webnovel

Habit my mom

Jam 11:40 minit nak masuk tengahari. Kalini, free time aku yang tak siap kemaskan kerja rumah, menaip coretan kecil tentang my mom. Eheh...☺️☺️

Aku tengah duduk atas katil, dengar lagu kpop-Aya dari Mamamoo 😅😅😅.. Tak tahulah, kenapa aku rasa energetic bila dengar lagu, nyanyian dari group walau satu patah perkataan pon, haram nak faham😆😆

Fasal mak aku, apa yang aku nak ceritakan habit dia adalah...,bila dia free dari kerja-kerjanya. Dia selalu, membaca coretan dan luahan perasaan dari laman Facebook. Kisah penceraian, kisah kekeluargaan dan kisah kehidupan. Dan, disebabkan itu...bukan habit sangatlah yang tadi. Habitnya, mak aku akan baca kuat, bila aku ada dekat sebelah.😁😁

So, bila waktu macam inilah inspirasi aku mengarang segala jenis cerita. Segala jenis genre, akan keluar..hahaha...😄😄dan, yang paling geram.😒😒 Cerita aku ada pemulaan, tapi tak jumpa jalan nak pulang. Cerita aku tak ada ending😅😅😅

Tadi, kisah yang mak aku baca. Seorang lelaki yang kehilangan adik perempuan. Huh....gugur air mata aku.😭😭😭 Hahah...terfeeling lebih aku tadi. Mak aku pun, lebih kurang aku jugak. Berlopak jugaklah matanya😢😢..

Alang-alang, aku ceritakan dekat sini. Kalau ada rezeki, aku nak juga karang kisahnya menjadi cerpen pendek. Tapi, sebab kisah dia kisah yang benar...aku akan tukarkan sedikit jalan ceritanya kalau nak jadi cerpen. Risau, kalau orang yang punya cerita itu tak suka ceritanya diambil. So...😉😉

kisahnya bermula bergini..aku gubah sedikitnya seperti monologue ye...guys. Senang nak feeling.😊😊

....

Aku kisahkah sebuah kisah yang sudah lama aku simpan. Walau kini, sudah berlalu tiga puluh satu tahun (31). Aku tidak pernah berhenti untuk mengira, sejak dari detik itu.

Sewaktu diusiaku, yang masih berumur kanak-kanak. Aku merupakan anak tunggal. Apabila aku dikhabarkan, bakal menerima adik baru. Aku menjadi sangat bahagia.

Aku sudah bayangkan, bagaimana aktiviti memanjat pokok. Memancing di sungai dan bermain lastik di hutan. Perasaan aku untuk menerima adik lelaki, menjadi satu harapan yang setinggi gunung.

Hari yang dinanti-nanti, menjadi tarikh yang aku nantikan. Debaran di waktu itu, perasaan yang tak mampu diungkap. Ibuku, melahirkan adikku.

Sangat sukar untuk aku rakamkan, bagaimana reaksi bahagia aku yang terlakar di wajah. Tambahan pula, perasaan aku ketika itu terlalu membuak-buak untuk melihat adik baru, hingga aku terus meluru masuk ke dalam.

Zappp!!!!

Bahagia dan senyuman di bibirku lenyap, sepantas kilat.

Adik yang dinanti. Adik yang aku tunggu..Seakan merentap harapan dan impianku. Saat itu, aku merengus dan berlalu keluar. Bahagia, bertukar menjadi amarah. Amarah yang menyelinap ke dalam tubuhku. Kakiku, bergerak pantas ke pingiran sungai yang berdekatan rumah. Batu kecil dicampak, dengan luahan perasaan marah.

Aku marahkan tuhan yang memberikan aku takdir untuk memiliki adik perempuan, bukannya adik lelaki. Aku marahkan tuhan akan takdir itu. Aku marahkannya.

Marahku, tidak pernah surut sehingga ada dendam yang bertempek di tepian hati di kala umurku mula berinjak remaja. Aku yang bersekolah, sama dengan adikku akan selalu diberikan wang saku. Dan, sedikit tabiat adikku adalah menyimpan setiap baki perbelanjaannya yang bernilai dua puluh sen ke dalam tabung simpanannya. Kerana sakit hati yang masih bersisa. Duit itu aku ambil, dan aku belanjakan dengan membeli manisan atau gula-gula.

Ulahku itu, adikku tahu. Namun, dia biarkan sahaja sehingga ada suatu ketika. Aku hairan juga, tapi aku abaikan kerana ada ego yang memimpin jiwaku. Bukan itu sahaja yang aku lakukan. Dirinya juga, aku anggap sebagai anak angkat di dalam keluarga tatkala ada soalan dari rakan-rakanku. Tetapi, adikku diamkan sahaja ujaranku.

Aku masih diulit rasa marah yang perlahan-lahan menjadi ego. Waktu itu, aku buta dalam menilai erti sebuah kehadiran seseorang di dalam kehidupanku. Aku juga alpa, akan takdir yang tuhan ciptakan sebagai jalan hidupku yang sesuai dengan diriku.

Di suatu ketika di mana, aku terpaksa pulang lewat kerana ada kelas tambahan. Walau ada rasa marah, aku masih ambil peduli akan adikku kerana sehebat mana rasa benciku. Adikku, adalah tanggungjawab aku sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga. Malah, ibuku juga menyerahkan tanggungjawab itu padaku selaku anak yang lebih dewasa.

Kerana aku terpaksa pulang lewat. Aku mula berasa tidak sedap hati. Adakah, ada perasaan benci itu sebenarnya perasaan sayang?? Aku abaikan perasaan itu. Aku anggap, tiada apa yang berlaku. Anggap, adikku dah cukup matang untuk pulang sendiri.

Perasaan tak sedap hati yang masih bermaharajalela, akhirnya memberikan jawapan tepat untukku. Aku pulang sahaja dari kelas tambahanku di sekolah. Aku terdengar ada tangisan di rumah.

Tangisan dari adikku yang jarang aku dengar. Tangisannya yang membuatkan aku menjadi marah. Tangisannya yang membuatkan aku membuang segala egoku selama ini. Tangisannya jua yang membuatkan aku berlari ke rumah seorang budak yang melanggar adikku hingga adikku cedera.

Perasaan itu, aku serang budak lelaki itu sehingga aku melayangkan tumbukkan khas kepada budak itu. Marahku, bergejolak. Mujur...mujur ayahku datang, membawaku pulang. Aku...tidak pernah semarah ini.

Mungkin ini satu pengajaran buat diriku. Aku balik ke rumah, dengan satu perasaan yang baru. Aku pandang adikku buat pertama kali dengan emosi yang baru. Aku pandang wajahnya yang basah dengan air mata. Tersentuh sedikit perasaanku.

Aku pujuk dia, supaya dia tidak menangis lagi. Aku tak mahu dia menangis. Aku tahu, perkara ini baru buatnya dan buat diriku. Namun, ulahku menjadi asbab tangisannya melebat. Agak kalut juga aku dibuatnya. Aku terus bertanya padanya, andai ada perkara yang membuatkan dia berterusan menangis.

Aku terkedu. Aku tergamam. Kata-katanya, yang menyentak perasaanku. Dia berkata, yang dia pertama kali dapat merasai perasaan untuk memanggilku 'along' sebagai abang kandungnya.

Bergetar jiwaku. Lantas, aku merangkul dirinya ke dalam pelukkan. Gugur air mataku. Gugur juga egoku selama ini. Rupanya, dia juga menyimpan perasaan itu selama ini. Aku...rupanya buta menilai sebuah keindahan kerana ego. Aku angkuh pada takdir yang tercipta. Aku kini, hanya memohon keampunan dari yang zatNya. Aku berdosa, mempersoalkan takdir yang tertulis.

Sejak dari itu, aku tidak lekang dari adikku. Dialah temanku, dia jugalah penemanku dan dia adalah rakan baikku. Sehingga aku jua ditegur ibuku, kerana seperti kembar tidak seiras. Rapat yang terlalu akrab. Aku bersyukur, kerana sedar sebelum aku terlambat. Aku bersyukur kerana mempunyai waktu untuk aku membaiki kesilapanku. Akhirnya, aku berjaya mempunyai kerjaya hebat hingga mendapat tawaran kerja di luar negara. Hubungan aku dengan adik aku tidak terjejas. Sebab, setiap malam. Aku pasti menghantar teks pesanan kepadanya sebagai pengubat rinduku.

Namun...matahari tidak selalu di atas, memancarkan siang. Akan ada jua malam yang akan tiba.

Tiba-tiba, ada satu panggilan dari desa yang meminta aku pulang segera. Adikku sakit. Tanpa tahu apa-apa. Aku segera memohon cuti untuk pulang ke Malaysia.

Hampir dua minggu, aku mempersiapkan permohonan cuti untuk pulang ke tanah air. Jika kapal terbang itu milik aku. Pasti, aku akan pulang ketika itu juga. Dan...pasti, perasaan aku tidak seluluh seperti ini. Aku ingat lagi, ketika perasaanku di waktu itu. Bertapa hancurnya jiwaku. Bertapa hancurnya perasaanku. Andai aku dapat putarkan semula kejadian di dunia ini. Aku akan cuba lakukan untuk mengembalikan semula masa lalu.

Terlantarnya adikku di atas ranjang wad dalam tubuh yang kurus kering. Masih tersenyum menyambutku pulang, dalam wajah yang pucat tak berdarah. Aku menangis. Ya...aku menangis di waktu itu. Tangisan yang hanya Allah sahaja tahu. Pedih yang aku rasakan hingga kini. Aku pandang ibuku, aku pandang ayahku. Masing-masing membisu dalam tangisan sepi.

Mengigil tubuhku, dalam tangisan yang masih meruntun jiwa. Adikku, penyejuk jiwaku kini seakan manusia yang hanya tinggal kulut dan tulang. Cengkung, dan umpama tergantung hidup. Aku mendekatinya, lalu memeluknya sehingga nafas ini seakan sukar untuk bernafas. Adikku dikhabarkan menghidap kanser tulang tahap akhir, tanpa aku sendiri tahu. Tatkala ingatan ini aku raih, baru aku sedar. Adikku selalu sahaja sakit, namun aku sahaja yang tidak sedar. Aku menangis lagi.

Tangisan aku tidak berhenti. Namun, dalam peritnya dia menahan sakit. Aku dipujuk dengan penuh ketenangan.

Allahu...Allah....

Sepanjang waktu dia di rumah, dia masih menerima rawatan dari hospital. Dalam tempoh itu juga, aku menjaganya. Kadang, berendam jua air mata melihat dia kesakitan. Kadang, berpujuk hati melihat sengsara dari raut air mukanya. Apa yang mampu aku lakukan. Hanya petunjuk dari Ilahi, dan bait doa yang tak pernah lekang dari lidahku mengharap kesembuhan untuk adikku. Ya...dia adalah satu-satu adikku.

Malam itu, aku terjaga saat berada di sisinya. Aku lihat dadanya berombak, wajahnya yang pucat sudah kebiruan. Nafasnya sesak. Aku gelabah. Mataku berair. Jiwaku kacau.

Aku tekad. Aku perlu membawanya segera ke hospital. Walau aku tahu, itu bukan jaminan untuknya terus hidup. Namun, itu sahaja peluang yang mungkin yang tersisa.

Dalam kesukaran dia membisik.

Jiwaku bengkak dalam tangisan. Bisikkan perlahan dan satu-satu itu, terlafaz penuh kesyahduan. Kalam darinya, yang memohon kemaafan segala kesilapannya dan segala kekurangannya membuatkan aku mengeleng, menafikan dirinya yang bersalah.

Aku yang bersalah padanya. Aku yang jahat padanya.

Dia meminta, nyawanya berakhir di rumah itu. Rumah di kampung halamannya. Aku mengeleng, dan merangkul tubuh ringan itu untuk dibawa pergi ke hospital. Aku mahu dia terus hidup. Aku mahu dia ada disisiku.

Allah itu Maha Tahu.

Saat tubuh itu ingin aku letakkan di dalam kereta. Saat itu juga, matanya tertutup rapat. Nafasnya yang aku dengar, sudah tidak kedengaran lagi. Terduduk aku, ketika memeluk tubuhnya yang sudah tidak bernyawa lagi.

Allah...Allah...Allah....

Malam yang sepi, seakan di badai ribut dan taufan. Aku menangis semahu hati. Aku sayang adik aku, Ya Allah. Aku sayang dia...aku sayang dia...

Pemergiannya, meninggalkan aku dan keluargaku dalam kerinduan. Hingga saat ini, aku masih merindukan dirinya. Dalam doaku, tak lekang namanya yang aku sebut-sebut. Sehingga kini, ada kekesalah yang masih menempel. Mujur aku tidak terus hanyut.

Salam sayang buat arwah adikku yang telah pergi ke alam sana. Moga, bahagia engkau di taman syurga.

Tamat-

...

So...that's was the ending. Ceritanya, aku letak di sini and, just wanna to tell you guys. My mom, baca and my mom cakap. Aku tulis, tak sedih.😑😑😑

For the information. Aku tulis, nak dekat dua jam. Mengigil aku tulis, sebab nak endingkan secepat mungkin. Bergetar ibu jari aku...huhu...tulis pun. Aur mata aku dah berderai turun.😔😔😔

Sedih, dohhh😑😑