menjadikan anak Duke Elijah sebagai musuhnya.
End of flashbacks