webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Ye Jingxuan Tidak Tahu Malu (3)

編集者: EndlessFantasy Translation

Ketika Ye Jingxuan menghampiri lelaki itu, papan batu tiba-tiba jatuh dari langit dan menghentam kepalanya, membuatkan dia terhempas ke lantai.

"Tuan Jingxuan!"

Orang-orang Keluarga Ye sangat terkejut dan cepat-cepat maju lalu mengalihkan papan batu itu sebelum bertanya, "Tuan Jingxuan, Tuan tidak apa-apa?"

Ye Jingxuan bangun dari lantai dengan rasa sakit, matanya membara dengan kemarahan. "Siapa?! Siapa yang serang saya tadi?!"

Ini sudah kali kedua!

Sebelum ini, batu kecil menghentam belakang lututnya semasa ujian darah hari itu dan membuat dia melutut di depan Ye Jingchen.

Kali ini, orang itu menyerang dia lagi secara senyap-senyap!

Walaupun tiada orang yang perasan, Yun Luofeng tahu itu perbuatan Yun Xiao. Dia suka buat begini, pukul orang secara senyap-senyap dan buat orang itu tertanya-tanya…

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください