webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Utusan dari Negara Lain (4)

編集者: EndlessFantasy Translation

Sudah tentu, utusan itu percaya tiada siapa dalam Keluarga Ye yang akan berani menyerang dia! Bahkan Jun Fengling yang panas baran itu juga tidak akan berani lakukan apa-apa terhadapnya, seorang utusan dari Kerajaan Lanxiang…

Inilah sebabnya dia berani bersikap angkuh. Malangnya, dia tidak kenal satu orang… orang yang jauh lebih panas baran berbanding Jun Fengling!

Bang!

Ketika utusan itu hendak menyindir lagi, tiba-tiba ada kaki muncul di belakangnya dan menendang kepalanya dengan kuat. Tubuhnya terus terlempar dan jatuh berdekatan orang ramai. Pengawal-pengawal yang mengiring dia semua terkejut dan tergamam. Sebaik sahaja tersedar, mereka semua terus mengepung gadis berjubah putih yang berdiri dimandikan sinaran bulan itu.

"Kamu…" Utusan itu kesakitan bangun dari lantai, rambutnya terurai dan wajahnya sangat bengis. "Berani sungguh kamu serang saya! Pengawal, tangkap perempuan ini!"

Boom!

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください