webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Yun Luofeng Pulang (1)

編集者: EndlessFantasy Translation

Semua askar menerkam ke arah lelaki misteri yang kelihatan seperti dewa itu sambil menjerit dan berteriakan.

Lelaki itu tunduk dan menyeringai. Dengan sekali libas lengan bajunya, sejalur cahaya menyerang salah seorang askar itu lalu askar itu terpekik.

"Apa?" Wajah jeneral musuh itu langsung berubah. Askar-askar yang sudah berubah itu tidak mungkin berasa sakit. Jadi kenapa lelaki ini boleh membuat mereka kesakitan?

"Tubuh kamu mungkin kebal, tapi roh kamu masih lemah. Kalau roh kamu hancur, kamu tetap akan mati." Ketika lelaki misteri itu berkata begini, banyak jalur cahaya yang jatuh dari langit menembusi dada askar-askar musuh.

Mereka semua terus menjerit meraung kesakitan. Tidak lama kemudian, suara mereka menjadi lemah dan tubuh mereka rebah ke tanah...

Lelaki itu turun dari langit dan di setiap langkahnya, muncul tertatai hijau di bawah kakinya membuatkan dia kelihatan anggun.

"Terima kasih kerana telah menyelamatkan kamu, Tuan."

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください