webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Ye Tian Cemas (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

Sebelum Ye Fan dapat bertindak, matanya terpandang gadis yang sedang mendekatinya.

"Kamu tahu apa orang-orang Benua Longxiao gelar saya?"

Yun Luofeng menaikkan sudut bibirnya dan berjalan ke arah Ye Fan dengan wajah yang seakan tersenyum. "Mereka gelar saya orang bergaya nombor satu di benua itu. Kamu masih fikir orang macam saya ini akan bertimbang rasa?"

Di Benua Longxiao, Yun Luofeng boleh dianggap terkenal dan sentiasa bertindak kasar jika ada sesuatu yang tidak berkenan di hatinya! Oleh itu, tiada siapa patut cuba berbincang dengan dia!

"Pengawal, bawa Tuan Tua Ye Fan keluar untuk menunggu hukuman." kata Ye Tian tanpa emosi sambil memandang Ye Fan tanpa sedikit pun rasa simpati.

"Baik, Tuan Ketua."

Setelah mendengar arahan Ye Tian itu, dua orang pengawal segera datang dan mengangkat Tuan Tua Ye Fan lalu terus membawa dia keluar, langsung tidak memberikan dia peluang untuk bercakap…

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください