"Ayahanda tidak boleh menerimanya."
"Kenapa pula?Bukan ke ayahanda sendiri yang minta mereka untuk berurusan dengan Daerah Florren tempoh hari?"Putera Eillian bersandar letih di kerusi. Tangannya bersilang ke dada. Wajah berkerut Raja Salas ditenung kesal. Susah sungguh hendak berurusan dengan ayahandanya ini.
"Itu hari itu,..ini hari ini...lain. Ayahanda tidak mahu bersetuju. Mereka fikir ayahanda ini apa?Hanya kerana Kerajaan Cameron berada di bawah naungan Coravia, ayahanda tidak berkuasa?Begitu?Berani sungguh mereka hendak memberikan harga mahal untuk pertukaran bahan mentah dengan kita.."
Bersama renungan berharapnya, Putera Eillian kerling ke tepi meja. Melihat skrol yang dia terima seminggu yang lalu. Dia ingin berikan kepada ayahanda Namun tidak terberi kerana ayahanda dia yang degil ini sering membuatkan dia lupa.
"Ini semua salah kamu!Jika kamu tidak memaksa ayahanda bersetuju menandatangani perjanjian damai bersama Coravia, orang tidak akan pandang rendah kepada kerajaan kita ini.."tambah Raja Salas lagi.
"Dan ianya berpunca daripada ayahanda juga kenapa semua ini terjadi!?"seloroh Putera Eillian dengan muka menyampah.
"Apa anakanda katakan ni?"Raja Salas menumbuk permukaan meja dengan marah. "Salah ayahanda?"
"Ayahanda tahu apa sebabnya Alfareeze memerangi Cameron dan memaksa ayahanda untuk bernaung bawah Coravia?"
"Sebab lelaki tu gila!"getus Raja Salas dengan benci.
Putera Eillian terkediam dibuat jawapan itu. Dia begitu tidak percaya yang ayahanda ini akan tetap terus bersikap keras kepala dan ego.
"Sebab ayahanda yang mulakan semua ni. Kalau ayahanda jujur dan saksama dalam menjalankan tugas sebagai raja, ayahanda tidak akan kehilangan orang sepenting Duke Elijah dan Alfareeze dari pemerintah Cameron. Ayahanda sedar tak...dari awal lagi Duke Elijah yang menjamin keselamatan negeri ini...Alfareeze yang memastikan tiada musuh atau ancaman mendekati negeri ni...dan ayahanda telah membuat kedua-dua orang penting tu tinggalkan Cameron. Mendedahkan Cameron dalam bahaya!Musuh dekat luar sana tu tunggu aje tau peluang untuk takluk kerajaan ini..."
Terdiam Raja Salas.
"Kalau bukan kerana Alfareeze yang menakluk Cameron dan paksa ayahanda untuk bersetuju bernaung bawah Coravia, tiga tahun yang lalu sudah lama negeri ini musnah menyembah bumi.."beritahu Putera Eillian. "Ayahanda fikir kenapa Duke Brett dan Duke Wendell bersetuju untuk bernaung bawah Coravia?Sebab mereka berdua kawan baik Duke Elijah. Dua orang yang lebih faham apa yang patut di buat apa yang tak patut di buat...sementara ayahanda di sini..tidak habis-habis dengan ego dan maruah!"tambah Putera Eillian lagi. "Memalukan tahu tak..."
"Apa maksud kamu?Alfareeze buatkan Cameron sebagai negeri jajahan Coravia kerana mahu melindungi negeri ni?"
"Yalah...ayahanda saja yang tak boleh faham apa tujuan Alfareeze perangi Cameron...sebenci mana sekalipun Alfareeze tu dia masih juga cuba pertahankan negeri ini...dan ayahanda pula tidak habis-habis dengan dendam ayahanda tu pada Alfareeze dan Duke Elijah. Sedangkan semuanya adalah kesilapan ayahanda sendiri.."
Berkerut-kerut kening Raja Salas saat dia buka tutup mulut hendak mengatakan sesuatu tapi tidak dapat mengatakannya kerana begitu terkedu.
Putera Eillian tarik nafas pendek sebelum menggeleng kekesalan.
"Sudah-Sudahlah tu....dah berusia pun ayahanda. Kurangkan sikit sikap pentingkan diri dan ego tu. banyak fikirkan tentang rakyat dan juga negeri. Tak ke mana pun nama dan harta ni...mati pun duduk dalam kubur jugak...bukannya boleh bawak nama dan harta bersama dalam kubur tu nanti.."
Tertunduk tidak dapat mengatakan apa-apa kerana malu, Raja Salas di hujung meja menung muhasabah diri. Memikirkan semula kesilapan dan juga tindakan lalu dia yang dimaksudkan oleh Putera Eillian tadi.
Dan pada masa yang sama seorang lelaki berjalan masuk ke dalam dan berdiri di samping Putera Eillian membongkok sedikit menyampaikan sesuatu.
"Tuanku, Lord Alfareeze sudah tiba.."
Putera Eillian tidak terkejut. Dia yang dengar sudah menjangka akan kehadiran Alfareeze sejak awal lagi. "Ya...pelawa beliau masuk."
"Baik.."tunduk lelaki tersebut sebelum berjalan keluar ke arah pintu. Namun tidak lama kemudian berjalan masuk semula bersama Alfareeze dan pengiring lelaki tersebut di belakang.
Kepala Raja Salas tersentak taktala dia perasan ada kelibat yang jalan menghampiri ruangan itu. Sekali bila dia pandang, matanya terarah pada wajah matang serius Alfareeze di situ.
