Selepas Fifi pergi meninggalkan Tuju di hari pernikahan. Tuju hanya terduduk di bawah pokok. Perkara itu diperhatikan oleh Stella.
"Dia menangis ke?" Stella berjalan perlahan menghampiri Tuju.
"Aik? Mane adik aku?" Tanya Aman bila melihat Stella tiada di sebelahnya.
"Jalan kejap kot. Kejap lagi ade la tu." Beritahu Nas.
"Abang datang dengan adik ke tadi?" Tanya Somean.
"Yelah."
"Ingat teman istimewa." Perli Somean.
Hahahahaha
Tuju hanya menundukkan diri. Earphone mp3 Stella pasangkan pada telinga Tuju. Walaupun tak kenal. Tapi Stella jadi tertarik untuk tenangkan lelaki tersebut.
Lagu be alright di mainkan. Dengan hati yang tengah terluka Tuju hanya membiarkan sahaja.
"Aku tak tahulah mana silap aku sampai dia tinggalkan aku macam tu jek." Tuju membuka cerita untuk diluahkan.
"Mungkin ada hikmah semua ni berlaku." Stella cuba kawal emosi Tuju.
"Hikmah apenye macam ni." Tuju mengesat air matanya.
"Kau orang luar. Bukan faham pun ape yang aku rase." Kata Tuju lagi.
"Memang aku orang luar, tapi aku faham ape itu sakitnya kehilangan. Ape itu perpisahan. Aku tahu semue tu. Bukan kau sorang yang terpilih untuk di uji macam ni. Ramai lagi yang terpilih." Jawab Stella perlahan.
Tuju terdiam sekejap.
"Jadi kau pun samelahkan?" Tuju mengagak.
"Lebih kurang."
"Habis kau buat ape lepas tu?" Tuju ingin tahu.
"Aku tak buat ape. Memang awalnye sakit bile nak hadap. Tapi lame-lame die hilang sendiri. Lagi pon aku tak perlu membazir mase untuk orang yang tak perlukan aku. Betul tak?" Kata Stella.
Tuju hanya diam memahami sikit demi sedikit maksud Stella.
"Tapi aku sayang die."
"Saat kau sayangkan seseorang tapi die tak sayangkan kau malah die tinggal kau pulak, kau tak perlu pandang die lagi dah. Kau pusing belakang kau, tengok siape yang ade dengan kau sekarang. Ramai lagi yang sayangkan kau." Tuju hanya diamkan diri.
"Cubalah faham ape yang aku cakap."
Tuju memandang Stella. Stella hanya senyum dan mengusap perlahan bahu Tuju lalu pergi meninggalkan Tuju dengan mp3nya.
Tuju memandang kawan-kawannya begitu juga dengan keluarga yang ada. Tuju tersenyum. Betul tu, ramai lagi yang masih setia dengan aku. Aku bukan seorang diri. Saat Tuju mencari Stella, tapi Stella telah pun pergi bersama abang Aman dan Nas.
Tak sempat untuk memberikan semula Mp3 yang dia tinggalkan, juga tak sempat untuk dia ucapkan terima kasih.
"Hoi!" Tuju tersedar dari lamunan.
"Kau berangan ape?" Tanya Stella.
"Tak. Tak de pape." Stella mengangkat kening sebelah.
"Dah cepatlah bagitahu." Marah Tuju.
"Ye. Sebelum tu, kau pandai tahan nafaskan? Takkan tak pandai."
"Bolehlah sekejap." Tuju acuh tak acuh.
"Tak kisahlah berape lame pun, kau tahan nafas lepastu kau masukkan muke kau dalam air dengan telinge-telinge kau sekali dan kau bukak mate. Boleh?" Terang Stella.
"Hmm, Aku cube." Tuju pun membuat apa yang Stella sudah beritahu tadi. Beberapa saat, dia kembali mengangkat mukanya.
"Haaaa." Tuju menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak boleh tahan bila tak dapat bernafas walaupun sekejap.
"So?" Tanya Stella.
"So ape? Aku rase macam nak mati!" Tuju rasa menyesal bila buat perkara macam tu.
"Sini, pegang tangan aku." Stella hulurkan tangan dia.
"Kau ingat sweet?" Tuju menepis tangan Stella.
"Kau takut dengan airkan?" Tanya Stella lagi. Tuju terdiam.
"Kalau aku takut dengan air pon kenape?" Tuju beralih pandangannya. Stella ketawa kecil.
"Kau nikan kadang-kadang belagak kuat, tapi sebenarnye tak pon." Tuju memandang Stella semula.
"Apa maksud kau?"
"Bila orang hulurkan bantuan tu lain kali jangan sombong. Sambut perlahan-lahan. Ni aku tengah tolong kau. Kalau kau takot air. Aku teman lah kau. Pegang tangan aku. Paham ke tak?" Tangan Stella masih lagi setia dihulurkan.
Kali ini Stella sedikit tegas. Tuju hanya tenung tangan kecil Stella. Dia ragu-ragu untuk sambut.
"Arrrr! Aku nak naik. Macam buang mase jek. Kenape lah aku layan minah gile macam kau ni." Tuju keluar dari kolam dan beredar dari situ.
"Ape masalah mamat ni, tadi die yang nak tahu lepas tu cakap aku gile pulak. Dasar penakot air." Marah Stella.
Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!
I tagged this book, come and support me with a thumbs up!