webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Tragedi Tuan Tua Keempat (3)

編集者: EndlessFantasy Translation

Tuan Ketua Ning berasa sangat malu sehingga dia tertunduk untuk mengelak dari berpandangan dengan mata yang mengejek.

"Lagi satu, apa yang terjadi di antara Kota Perubatan dan Keluarga Yun?" Sepertinya terfikir sesuatu, Tian Ya terus menoleh ke arah Yun Luofeng. "Bagaimana kami boleh dibenci oleh Kota Perubatan?"

Walaupun apa yang terjadi di antara dua pihak itu diketahui semua orang, Tian Ya, yang tidak beri perhatian terhadap kejadian dunia sekular ini, tidak berapa faham dengan dendam lama mereka.

Yun Luofeng menjeling Yun Qingya lalu berkata, "Sepuluh tahun lalu, pak cik kedua saya sangat terkenal dengan bakatnya dan dia tuan muda Kota Perubatan dapat tahu tentang reputasi pak cik saya ketika dia lalu di Kerajaan Longyuan…"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください