webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · ファンタジー
レビュー数が足りません
1241 Chs

Pusingan Akhir (3)

編集者: EndlessFantasy Translation

Xiao Yuqing merenung Yun Luofeng dengan matanya yang tenang dan jernih. "Saya tidak pernah menyangka ada masanya kita akan berganding bahu."

Semua penonton terkejut. Xiao Yuqing, peserta terkenal Kerajaan Fengyun rupa-rupanya kenal dengan Yun Luofeng.

Yun Luofeng tersenyum. "Cuba teka siapa yang akan jadi juara, kamu atau saya?"

Xiao Yuqing fikir Yun Luofeng tidak akan mengendahkan dia dan tidak menyangka Yun Luofeng akan tanya dia soalan. Tiba-tiba, hatinya tenang dan dia menjawab sambil memuncungkan bibirnya sedikit. "Sudah pasti kamu."

"Saya sudah lama tidak jumpa kamu dan peningkatan kekuatan kamu sangat luar biasa. Saya tidak sabar bertarung dengan kamu nanti."

Mendengar kata-kata Yun Luofeng itu, Xiao Yuqing mendongak, matanya penuh dengan kesungguhan dan tekad.

"Baiklah, saya akan tunggu kamu!"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください