webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Tidak Menerima Suatu Pengkhianatan (4)

編集者: EndlessFantasy Translation

Suara Yun Luofeng sangat perlahan, terlalu perlahan sehingga hanya dia dan Wu Zhong yang mampu mendengarnya.

Setelah mendengar kata-kata gadis muda itu, Wu Zhong hanya mampu terpegun. Kesan sesuatu terlintas di fikirannya dan dia hampir menggapainya...

Pavilion Luofeng? Yun Luofeng?

Tuan di sebalik tabir Pavilion Luofeng juga memiliki nama keluarga Yun?

Akhirnya, Wu Zhong berjaya mengaitkan sesuatu dengan cara ini, lalu tubuhnya terus menjadi kejang, dan ekspresi wajahnya menjadi sangat pucat.

Tidak! Ia mustahil. Bagaimana mungkin tuan di sebalik tabir Pavilion Luofeng seorang gadis muda? Jika bukan dia, kenapa Ye Ling hendak ikut di sampingnya, dan kenapa kebetulan namanya ada perkataan Luofeng?

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください