webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Yun Qingya dari Keluarga Yun (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

Yun Luo terkejut, matanya terbuka luas. Menatap lelaki kacak yang berjalan keluar seolah-olah melangkah pada bunga teratai. Yun Luo tidak dapat mengalihkan pandangannya dari lelaki kacak itu. Seolah-olah tidak perasan pandangan orang tua itu, lelaki itu berjalan ke hadapan, wajahnya yang anggun dan tampan menunjukkan senyuman, matanya tidak lagi perit dan sedih tetapi penuh dengan keyakinan bahawa tiada siapa yang boleh abaikan.

Ya, keyakinan!

Selama ini, Yun Luo tidak pernah melihat ungkapan ini pada wajah Yun Qingya! Sejak kakinya cacat dan dia terpaksa hidup dalam kerusi roda, dia hilang minat hidup dan bahkan mempunyai tingkah laku merosakkan diri.

Yun Luofeng berpaling kepada lelaki yang datang kepadanya dan bertanya dengan tertawa. "Pak Cik Kedua, kamu datang?"

Yun Qingya sedikit menaikkan sudut bibirnya. "Saya adalah komander Kor Besi. Sayang sekali saya tidak dapat menyertai kamu sebelum ini. Kali ini, saya mahu berperang bersama askar saya."

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください