"Apa?"
Tok Ketua Rong menghentak meja dengan marah lalu berdiri. Matanya merenung tepat pada Fang Ya, yang telah datang membawa berita itu lalu bertanya sambil mengetap giginya, "Apa kamu cakap? Adakah keluarga diraja ini tiba-tiba mendapat kekuatan yang sangat banyak, sehingga mereka berani membawa pergi Cik Yun?"
Fang Ya mengelap peluh di dahinya, keresahan tertulis di seluruh wajahnya yang menggoda. "Tok Ketua Rong, saya sendiri yang telah menyaksikan kejadian ini. Bukan sahaja Cik Yun yang ditahan, tetapi Ning Xin dari keluarga Ning juga ditangkap oleh orang-orang dari keluarga diraja".
Mendengarkan semua ini, kemarahan dalam mata Tok Ketua Rong hilang lalu digantikan dengan kehairanan. "Kamu cakap orang-orang dari keluarga diraja membawa Ning Xin pergi?"
"Ya, Tok Ketua Rong," Fang Ya melaporkan dengan penuh hormat.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください