webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Ye Qi Dibelasah (3)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Siapa? Siapa yang curi-curi menyerang saya?"

Ye Tianlin bangun dari tanah kesakitan dan eskpresinya berubah sepenuh sambil dia menjerit marah. Ketika dia sedang mencari pelaku itu, suara malas tiba-tiba terdengar dari seorang gadis yang sedang tersengih.

"Saya bukan curi-curi menyerang. Sebaliknya, saya menyerang secara terang-terang dan terbuka. Kamu tidak dapat mengesan serangan saya, jadi itu menunjukkan kamu terlalu bodoh."

Matahari yang sedang terbenam menerangi jalan itu dan menjadikannya tenang dan damai. Pejalan kaki yang pergi dan datang semua mengalih pandangan ke arah gadis itu setelah mereka perasan kekecohan di situ.

Baru sekarang mereka semua sedar faham apa itu kecantikan seputih salju dan apa yang dimaksudkan kecantikan yang menyeksakan dan mampu mengjatuhkan sebuah kota!

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください