webnovel

K.C 14

Waktu hampir petang. Mereka tiba di hotel.

"Haaaaaaaaaaa." Noki menguap.

"Kau ni menguap tak boleh tutop mulut ke?" Tegur Somean.

"Letihlah badan. Tidur pon sedap ni." Noki membengkok-bengkokkan badannya.

"G, kopi dalam bilik ade lagi ke?" Tanya Fareed pada Gnello.

"Ada lagi rasenye."

"Aku nak order sandwich la." Kdeaf mengusap perutnya.

"Cantik jugak tu." Gnello turut setuju.

Stella menutup pintu kereta.

"Babe, kalau kau nak borak dengan dorang lagi. Aku naik dululah ea." Kata Stella. Dia seperti tiada mood untuk melepak. Hanya ingin menghayutkan diri dengan emosi.

"Ha. Ok, ok." Sabrina membuka pintu belakang kereta ingin mengambil beg tangannya dan beberapa barang yang perlu dibawa.

MK mengekori Stella dari belakang. Earpod Huawei dipasangkan pada telinga. Butang lift ditekan.

MK mengambil earpod sebelah kanan Stella dan dipasangkan pada telinganya.

"Be alright? Lagu yang menyedihkan." Stella hanya senyum. MK memulangkan semula earpod Stella.

"By the way, boleh saye mintak no phone?" MK memulakan langkah.

"Nani?" Stella menjawab apa menggunakan bahasa jepun.

"Nani? Ape pulak tu?" MK kebingungan.

"Maksunye apa." Jelas Stella.

"Oh, boleh ke tak?" Tanya MK lagi.

"Awak nak ngurat saya ke?" Stella memeluk tubuh.

"Kalau belum berpunye tak salah kan?" Ayat MK buatkan Stella ketawa.

"Awak suke gule-gule ke?"

"Kenape pulak?" Tanye MK.

"Sebab manis sangat." Stella cuba membuat pick up line. MK gelak dengan sakannya.

Ting!

Pintu lift pun dibuka. Mereka memasuki ruang tersebut bersama. Tak sempat pintu lift di tutup rapat, Tuju menghalang dengan kakinya. Pintu lift tersebut terbuka semula.

Senyuman Stella berubah menjadi pahit bila melihat Tuju berada di hadapan pintu lift. Stella menelan air liur.

"Ganggu ke?" Perli Tuju.

"Tak la bro. Ganggu ape pulak." Jawab MK. Stella berundur setapak ke belakang.

Tuju memandang Stella lalu dijelingnya tajam.

Masuk ni dah kali ke berapa kau jeling aku. Ingat mata kau lawar sangat. Stella memuncungkan mulutnya.

"So Stella, macam mane?" MK tak putus asa untuk meminta no phone Stella.

"Apa?" Stella bingung.

"Nombor la."

"Oh, lupe, lupe. Jap." Stella mengeluar sekeping kad dari beg galasnya.

"Stella Abdul Hashim. Photograph? Wow." MK membaca. Tuju hanya memasang telinga.

"Kalau kitorang nak cari jurugambar bolehlah panggil Stella."

"Boleh."

Ting!

Pintu lift dibuka. Mereka berpisah dipenjuru koridor. Sempat MK melambai Stella. Perkara tersebut membuatkan Tuju menyampah.

"Tak payah nak lambai sangatlah." Perli Tuju. Kad bilik hotel Tuju masukkan pada kunci pintu.

"Eleh, jealous ke bro?"

"Tak ade maknenye, minah kelam kabut macam tu aku nak cemburu. Memang tak la."

"Haaa itu yang specialnye bro. Die menghiburkan dan unik." MK mencapai tuala yang ada pada kerusi. Badannya sedikit melekit. Rasa lega bila dapat bersihkan diri sekejap.

Tuju menghempaskan badannya atas tilam. Badannya di pusing mengadap kanan. Mp3 yang berada dalam poket seluar dia ambil. Di letakkan di hadapan mukanya.

"Kenapa dia tak cam aku ek?" Tuju menghembus nafas perlahan. Teringat peristiwa selepas musnahnya pernikahan. Seseorang datang menenangkan hatinya.

"Kau tidor ke?" Tanya MK. Cepat-cepat Tuju sorokkan MP3 player di bawah bantalnya.

"Tak lagi. Baru nak tidur. Kenape?"

"Kalau nak tidur mandilah dulu. Baru selese."

"Ha ye, kejap lagi aku mandi."

***

Waktu menunjukkan hampir sebelas malam. Stella perlahan membuka pintu bilik ingin ke sesuatu tempat.

Memandang Sabrina sedang nyenyak tidur, jadi dia tak perlu risau untuk menjawab ribuan pertanyaan dari Sabrina.

Dia menuju ke kolam renang. Sepatutnya waktu macam ni kolam tutup. Tapi di sini tiada pengawasan jadi Stella curi-curi masuk ke ruang tersebut. Hoodie yang di pakainya menutupi baju renang ditanggalkan.

Kakinya di masukkan dahulu ke dalam kolam. Suhu air sedikit suam.

"Bagus." Stella meluncur masuk ke dalam kolam. Dia berenang-renang di sekitar tersebut sebelum melenyapkan diri ke dasar kolam. Bila emosinya sedikit terganggu, dia suka merendamkan diri dalam air. Terasa dunia ini senyap untuk seketika. Alangkah bagus jika dunia ini senyap untuk selamanya.

Sedang Stella menahan nafas dalam kolam. Tiba-tiba seseorang menariknya keluar.

Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!

I tagged this book, come and support me with a thumbs up!

Scarletto22creators' thoughts