webnovel

Kerana Sayang

Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?

JH_Dream · 一般的
レビュー数が足りません
37 Chs

"Kekasih Aku"

Hari bekerja Jane berjalan seperti biasa.Memandangkan hari ini hari jumaat, pelanggan kurang,mereka hanya menyiapkan kek untuk ditambah pada tempat display (seakan peti aiskrim/bersuhu sejuk so tak adalah kek rosak atau cair nanti)dan kek yang berkrim atau mudah cair disimpan di dalam fridge supaya kekal fresh kualitinya.

Kedainya ditutup awal dan pekerja-pekerja nya dibenarkan pulang awal pukul 5 pm memandangkan esok hujung minggu kedai tutup sehingga ahad.Namun Jane akan ke kedai pada sabtu dan ahad untuk memastikan kek masih dalam keadaan baik dan manalah tahu ada pelanggan yang memerlukan kek pada hujung minggu.

Jane pulang ke rumah pada pukul 6 petang setelah memastikan semuanya okay. Dia ingin berehat sambil memanjakan kulit mukanya sebelum menghadiri majlis itu nanti supaya kulit dia kelihatan cantik dan gebu. Setelah membuka kasut dan meletakan kunci kereta dan rumah di atas meja di sebelah pintu, dia menuju ke tandas bersebelahan dapurnya. Dia membasuh tangan dan mukanya. Oh ya.Interior rumah dia, bahagian bawah, masuk sahaja rumah bahagian kiri dapur design moden marble hitam dan kabinet U merah dilengkapi dengan pealatan membakar kek dan lain-lain. Berhadapan kabinet terdapat sinki(stail marble hitam,island merah di lengkapi kerusi). Meja makan 6 orang. Manakala ruang tamu pula, jalan terus dari pintu masuk dan berhadapan dapur( dihadag dengan palang2 kayu). Manakala ruang atas bilik tidurnya(theme purple- she's an ARMY BTS kn) dan bilik tidur tetamu.Ok stop. Kan best boleh lukis plan😂.Back to story.

Usai membasuh tangan dan muka,Jane berlalu ke biliknya untuk mengambil mask muka. Dia menampalkan mask muka jenama kegemarannya, MEDIHEAL D.N.A Hydrating Protein Mask. Dia juga menggunakan Mediheal N.M.F Intensive Hydrating Mask semasa kulitnya terlalu kering dan Mediheal Tea Tree Essential Blemish Control Mask jika dia breakout.Jenama yang berkualiti dan bagus sebab tu Jane sangat sukakannya. Jane membawa segelas jus oren yang diblend semalam kemudian berbaring menonton tv cerita kdrma Mr Queen di ruang tamu. Tergelak-gelak Jane menonton gelagat Queen Kim So-Yong dan Rajanya Cheoljong. "No Touching rules"😂😂😂. Gelak Jane tak berhenti.

Jam berbunyi menandakan masknya perlu dibuka.Jane membuka mask tu kemudian menyapu mask tersebut ke bahagian leher dan tangannya kerana masih basah. Bagus untuk kulit kan. Kemudian dia mengurut lembut mukanya supaya lebih menyerap.

"Hm..segarnya..barulah lembut dan cantik kulit aku" bebel Jane sorang diri.

Gelas oren yang kosong dibawa ke singki Dan dibasuh. Episode Mr Queen hari ini tamat. Jane menutup tv dan berlalu ke biliknya untuk mandi dan bersiap ke majlis itu.

20 minit Jane mandi kemudian dia keluar memakai gaun lace biru gelap berlengan panjang dan labuh yang ada sedikit manik kecil berkilauan, rambutnya di lepaskan setelah kering..Tak perlu buat rambut sebab rambut Jane sememangnya ikal. Rambutnya berbau harum disebabkan syampoo Herbal Essence Bio Renew:Arabica Coffee Fruit yang digunakannya. Dia sememangnya seorang yang suka menjaga diri dan kulitnya. Kulitnya menjadi sangat lembut dan gebu setelah menggunakan mask tadi. Great! kata Jane sambil menatap wajahnya di cermin soleknya. Jane memakai makeup natural look dengan sedikit pemerah pipi dan lipstik Maybelline Super Stay Matte Ink Self Starter dan Ruler yang di ombre kan. Setelah memastikan makeup dan dressnya okay dia menggapai clutch hitam kulit Saint Laurent dan memasukan telefon,kad bank, lipstick dan foundation. Dia segera keluar rumah dan memandu pergi ke tempat majlis makan malam Syarikat Homestyler itu diadakan memandangkan lagi sejam majlis itu akan bermula.

Selesai sahaja meletakkan kereta di kawasan parking Hotel Bellaire' , Jane membetulkan rambutnya dan keluar menuju ke pintu masuk hotel dan terus ke tempat majlis itu dilangsungkan. Di situ staf Syarikat Homestyler mengawal pintu masuk bagi memastikan hanya yang dijemput sahaja dibenarkan masuk selain dari pekerja hotel. Masuk sahaja Jane terus ke tempat duduk yang disediakan sambil diiringi staf hotel. Tak lama kemudian Jane ditemani pekerjanya Gabriel dan Adam.

"Chef, ramainya orang-orang high class dekat sini..kita je biasa2" kata Adam malu.

Gabriel menganguk mengiyakan kata Adam itu.

"Apa yang biasanya kita, kita kan makin terkenal di setiap negeri..ramai orang dan syarikat tak kira besar ke kecil ke buat tempahan kek dengan kita..Betul tak saya kata?" jelas Jane bagi menghilangkan rasa rendah diri mereka.

"Betul.Betul tu chef." kata mereka berdua sambil memandang pada Jane.

Jane tercari-cari kelibat Zein. Kata datang.Mana dia tak nampak pun dari tadi..kata hati Jane.

Semasa menunggu majlis itu berlangsung, Jane mengambil minuman disediakan di bahagian tepi dewan itu. Semasa dia di tempat hidangan itu , seorang lelaki menghampiri Jane kemudian menyapa dia dengan reaksi menjengkelkan.

"Hey...hey..Look.Siapa dekat sini sayang" kata lelaki itu pada wanita seksi di sisinya.

Jane kenal suara itu.Siapa lupa orang yang pernah luka kan hatinya. Luka akan sembuh tapi kesannya masih ada.Jane menoleh dan memandang menyampah pada mereka berdua.Si Tak Guna Dan Perempuan Miang rupanya.Kata hati Jane menyampah.

"Hai.Ada apa ya?" balas Jane sinis pada mereka berdua.

Daniel dan teman wanitanya yang Jane jumpa sewaktu dia ke rumah Daniel selepas kemalangan. Perempuan seksi itu pelakon bernama Kristine.

Mereka berdua gelak mengejek Jane.

"Sorang je ke?Well siapa nak kan kau!Selekeh.Miskin" kata Kristen kuat sehingakan orang di sekeliling mereka menoleh. Daniel turut tergelak dengan kutukan Kristen itu.

"Hahahah..korang ni duduk dalam bilik je ke?Oh ya belangkas kan? Mana nak tau kemajuan terkini" sindir Jane sebelum berlalu pergi.

Daniel geram dengan kata Jane sebelum bertindak menarik lengan Jane.Jane hampir terjatuh. Nasib baik dia disambut sesorang.

Jane menoleh. Zein...

Zein merangkul pinggang Jane rapat ke arahnya kemudian berkata kuat.

"Siapa kata dia tak ada siapa nak? Aku tergila-gilakan dia. Dan aq pasti ramai lelaki pun sama." kata Zein kuat.

Semua orang memandang mereka.

Pekerja Jane, Gabriel dan Adam berdiri. Rasa marah dengan pasangan itu.Mereka berdua tahu akan cerita Jane. Dane Jane pernah mengingatkan mereka untuk menghalau pasangan itu sekiranya mereka ke kedai mereka.

Lelaki di sekeliling ruangan menganguk mengiyakan kata Zein.

"And for your information, Jane ni KEKASIH AKU! Clear? Now get lost from my face " kata Zein kuat.

Zein memandang mereka berdua dengan menyampah.

Jane hanya terpaku dan memandang Zein lama.

Daniel dan Kristen bengang kemudian berlalu pergi setelah berasa malu.

Zein kemudian mengiringi Jane ke meja .Jane hanya mengikut.

Zein duduk bersebelahan Jane memandangkan meja itu ditempatkan khas untuk Bakery D'licious J'.

"Awak okay?" tanya Zein kerisauan.

Jane menganguk kemudian tersenyum. Bohonglah dia tak sedih atau malu sebab diperlakukan begitu. Tapi dia kini berasa selamat dan gembira dengan kata dan kehadiran lelaki itu.

"Thanks tau tolong saya tadi...Diaorang tu.." kata Jane separuh kerana ditahan Zein dari meneruskan katanya.

"It's okay awak.Saya tak suka mereka berdua hina awak.Lagi pun.." kata Zein separuh kemudian berpaling ke arah pekerja Jane.

Jane tertanya-tanya.Apa yang nak disamapaikan Zein.Apa yang mereka bertiga sorokkan dari aku ni? kata hati Jane.

Gabriel dan Adam mengisyaratkan supaya Zein berkata benar pada Jane.

Zein menganguk kemudian berpaling balik pada Jane.

"Saya sebenarnya....Dah lama sukakan awak. Kata-kata saya tadi serius.Saya ikhlas sukakan awak Jane." terang Zein sambil memandang tepat mata Jane yang kecoklatan itu.

Muka Jane kemerahan disebabkan rasa malu. Dia terdiam lama.

"Jane..Awak?" panggil Zein berkali-kali.

Begitu juga Gabriel dan Adam.Mereka berdua tergelak melihat telatah Jane yang termalu disebabkan Zein confess.

"Ha?..Saya..." Jane gelabah sambil mengaru kepalanya.

Mereka bertiga memandang Jane kemudian mengisyaratkan "macam mana"?

"Saya...pun...Saya pun suka kan awak Zein" kata Jane perlahan sambil menunduk menyorokan mukanya yang merah.

Mereka bertiga seronok dengan pengakuan Jane sambil berbalas tepukan "Sep"

"Yes!" kata Zein sambil memandang Jane.

Jane mengangkat muka sambil tergelak memandang melihat telatah arah Zein.

Jane dan Zein berbalas senyuman.

"So,today... we're declare sebagai kekasih?" kata Jane sambil memandang Zein.

Zein menganguk kemudian memegang tangan Jane.

Mereka berempat tersenyum Dan tertawa gembira dengan berita itu.

Semasa ingin mengambil makanan, Zein mengikuti Jane dan mengambilkan makanan untuknya. Mereka berdua hampir memiliki citarasa yang sama. Mereka sukakan kek cheese yang dihidangkan. Mereka berkongsi makanan. Dan berborak dan bergelak ketawa.

Dari jauh sepasang melihat ke arah Jane.

Daniel.

Dia masih menyukai Jane dalam diam.Dia bersama Kristen hanya kerana Kristen kaya dan popular.

Hati dengkinya itu berniat jahat.

Begitu juga Kristen. Dia ingin membalas dendam terhadap Jane kerana memalukannya tadi.

"Kau siap Jane!" jerit Kristen dalam hati.

Majlis itu berlangsung sehingga pukul 10 malam.

Usai majlis itu tamat. Gabriel dan Adam berlalu pulang terlebih dahulu.Mungkin mahu melepak di tempat lain pula.

Manakala Zein dan Jane berjalan keluar dari hotel berpegangan tangan. Mereka berdua tersenyum dan tidak kekok kerana mereka sememangnya rapat sebelum ini.

Zein menemani Jane sehingga ke keretanya.

"Hati-hati memandu okay.Dah sampai jangan lupa call saya." kata Zein sambil memegang kedua belah pipi Jane.

Jane menganguk dan berkata "Awak pun.. elok2 memandu..".

Zein melepaskan tangan dari pipi Jane sebelum menyuruh Jane masuk ke keretanya.

Jane masuk kereta kemudian melambai Zein sebelum memandu pergi.

Selepas melihat Jane memandu pergi, Zein tersenyum mengingatkan kembali kejadian tadi.

Akhirnya..aku bagitahu juga. Bangga Zein.

Dia kemudian berlalu pergi sambil bernyanyi-nyanyi kecil mengikuti lagu jiwang di radio keretanya.

Bila masing-masing sampai sahaja di rumah, mereka berbalas pesanan mengatakan "Dah sampai rumah.. Goodnight.

Selepas siap mandi semua, Jane berbaring di katil. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Jane melihat kemudian tersenyum. Zein..

"Hello?"

"Yep..buat apa?" balas Jane.

"Baring je.Teringat dekat awak tu says call.Rindu..Hahaha.." kata Zein.

"Saya pun.🤭" balas Jane.

Perbualan mereka berterusan sehingga pukul 1 pagi. Perbualan mereka diakhiri dengan ajakan Zein.

"Awak, esok dalam pukul 2 saya amik awak?" kata Zein.

"Nak pergi mana?" tanya Jane.

"Kita date. Awak nak pergi mana? Saya bawa je.." kata Zein teruja.

"Okay. Kita pergi tengok wayang dulu nak? Lepas tu jalan-jalan.." kata Jane mencadangkan.

"Okay awak..Jumpa esok tau.Goodnight.Mimpikan Saya okay"

"Okay....hehe.." kata Jane malu.

Panggilan ditamatkan.Mereka berdua kemudian tidur dibuai mimpi. Bahagia.