Sementara Putera Eillian sudahpun berdiri ingin menyambut kehadiran lelaki tersebut. "Selamat datang Lord Alfareeze. "sapanya kepada bekas masternya itu dengan hormat.
Mata Alfareeze serta merta melirik ke Putera Eillian. "Terima kasih tuanku menerima permintaan saya untuk menghadap."sambutnya sebelum memandang Raja Salas.
"Ka-kamu!"teringat akan apa yang berlaku tiga tahun lepas Raja Salas menjadi trauma setiap kali melihat Alfareeze.
"Apa khabar tuanku."sapa Alfareeze.
"Jemput duduk Lord Alfareeze."
Namun Alfareeze menggeleng kecil. "Terima kasih, tapi tidak mengapa. Saya hanya datang sebentar saja untuk menyampaikan titah dari Raja Kayan."maklumnya.
Hela panjang lepas dari Putera Eillian selepas mendengarnya. Sudah tiba masanya ke. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
"Titah Raja Kayan?Tentang apa?"Raja Salas pandang tidak faham.
"Seperti yang diberitahu dalam perjanjian damai tiga tahun yang lalu..Coravia telah membuat syarat dimana Cameron akan berada dibawah naungannya untuk beberapa tempoh sehingga diberitahu. Sepanjang tempoh itu, Cameron akan diberi perlindungan dari Coravia."nyata Alfareeze kepada Raja Salas. "Disebabkan janji saya telah dilunaskan, maka saya mengangkat nama Cameron dari Coravia. Mulai detik ini Cameron adalah negeri tunggal yang tidak lagi dijajah."
Putera Eillian mengetap gigi dengan erat. "Adakah tuan telah menemui Duke Elijah dan Darra kalau begitu?"dia sedia maklum mengenai perjanjian mereka ini. Awalnya sebelum Alfareeze perangi Cameron, Alfareeze sempat beritahu yang Alfareeze memerangi Cameron untuk balas dendam akan pemergian Duke Elijah dan Darra. Jadi sehingga dua beranak itu ditemui maka Cameron akan digelar sebagai negeri bawah jajahan Coravia.
"Ya...saya telah menemui mereka berdua."aku Alfareeze dengan senada. Dingin dan mendatar. "Sebab itu saya menghantar perutusan kepada tuanku untuk memaklumkan kehadiran saya ke sini.."
"Apa khabar dengan Duke Elijah dan Darra...mereka berdua sihat bukan.."
Alfareeze mengangguk. "Mereka baik-baik saja. Dibawah jagaan Raja Aryyan dari Slivalon. "
"Mereka di Marlowe?"kening Raja Salas terangkat tinggi.
"Ya."
"Syukur la kalau begitu. Kalau mereka berdua baik-baik saja."senyum Putera Eillian dengan sebak.
Alfareeze kemudiannya palingkan kepala ke tepi. Memberi isyarat kepada Tolan supaya gerak menyerahkan jemputan perkahwinannya. "Selain itu, saya ingin menyampaikan sendiri jemputan perkahwinan saya bersama Darra pada bulan hadapan. Dengan rendah diri, saya harap tuanku sekeluarga dapat hadirkan diri pada hari itu untuk memeriahkan lagi majlis."
Tolan gerak mendekati Putera Eillian lantas menghulurkan skrol saiz tapak tangan itu kepada lelaki tersebut dengan hormat.
"Tuan berkahwin dengan Darra?"senyum Putera Eillian dengan lebar. "Akhirnya...kalian berdua dapat bersama..taniah Lord Alfareeze. Saya turut gembira dengan berita ini. Sudah tentu. Kami akan hadirkan diri."
"Terima kasih untuk ucapan itu tuanku. Saya amat hargainya."
"Adakah Darra turut mempelawa kami?"tanya Putera Eillian saat mencapai skrol itu.
"Tidak. Darra tidak mengetahui tentang hal ini. Atau Duke Elijah. Ianya idea dari saya untuk menjemput kalian ke majlis perkahwinan kami nanti. Memandangkan tuanku sendiri sahabat Darra."
Raja Salas pandang Alfareeze dengan perasaa serba salah yang menggebu. Wajah Duke Elijah mula terngiang-ngiang dalam kepalanya. "Marah ke Duke Elijah sekiranya beta tunjukkan muka ke majlis perkahwinan anaknya itu."
Disebabkan dia sudah dengar soalan itu berkali-kali, Alfareeze tidak sengaja tersenyum kerananya. "Sudah tentu tidak tuanku. Jika tuanku faham bagaimana Duke Elijah, pasti tuanku tahu yang Duke Elijah mudah memaafkan orang tidak kira sebesar mana sekalipun kesalahan mereka terhadap beliau."beritahunya.
Putera Eillian turut ikut tersenyum.
"Kalau begitu sekian saja dari saya. Saya minta diri dahulu."tunduk Alfareeze dengan hormat kepada mereka.
Putera Eillian turut menyambut tundukkan itu. "Terima kasih untuk segalanya Lord Alfareeze."
Berpusing saja Alfareeze dari situ, Raja Salas terus tunduk menekap dahi. Berasa malu dan begitu bodoh sekali kerana bersikap tidak matang sejak awal lagi. Dia benar-benar menyesal mengkhianati Duke Elijah. Sekiranya dia tidak lakukan keputusan melulu pasti sehingga sekarang negerinya Makmur dan harmoni seperti dulu.
Sementara itu Putera Eillian tunduk membaca jemputan yang diberikan tadi dengan senyuman lebar menampakkan barisan gigi. Di dalam kepala dia sudah terbayangkan hadiah apa yang dia akan sediakan nanti sebagai pemberian buat kedua mempelai ini nanti.